Dari peti soalan :
Assalamualaikum puan
saya N,umur 25 tahun. saya baru mendirikan rumah tangga selama empat bulan.
saya ada satu masalah dan harapnya puan dapat memberikan pandangan kepada masalah saya.
selepas berkahwin, saya terus mengikut suami berpindah ke Kuantan,Pahang dan tinggal bersama mertua,sehingga sekarang.Alhamdulillah belum ada masalah besar atau perselisihan faham yang besar antara saya dan mertua.hanya kecil hati yang dianggap biasa,tidak disimpan dalam hati.
3 minggu pertama selepas berkahwin, saya menjadi suri rumah sepenuh masa. cukup sebulan berkahwin, saya mendapat tawaran kerja dan masih bekerja hingga hari ni.
masalah di tempat kerja ialah apabila saya seorang sahaja perempuan muslim dan di department saya, hanya saya seorang beragama Islam. yang lainnya ialah bangsa Cina. sejak hari pertama saya masuk kerja, tiada kerjasama yang diberikan kepada saya. semuanya task kerja dibuat dengan usaha sendiri. jika diminta tunjuk ajar, mereka hanya suruh saya cari penyelesaian sendiri ataupun jika diajar, tiada senyuman langsung. disebabkan saya tidak diberi tunjuk ajar, saya suarakan kepada pengurus dan pengurus juga berbangsa cina. dia juga suruh saya belajar sendiri. saya biasa bekerja, tetapi setiap company lain sistem yang digunakan, jadi saya perlukan tunjuk ajar. disebabkan tiada tunjuk ajar, saya cuba buat sendiri. bila saya proses pada pengurus, dia terus memaki hamun sambil mengatakan melayu bodoh, ada degree tapi lembab, melayu memang menyusahkan,shit,stupid. saya hanya diamkan diri. tetapi satu perkara yang membuatkan saya mahu berhenti kerja ialah, jika saya mahu solat,pengurus akan memarahi saya,dia kata saya jangan buang masa,kerja lagi penting.dan bila saya selesai bersolat,dia memaki hamun saya mengatakan saya buang masa,saya sengaja tak mahu buat kerja.sedangkan saya hanya mengambil 10-12minit waktu untuk bersolat.
saya suarakan kepada suami, dan suami minta saya berhenti kerja jika saya tidak tahan.suami bekerja sendiri dan gaji tidaklah besar mana. saya bekerja juga atas keizinan suami untuk saya membantunya.dan bila perkara ini terjadi,suami rela jika saya mahu berhenti kerja.
masalahnya ialah,ibu mertua tidak setuju saya mahu berhenti kerja.ibu mertua bekerja dari sebelum berkahwin hingga sekarang,jadi bila saya suarakan hasrat mahu berhenti dan bagi peluang untuk diri merasa menjadi suri rumah,beliau membantah.kerana katanya saya perlu kerja kerana perempuan sekarang kalau tak bekerja akan susah.jika perkara yang tidak diingini berlaku pada rumahtangga,saya akan susah kerana tiada sumber pendapatan.dan berkeras mengatakan ikut sahaja kehendak pengurus saya.buatlah kerja dulu,ada masa lapang baru solat.sedangkan saya sendiri tidak mahu melengahkan solat hanya kerana kekangan kerja.
saya buntu.saya takut untuk membuat keputusan untuk berhenti kerana takut dimarahi ibu mertua.walaupun suami saya rela.ibu mertua pula segala apa yang dikatakan,harus diikut dan suami juga mula buntu kerana takut dimarahi ibunya.
tolonglah saya puan,apa yang harus saya lakukan?
saya harap puan dapat balas email saya.
saya sudahi dengan Assalamualaikum.
Jawapan :
Waalaikumussalam puan yg dirahmati Allah.
Maaf, saya lambat membalas emel puan. Saya hanya boleh menulis semasa anak2 tidur sahaja.hehe..
Pertama-tamanya apa yg boleh saya katakan ialah apa yg dicakapkan oleh ibu mertua puan memang betul. Kalau perempuan tak bekerja akan susah. Menjadi surirumah bermaksud puan tiada pendapatan tetap. Tiada pendapatan tetap bermaksud tiada duit. Apabila kita tiada duit di tangan (tak pegang duit sendiri) kita memang susah. Perasaan 'tiada berduit' ini akan berterusan boleh menjadi isu pergaduhan yg besar dalam rumahtangga.
