رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Sabtu, 1 November 2014

# homeschooling # keibubapaan

Cabaran Fokus bagi Surirumah (Anak mengganggu ketika bersolat)


Dari peti soalan :

Assalamualaikum sis, mohon bantu saya boleh? Saya suri rumah sepenuh masa menjaga 3 org anak umur 6, 3.5 & 1.4 tahun... sejak saya berhenti kerja, saya byk mbace di blog sis ttg kehidupan rumah tgga dgn mengurus serta mdidik anak2 kecik dsbg.. saya seronok mengikutinya.. terima kasih.. cume saya ade masalah ttg solat saya.. saya sukar mendpt solat yg tenang dgn keadaan anak2 kecil yg bermain dn adakala merengek2 menarik kain telekung.. berbaring di sejadah.. bergaduh.. bimbang anak kecil memanjat tangga.. kdg2 saya was was dgn solat sy diterima atau tidak? Menunaikan dlm keadaan tergesa2.. adakala terpaksa berhenti lama bila anak mengganggu pergerakan solat.. saya jd risau sia sia saya solat kalau x diterima..dn kdg2 geram n marah dgn anak2.. biasenye solat zohor dn asar sy sering terganggu dn terlewat.. dn azam saya utk menunaikan dhuha pun x tercapai dek mengenangkan perangai dn kerenah anak2.. anak yg umur 6 tahun slalu ikut saya solat.. tp yg si 3.5 pula sering ganggu si kakak solat.. lalu bergaduh waktu sy sedang solat.. si kecik lagi.. aduiii.. kdg2 rase down sgt2 dn berdoa biarla anak2 ni cpt besar.. hihi mohon bg pandangan dn nasihat sis... hmm saya minta persoalan sy ini tak perlulah di sharekan memandgkan adakala saya pula terfikir soalan saye ni yg mcm keanak2an.. hihi thanks sis..

Ok xpela puan.. nak share pun x kesah la sbb puan rase soalan ni x la nampak 'pelik' dn mmg biase terjadi pada org lain.. sy ingatkan sy je yg alami masalah mcm ni sbb sy ni 'pelik' sket.. x blh tinggal anak lama sbb sy slalu mmbayangkan bende2 yg buruk blaku.. sy slalu was was.. risau.. mcm tu la.. hehe bile saye ceritakan pada suami sy dia kate sembahyang je.. biarkan anak2 sekejap.. sy buat juga tp hati x tenang.. risau..2 hari lepas saya belikan telekung utk anak saye yg 3.5 tahun.. jadinye tak la dia ganggu kakak dia ikut solat ngan saye sbb dia pun ikut skali solat.. yg si kecik pulak buat hal.. haishh.. pening kpala.. hihi ingatkan jd suri rumah ni senang.. rupenye susah juga ye.. xde mase utk diri sendiri.. waktu bekerja dulu mase makan, buang air, solat x diganggu pun.. bile dah x keje kene pulak berdepan situasi camni..





Jawapan :

Waalaikumussalam puan.

Maaf mengambil masa terlalu lama untuk reply mesej puan. Saya juga sama seperti puan. Dan saya bukanlah surirumah sempurna. Saya juga banyak kelemahan dan tidak sehebat ibu surirumah senior yang lain. Hingga sekarang, saya menerima banyak teguran daripada ibu saya sendiri yang sudah 40 tahun lebih menjadi surirumah yang sempurna. Namun, ini hanyalah perkongsian pandangan dan amalan yang sering saya lakukan. Boleh jadi cara saya juga salah, boleh jadi betul. Puan boleh adjust mengikut kesesuaian anak-anak puan seadanya.

1. Saya tidak merasakan soalan ini keanak-anakan. Ia adalah realiti yg dihadapi oleh semua surirumah kerana 24/7 bekerja dengan anak-anak. Saya pasti jika dikongsi ramai akan ada surirumah lain yg beroleh manfaat bersama. Terpulang kepada puan. Saya menghormatinya.

2. Saya juga mengalami realiti yg sama. Tiada bezanya. Hehe.. Begitulah keadaannya apabila anak-anak masih kecil.

3. Saya teringat seorang ustaz di tv alhijrah yg saya tontonnya dalam minggu lalu mengenai khusyu' dalam solat. Menurutnya, tidak ada seorang pun dalam dunia ni yg betul-betul boleh dapat khusyu' dalam solat kerana hakikatnya manusia ini sering dipintas dengan lintasan2 yg meragukan hingga kita sering leka dan boleh jadi tidak fokus ketika solat. Kerana itu penting untuk kita segera memintas semula lintasan yg menerjah dan menghentikan terus daripada terus memikirkan perkara yg tidak sepatutnya itu ketika bersolat. Terus fokus kepada apa yg kita lakukan.

