Alhamdulillah. Sudah 3 tahun Fathi dipinjamkan oleh Allah s.w.t. untuk saya dan suami. Tak tahu berapa lama lagi Allah memberi pinjaman ini kepada saya. Bila-bila masa saya atau dia atau sesiapa sahaja boleh diambil semula oleh Allah yang menciptakan kita. Tidak dicepatkan tidak pula dilambatkan. Mengingati hari kelahirannya adalah suatu detik yang sangat indah walaupun sakit. Betapa semua kesakitan itu sebenarnya sangat indah untuk dikenang. Mula-mula ingat nak tulis pasal Fathi dan betapa cerewetnya dia tentang makanan dan revolusi pemakanannya sepanjang 3 tahun ini. Tapi bila selak balik album lama kat facebook tu fikir nak tukar cerita la pulak. Takyah tulis panjang-panjang. Mengenang kembali revolusi tumbesaran dan perkembangan Fathi. Bab makanan tu nanti saya akan kongsikan di lain waktu ya. Jadi, silakan tersenyum! :)
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.