Mengikut perspektif ibu mertua puan, kerja yg datang bersama duit secara bulanan itulah yg terbaik. Dan kerja itu mestilah harus dilakukan di pejabat/sekolah/bank (luar dari rumah). Dan ia lebih selamat kerana kerjaya sebegitu dikenali ramai serta boleh mendapat pengiktirafan daripada sahabat2 dan keluarga terdekat apabila mereka bertanya "Menantu kerja apa?".. Apalagi ianya berbaloi dan lebih layak bagi seorang pemegang degree.
Namun, kerja apa dan bagaimana itu harus dilihat dengan lebih luas. Di sinilah aplikasi pendirian dan prinsip diri puan digunapakai. Bagi seorang pemegang degree, menjadi surirumah bukanlah kerjaya yg dikenali dan boleh mendapat pengiktirafan orang2 sekeliling kita. Bagi mereka, semua orang boleh jadi surirumah asalkan tidak mendapat kerja di luar saja sebagai syarat kelayakannya.
Ada benarnya.
Inilah antara cabaran menjadi surirumah.
1. Puan tidak ada duit yg boleh dipegang sendiri secara bulanan.
2. Puan tidak ada kepuasan membeli (kepuasan ekonomi).
3. Puan tidak ada kepuasan sosial (hidup terperuk di dalam rumah dalam satu jangkamasa yg panjang akan membuatkan kita 'beku otak' apalagi jika menghadap anak2 24/7 tanpa boleh sempat bersosialisasi di luar).
4. Jika puan ingin menjalankan bisnes sekalipun (ada skil tertentu yg boleh dibuat bisnes) belum tentu menjadikan puan ada duit masuk berlebihan setiap bulan).
5. Jika puan sudah ada anak kemudian hari, puan akan rasa lebih sedih dan tertekan kerana barangan anak sendiri pun puan tak mampu belikan. Hanya mengharap duit suami.
6. Apabila sudah ada anak, kerja yg puan lakukan haruslah bersama anak2 (buat kerja dengan anak sekali, tidak ada masa untuk fokus pada satu perkara saja iaitu bisnes kita saja). Di sinilah memerlukan multi-tasking. Buat kerja/bisnes sambil menjaga anak atau anak2.
7. Apabila sudah ada anak, puan harus tahu mengurus emosi marah kerana puan akan ingin berasa marah hampir setiap masa.
8. Apabila sudah ada anak, puan harus bersaing dengan diri sendiri di mana tiada siapa yg akan memberi arahan atau marah2 kepada puan kerana lambat menyiapkan kerja namun, puan yg akan kecewa dan marah kepada diri sendiri kerana asyik mendengar anak2 menangis tidak henti2 setiap hari hanya disebabkan kita lambat membuat satu2 kerja.
Inilah yg saya alami semasa di awal kerjaya menjadi surirumah dahulu sekitar 2-3 tahun di mana ketika itu anak saya sudah menjadi 2 orang.
Namun, apabila masuk tahun keempat dan mendapat anak ketiga, saya menjadi lebih kelam kabut (anak rapat) dan bisnes mengalami gangguan dan banyak yg tergendala. Ini kerana :
1. Apabila 2 orang anak sedang membesar (banyak cakap, banyak perangai, banyak kerenah) mereka memerlukan lebih perhatian. Dalam masa yg sama anak yg kecil (5 bulan) juga memerlukan penjagaan rapi. Yg besar akan kerap mengacau si adik yg sedang nyenyak tidur. Yg besar sudah ada geng (berdua), mereka akan kerap berpakat bersama menghabiskan masa dalam melakukan 'kerja kanak2nya'.. Sudahlah susah kita mahu menidurkan si bayi, datang pula abang dan kakaknya menyergah mengejutkan adik tadi dan kemudiannya berlari keluar bilik sambil ketawa sekuat-kuatnya melihat adik yg terkejut hingga tangan dan kaki terangkat ke atas tercacak!
Marah? Tiada gunanya.
2. Jika buat bisnes/kerja di dapur, si kakak dan abang akan terus membuat bising (walaupun tidak mengacau), bermain bersama berdua, ada saja projeknya walaupun senyap, menyepahkan rumah dan bermacam lagi. Semakin banyak kerja kita siapkan di dapur, semakin ligat ideanya untuk membuat 'kerja mereka' sendiri sama sibuknya seperti kita.