Jadi, saya tidak melihat ini masalah hanya dihadapi surirumah saja tapi boleh jadi ia adalah permasalahan ramai orang.

4. Suka atau tidak menjadi surirumah mewajibkan kita bekerja BERSAMA dengan anak-anak. Makan dengan anak-anak. Hatta kadangkala mahu ke bilik air pun boleh menyambil menjaga anak-anak. Apalagi bersolat. Apa yg puan lakukan itu betul. Rasulullah s.a.w. juga menghormati tabiat dan meraikan kerenah cucundanya ketika bermain di belakang badan Rasulullah yg sedang bersolat. Tunggu hingga anak kecil turun dari badan kita. Tidak mengapa jika terhenti lama kerana menunggu dia turun. Tidak perlu was-was.

Saya teringat seorang ustaz di dalam slot Tahsin Solat di dalam radio Ikim sedikit masa dahulu semasa ada pertanyaan mengenai was-was dalam solat. Beliau mengatakan apa yg sudah berlalu yakinilah ianya sudah dibuat dan sah! Terus fokus kepada apa yg kita lakukan sekarang. Tidak perlu ragu-ragu lagi.  Kecuali kita YAKIN kita tidak buat atau tertinggal rakaat. Perlunya Sujud Sahwi.

Moga Allah menerima solat dan doa kita.

Hakikatnya, di dalam solat juga ada beberapa keringanan yg diberikan ketika menjaga anak kecil.
Kita perlu menambah ilmu pengetahuan berkenaan cara solat yg dibolehkan sambil menjaga anak kecil.  Tiada masalah. Inilah value-added kita sebagai ibu surirumah. Kita berupaya membuat banyak kerja dalam satu-satu masa..

Yang paling utama adalah fokus.

Seperti sekarang, saya sedang menyusukan anak sambil menaip. Hehe..

Tak kira kita sedang berbuat apa sekalipun, anak-anak umpama penyebab/pendorong yg membolehkan kita mengasah tahap fokus kita supaya jadi lebih berdaya tajam! Syukur alhamdulillah punya anak kecil.

5. Anak-anak kecil sentiasa mahu belajar. Mereka akan bertingkahlaku yg salah dahulu sebelum tahu apa yg betul. Tiada salahnya mereka berkelakuan begitu. Semua orang belajar daripada kesalahan dahulu sebelum tahu apa yg betul. Jangan mengharapkan anak kecil tahu dengan baik semua perkara. Ia mustahil.

Apa yg perlu kita lakukan adalah menerangkan > menunjukkan > membimbing apa yg betul sahaja.

Contohnya, anak-anak saya juga memang selalu bergaduh juga berebut sejadah sedikit masa dulu. Memang saya juga galakkan mereka sedari kecil untuk ikut sama bersolat tiap kali saya solat. Bermula dengan solat Maghrib saja dulu. Masa kita mahu angkat takbir itulah masa dia nak menangislah, nak buang air besarlah, main cak-cak lah, sembunyi-sembunyilah dalam telekung, selak-selak telekong, panjat belakang kita sepertinya main jongkang-jongket, dan macam-macam lagi.

Tapi, sesudah solat, kita tarik tangannya dan peluk mengatakan dengan tegas beberapa peraturan penting.

1. Masa mak tengah sembahyang, tak boleh lalu depan orang sembahyang. (Ayat tegahan) Kalau nak jalan, lalu belakang mak. (Ayat solusi) Kalau kita lalu depan orang sembahyang, tak baik. Allah tak suka. (Impak kepada tegahan).

2. Kalau nak sembahyang kena kongsi sejadah dengan adik-beradik. Tak baik gaduh-gaduh. (Ayat tegahan). Bentang macamni dan boleh sembahyang sama-sama. (Solusi). Adik-beradik kan kena berkongsi. Barulah boleh tidur sama-sama, main sama-sama, sembahyang sama-sama, tak gaduh-gaduh, mak sayang! *Peluk & cium* (Impak)


Puan boleh buat bermacam-macam lagi peraturan dengan syarat mendapat persetujuan bersama. Bila mereka mengangguk menunjukkan peraturan itu disepakati dan boleh menjadi peraturan asas di dalam famili di masa mendatang. Hanya perlu mengulanginya saja.

Jika puan bercuti (datang haid), semasa inilah puan boleh terus ajar anak praktikal untuk bersolat. Apabila anak-anak mula dengan senang hati tanpa disuruh mahu bersolat mengikut kita, Alhamdulillah. Maksudnya mereka sudah ada kesedaran sejak kecil. Kitalah yg perlu mengajarnya cara yg betul bukan menegahnya dari mengikut orang dewasa bersolat atas sebab "takut nanti mereka kacau". Kita yg mengawal kata-kata dan tindakan itu.

