Langkau ke kandungan utama

Anak kecil dan panggilan 'magic'.

 Saya banyak belajar daripada anak-anak kecil.

Bermula dengan anak saudara saya, Dariyyah Husna (3 tahun). Pada satu hari, Fathi (5 tahun) memarahi adiknya Fatihah (4 tahun) ketika bermain bersama.

Fatihah seperti biasa akan tersentap dan mula mahu menangis.

Tiba-tiba, saya terdengar Dariyyah berkata, "Janganlah marah Ikan payung..."

Dan saya terus........ :))))))))))


Boleh merasai perubahan hormon yg ketara di situ. Sedang kita sibuk dengan urusan yg perlu diselesaikan segera, dan terasa sedikit tertekan apabila anak-anak dan anak bergaduh, terus luluh hati dan seluruh jiwa mendengar perkataannya.

Daripada kita terasa mahu 'panas' terus jadi 'sejuk' lagi mendamaikan..!

Sejak itu, saya terus menangkap kata-kata tersebut sebagai moto kami anak beranak.

Jika ada anak yg mula merajuk atau marah, saya katakan,

"Janganlah marah Intan Payunggggg...."

"Janganlah merajuk Intan Payung fatihah.."

Mereka terus tertawa dan tersenyum. Tak jadi teruskan marahnya atau merajuknya.

Di lain hari, jika saya hanya meninggikan suara sedikitpun (baru rasa nak marah) Fatihah pula segera berkata,

"Janganlah marah Intan payung mak yg comelllll..."

Hihihi... Terasa sungguh comel!


Kini, saya dan anak-anak ada panggilan khas yg tersendiri.



Fahmi (1.9 tahun) --> Intan Payung (sebab suka makan tak berhenti macam Ehsan)
Fatihah (4 tahun) --> Buah Hati (sebab suka makan buah-buahan)
Fathi (5 tahun) --> Pengarang Jantung (sebab suka makan jantung? entahlah.. katanya best jadi "jantung emak")

Kata anak-anak,
"Lainkali kalau mak nak panggil abang ke Tiha ke Fahmi tapi semua orang tak datang, mak kena panggil abang, Tiha dengan Fahmi macamni tau! Nanti abang terus datang cepat-cepat!" (sambil peluk saya)

"Tiha pun nak datang cepat-cepat!" (sedang bermain dan terus berlari memeluk saya)

Tiba-tiba, Fahmi pun terkedek-kedek berlari ke arah saya juga memeluk emaknya ini mengikut perilaku kakak abangnya. Hehe..

Sejak hari itu, saya tiada masalah lagi jika mahu memanggil mereka untuk mengemas mainan atau mandi atau apa saja. Teknik ini amat berkesan sekali ketika ada masanya perlu menyuap mereka makan!

Paling ketara, inilah rahsia saya ketika memujuk anak yg merajuk atau mahu marah. Sebelum marah atau merajuk menjadi teruk, berikan mereka 'pil azimat' ini (panggilan magik)... Insha Allah tiada masalah berbangkit.

Sebagaimana kita suka mendengar yg comel-comel dan indah-indah apabila dipanggil atau sebelum panas menyelubungi hati, begitu juga anak-anak kecil kita menyukai dan dapat merasakan perasaan yg sama.



Nota : Ibu ayah boleh gunakan gelaran yg sama ini kepada anak-anak mengikut peribadi/kesukaan mereka. Saya izinkan. Jika ada anak yg lebih 3 orang itu, saya cadangkan untuk memilih nama panggilan berdasarkan Bahasa Melayu lama yg indah-indah. Contohnya, "bintang kejora" "intan kepayang" dan lain-lain (ini pula panggilan saya kepada Dariyyah Husna dan Muhammad Zaid, anak susuan saya).

Selamat bermesra-mesra dengan panggilan itu!
;)






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini.  Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya. Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur...

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu....... (Al fatihah). Stage 1. Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji. Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya). Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja. Allah Maha Berkuasa.

Pendaftaran anak luar nikah

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed".   Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com. 27 Oktober 2013 3:24 PTG Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat. Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya M...