Suruh diam dan jangan sepahkan rumah? Tiada gunanya.
3. Baru saja membasuh baju, menyidai, berkemas rumah dan memasak dan kemudian mahu buat kerja/tempahan/bisnes, si kecil sudah terbangun dan merengek atau menangis atas apa jua sebab yg tidak dijangka. Lebih2 lagi anak kedua akan terus mengacau adiknya. Itu memang sudah perangai anak kedua. Suka membuli atau mengacau adik di bawahnya. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Sindrom anak kedua memang begitu rupanya.hehe..
Pukul dan cubit anak? Itu yg akan menjadikan kita lebih stres dan bersalah pada hujung hari.
Bak kata mak saya, "Tunggulah anak2 dah besar sikit baru boleh fokus betul2 buat bisnes. Macamni gayanya macamana nak buat bisnes?" (Bisnes seorang diri tanpa bantuan suami)..
Pada pandangan peribadi saya, jika puan belum punya anak lagi ataupun sudah mempunyai anak seorang, adalah lebih baik puan terus bekerja. Hanya jika anak sudah mencecah dua atau lebih adalah lebih berbaloi untuk seseorang berhenti kerja.
Itupun jika berkemampuan. Yang bermaksud, puan bersedia untuk tidak menimbulkan isu ekonomi dalam pergaduhan antara puan dan suami kelak (lebih2 lagi apabila tiba Hari Raya), boleh berlebih kurang mengenai bab duit dan tidak terlalu fokus mengenai duit dalam rumahtangga. Maknanya, puan dan suami sudah berpakat membawa rumahtangga untuk fokus kepada isu selain daripada duit.
Cabaran tetap wujud di mana2. Tak kira tempat ataupun orang yg kita bekerjasama.
Namun, apabila ia membabitkan soal solat, ia harus diambil perhatian.
Menjadi surirumah juga kadangkala terpaksa 'lambat solat' kerana anak2. Baru masuk ke bilik air, seorang anak sudah mengetuk2 pintu tandas mahu terkencing/terberak.
Mahu mengangkat takbir, seorang anak lagi tiba2 mahu minum air di dapur dan tak mahu pergi seorang. Menangis2 sambil menarik telekung tak boleh sabar walaupun kita cakap mahu bersolat sebentar.
Baru rakaat pertama, si kecil pula terbangun dari tidur dan menangis kerana dikejutkan oleh seorang anak yg lain. Menangis mengamuk hingga serak kerana tidurnya dikacau. Anak yg mengacau tadi berlari2 sambil tersenyum sumbing kerana berjaya membuatkan adiknya terkejut.
Adapun di tempat bekerja orang lain walaupun tiada kekangan arahan dari bos untuk bersolat tapi berapa ramai yg boleh mampu bersolat tepat pada waktunya? Masih menyiapkan kerja dahulu, baru bersolat di akhir waktu.
Kerana itu saya amat kagum dan hormat saya kepada puan kerana dapat menjaga waktu solat dengan baik walaupun terdapat kekangan di tempat kerja.
Namun, bagi saya, kita harus menunjukkan effort yg baik serta akhlak yg tinggi terhadap bangsa lain bagi mencerminkan bagaimana sebenarnya agama Islam yg mudah ini.
Saya cadangkan puan jangan menggunakan perkataan 'mahu bersolat' kepada mereka. Katakan saja puan mahu 'take 5' sebentar. Saya kira mereka takkan bertanya take 5 kita itu mahu buat apa? Mereka semua juga saya kira 'take 5 for a coffea'. Lagipun, sama saja take 5 untuk solat zohor kita dalam waktu lunch hour..
Namun, pastikan sebelum puan take 5, paling tidak pun siapkan dalam 50%-60% kerja puan supaya puan memberi imej yg impresif kepada bos dan rakan yg lain.
Menurut seorang sahabat baik saya yg juga pernah bekerja dengan orang2 cina dan dia seorang melayu dalam 1 department, memang orang cina kedekut ilmu dalam masa yg sama sangat menekan. Apa yg sahabat saya ini lakukan ialah cari klik cina yg baru sama sepertinya dan kerja lebih kuat untuk perhati dan belajar secara diam2 cara mereka semua bekerja. Tak salah untuk merendahkan diri sedikit bagi tujuan memperoleh ilmu.