Tunjukkan saja apa yg betul. Jangan marah atau membiarkan apa yg tidak betul itu berlaku tanpa ada pembetulan.

Jangan harapkan esok mereka tidak mengacau kita lagi..Hehe.. Mereka pasti mengulanginya seperti tidak faham, tapi inilah proses.

Bersabarlah. Dan teruskan usaha juga tawakkal. Sampai masanya, mereka menghadaminya.

Sudah entah kali ke berapa ribu saya setiap hari mengulangi peraturan yg sama ketika anak-anak mahu ikut kami atau salah seorang dari kami bersolat (ketika saya haid). Ketika si kecil Fahmi (1.5 tahun) ini memeluk kaki abahnya yg sedang bersolat sambil ketawa ria mengajak kita bermain sama, ketika itu kita ambil saja dia melepaskan pelukan kaki abahnya itu. Tidak boleh dibuat apa dengan anak sekecil ini. Sabar sajalah. Tetapi pengaruh kakak dan abangnya sangat kuat melebihi kita ibunya.

Kerana itu, ajar yg betul saja dengan sebetul-betulnya kepada anak yg besar yg boleh memahami arahan kita. Kelak, si kecil akan mengikuti abang dan kakaknya dengan sendiri.

Tak perlu marah-marah kepada si kecil. Jika marah sekalipun berbirat kita mencubitnya supaya tidak mengganggu orang bersolat, esok lusa dia tetap akan berbuat yg sama lagi tanpa tahu apa sepatutnya dia lakukan.

Saya sendiri apabila solat, bergilir-gilir dengan suami. Hanya apabila melihatkan keadaan boleh terkawal, barulah kami berjemaah.

Sekarang, anak-anak saya Fathi (5 tahun), Fatihah (4 tahun) sudah boleh ambil sejadah dan bentang sejadah mengikut kiblat dengan sendiri-sendiri tanpa bergaduh sesama mereka lagi. Tidak seperti dulu. Si abang sudah boleh solat sendiri dan Fatihah akan mengikutnya di belakang. Dengan hanya membaca al-Fatihah kemudian mereka ruku' dan sujud cukup 3 rakaat dan memberi salam. Hanya ketika saya datang bulan saja barulah saya pandu mereka bagaimana bacaan dalam solat selain al-Fatihah dan 3 Qul yg sudah dihafaznya.

Sesudah solat, masa untuk tasmi' hafazannya (surah al-Baqarah dan ayatul Qursiy). Kemudian, mereka berdoa seperti biasa.

Teruskan kesabaran, fokus dan istiqamah puan dalam mendidik anak-anak bersolat. Merekalah saham terbesar kita di dunia sana. Jika kita melihat dan mengajarnya yg betul saja dengan tidak memperbesarkan kesalahan mereka, kelak mereka belajar untuk membuat yg betul saja dan tidak nampak kesalahan kita kepada mereka pula.

6. Akhir sekali, memang sudah begini realitinya apabila kita bekerja di rumah 24/7 bersama anak-anak. Tiada masa untuk diri sendiri. Itu sudah pasti. Kita sentiasa bekerja untuk anak-anak. Kerana itu bagi saya untuk menjadi surirumah memerlukan lebih banyak kemahiran lain serta mampu membuat banyak kerja dalam satu masa. Masa kita sudah tidak sama semasa kita bekerja di luar. Semasa itu, orang lain yang menguruskan anak-anak kita jadi kita ada masa untuk bertenang jauh dari kerenah anak-anak.

Kita tak mampu membuat semua perkara seorang diri. Saya juga begitu. Kadangkala lemas dalam rutin harian yang sangat memenatkan. Juga kerenah anak-anak yang tidak berpenghujung.

Jadi, dari mana kita boleh mendapatkan bantuan, kekuatan dan ketenangan melalui rutin harian yang sangat havoc ini?

Bermujahadahlah untuk istiqamah dalam menunaikan Solat Dhuha di pagi hari dan Solat Tahajjud di malam hari.

Hanya melalui 2 solat sunat ini kita boleh mendapat kekuatan mental dan fizikal serta ketenangan juga kesabaran yang lebih tinggi walaupun kita berada dalam hingar bingar anak-anak yang tidak berkesudahan.

Berusaha dan bermujahadahlah.

Dengan izin Allah.

1 ulasan:

Aishah Amin berkata...

Assalamualaikum Kadijah..Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

#jdtblogger #teambloggerjohor