Dari peti soalan : Bagaimanakah cara untuk mendorong anak berfikir sendiri semasa mereka sedang menyiapkan tugasan sekolah (homework) ? Semoga Puan boleh share tips2 yang boleh saya aplikasikan kepada anak saya... Terima kasih.... Jawapan : Hmm, soalan ni agak susah sebenarnya hehe... Sebab anak sulung saya baru nak masuk 4 tahun. Anak kedua pula masih 2 tahun setengah. Tapi kami ada juga main 'buat kerja sekolah'. Siapa yg siapkan 'kerja sekolah' a.k.a contengan sesuka hatinya penuh 1 mukasurat, saya akan beri dia cop warna-warni 30 markah beserta bintang2 yg bertaburan di dalam bukunya..hehe.. Hasilnya, setiap hari tanpa disuruh pun dia yg cakap mahu 'buat kerja sekolah'.. Pagi ini dia sudah menulis Alif Ba Ta dengan sendiri untuk pertama kalinya hingga buatkan saya terharu!huhu...
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.