Di sini pengurursan masa dan penggunaan ayat perlu divariasikan. Kalau bos puan memang jenis tidak boleh dengar apa2 acara keagamaan dilakukan dalam waktu bekerja, gunakan perkataan lain yg mereka mudah fahami. Tiada salahnya. Jika tidak sempat sekalipun ke musolla, puan boleh mengambil air sembahyang ke tandas sebentar dan bersolatlah dalam keadaan duduk di meja pejabat puan. Siap2 pakai stokin dan kedepankan sedikit tudung puan di bahagian dagu. Bersolatlah. Saya pasti mereka tidak mengganggu kerana menyangka puan sedang khusyuk membuat kerja. Islam itu mudah.
Di satu sisi yg lain, apabila majikan tidak membenarkan pekerja yg beragama Islam untuk bersolat, hal ini boleh diadukan ke pihak atasan. Puan boleh membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Manusia atau apa jua badan/persatuan yg menjaga hal kebajikan pekerja untuk memastikan hak puan diambilkira.
Sudah banyak aduan dibuat oleh mereka yg tidak dibenarkan solat langsung oleh majikan. Saya fikir, ini situasi yg berlaku dalam tahun 90an dahulu. Rupanya masih lagi sama situasi yg berlaku. Suami saya juga pernah bekerja dengan orang cina. Namun, majikannya siap bertanya apa lagi yg diperlukan bagi seorang Muslim untuk beribadat. Kemungkinan besar majikan puan jenis 'Kiasu' yg mementingkan hasil akhir kerja di samping hambatan masa yg tepat. Ini terjadi kerana sudah nature kerja orang cina yg sering bersaing sesama mereka apalagi dengan bangsa lain. Mereka mahu menjadi yg terbaik. Kerana itu baginya masa sangat penting.
Inilah yg membezakan kita dengan mereka. Kita ada iman. Namun, mereka tidak faham apa itu iman. Maka, jangan salahkan mereka. Doakan saja mereka beroleh hidayah Allah. Sungguh, hidayah Allah itu boleh datang dalam pelbagai rupa bentuk. Secara kasar atau secara halus. Allahlah yg Maha Pemberi hidayah. Berdoalah.
Samada puan terus bekerja di situ dengan hati yg sangat sangat kental melalui puan dahulu yg berubah mengikut rentak mereka bekerja dalam masa yg sama 'curi2 untuk sembahyang'. Atau, puan terus berhenti kerja dan menjadi surirumah yg sanggup dan boleh menerima cabaran yg saya nyatakan di atas tadi. Itu semua bergantung kepada diri puan sendiri. Juga hasil perbincangan semula puan dan suami yg baik hati memahami keadaan puan seadanya.
Apabila sudah berumahtangga, keputusan penuh yg harus ditaati ialah suami. Ibu mertua seperti ibu kita sendiri. Dengar dan ambilkira kata2nya. Namun, keputusan akhir di tangan kita dan suami secara sepakat. Kita bukan lagi budak kecil yg harus 'takut dimarahi'.. Hormati orangtua dan diamkan saja jika ianya berlawanan dengan keputusan dan pendirian kita. Jangan melawan. Apa yg dikatakannya adalah benar.
Atau yg ketiga, bersabar dahulu sehingga puan mendapat kerja yg lain. Usahakan mancari pekerjaan yg lain juga.
Cakap2 orangtua memang ada kebenarannya walaupun kadangkala ada satu2 perspektif tertentu yg dilihatnya sebagai 'kecil dan sempit'. Kitalah yg membantunya 'membesarkan' perspektif yg kecil itu supaya ia kelihatan luas dan terang. Dengan ini, jiwa kita juga akan menjadi lebih luas dan terang menerima apa juga jenis cabaran.
Masalah/cabaran umpama air kopi. Apabila dimasukkan ke dalam air kosong di dalam gelas yg kecil dan sempit, air kopi masih tetap kelihatan. Jika ia dimasukkan ke dalam air di dalam kolam, air kopi akan hilang begitu sahaja.
Besarkan jiwa. Berdoa. Allah adalah sebaik-baik Penolong.
Wallahu a'lam.
