"Kerana saya makan ubat/produk inilah saya dapat kuruskan badan." "Kerana saya beri anak saya booster inilah anak saya jadi pandai." "Kerana anak saya guna kaedah inilah anak saya jadi cepat membaca." "Kerana saya rotan anak-anaklah akhirnya anak-anak dapat menghafaz al-Quran dan semuanya menjadi al-hafiz. Terima kasih kepada rotan." Rasa seperti ada yang tidak kena. Masyarakat hari ini amat berbangga dengan hasil usahanya sendiri. Melalui produk yang digunakan. Hingga terlupa kepada satu sisi yang pasti. Lain orang lain pendekatannya. Saya menghormatinya. Namun, perlu berhati-hati. Apabila kita meletakkan kebendaan/material/produk sebagai penyelamat/penyelesaian/asbab kita beroleh satu kenikmatan/kejayaan ditakuti itu lebih jauh tersasar dari tidak merotan anak yang tidak bersolat. Moga Allah ampunkan dosa saya dan dosa kita semua. Segala apa perubahan yang berlaku atas muka bumi ini adalah disebabkan hadirnya Hidayah dan Tau...
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.