Moga puan terus tabah dan kuat menghadapinya. Allah mudahkan urusan puan dan lorongkan keputusan yg betul kepada puan dan keluarga. Amin..
Di sini, saya sertakan hasil perbincangan saya bersama sahabat2 fb saya yg baik hati.
Saya terima surat dari pembaca lagi.
Mohon tuan/puan memberikan sedikit pandangan berkenaan situasi ini. Saya kurang arif. Namun, saya berpendapat jika ada sesiapa yg tinggal di Kuantan dan memerlukan seorang pekerja yg amanah, saya rasakan puan ini boleh dipercayai atas sebab beliau menjaga solatnya. Saya tidak risau kepada orang yg menjaga solat, pasti Allah akan berikan yg lebih baik kepadanya di kemudian hari.
Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.
Soalan : "Saya baru mendirikan rumah tangga selama empat bulan.
saya ada satu masalah dan harapnya puan dapat memberikan pandangan kepada masalah saya.
selepas berkahwin, saya terus mengikut suami berpindah ke Kuantan,Pahang dan tinggal bersama mertua,sehingga sekarang.Alhamdulillah belum ada masalah besar atau perselisihan faham yang besar antara saya dan mertua.hanya kecil hati yang dianggap biasa,tidak disimpan dalam hati.
3 minggu pertama selepas berkahwin, saya menjadi suri rumah sepenuh masa. cukup sebulan berkahwin, saya mendapat tawaran kerja dan masih bekerja hingga hari ni.
masalah di tempat kerja ialah apabila saya seorang sahaja perempuan muslim dan di department saya, hanya saya seorang beragama Islam. yang lainnya ialah bangsa Cina. sejak hari pertama saya masuk kerja, tiada kerjasama yang diberikan kepada saya. semuanya task kerja dibuat dengan usaha sendiri. jika diminta tunjuk ajar, mereka hanya suruh saya cari penyelesaian sendiri ataupun jika diajar, tiada senyuman langsung. disebabkan saya tidak diberi tunjuk ajar, saya suarakan kepada pengurus dan pengurus juga berbangsa cina. dia juga suruh saya belajar sendiri. saya biasa bekerja, tetapi setiap company lain sistem yang digunakan, jadi saya perlukan tunjuk ajar. disebabkan tiada tunjuk ajar, saya cuba buat sendiri. bila saya proses pada pengurus, dia terus memaki hamun sambil mengatakan melayu bodoh, ada degree tapi lembab, melayu memang menyusahkan,shit,stupid. saya hanya diamkan diri. tetapi satu perkara yang membuatkan saya mahu berhenti kerja ialah, jika saya mahu solat,pengurus akan memarahi saya,dia kata saya jangan buang masa,kerja lagi penting.dan bila saya selesai bersolat,dia memaki hamun saya mengatakan saya buang masa,saya sengaja tak mahu buat kerja.sedangkan saya hanya mengambil 10-12minit waktu untuk bersolat.
saya suarakan kepada suami, dan suami minta saya berhenti kerja jika saya tidak tahan.suami bekerja sendiri dan gaji tidaklah besar mana. saya bekerja juga atas keizinan suami untuk saya membantunya.dan bila perkara ini terjadi,suami rela jika saya mahu berhenti kerja.
masalahnya ialah,ibu mertua tidak setuju saya mahu berhenti kerja.ibu mertua bekerja dari sebelum berkahwin hingga sekarang,jadi bila saya suarakan hasrat mahu berhenti dan bagi peluang untuk diri merasa menjadi suri rumah,beliau membantah.kerana katanya saya perlu kerja kerana perempuan sekarang kalau tak bekerja akan susah.jika perkara yang tidak diingini berlaku pada rumahtangga,saya akan susah kerana tiada sumber pendapatan.dan berkeras mengatakan ikut sahaja kehendak pengurus saya.buatlah kerja dulu,ada masa lapang baru solat.sedangkan saya sendiri tidak mahu melengahkan solat hanya kerana kekangan kerja.
saya buntu.saya takut untuk membuat keputusan untuk berhenti kerana takut dimarahi ibu mertua.walaupun suami saya rela.ibu mertua pula segala apa yang dikatakan,harus diikut dan suami juga mula buntu kerana takut dimarahi ibunya.
tolonglah saya puan,apa yang harus saya lakukan?"

Ulasan