رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Isnin, 12 September 2011

# keluarga # sudut pandang

Istighfar dan teruskan berdoa.

Petang tadi secara tidak sengaja saya terbuka Astro Oasis rancangan Ar-Rayyan bersama Dr. Fatma El-Zahra. Sudah bertukar wajah. Sudah musim ke-3. Saya tahu itulah yang terbaharu.

Saya ni bukanlah punya masa yang banyak sangat untuk menonton tv walaupun saya bekerja di rumah. Namun, tiap kali saya punya kemusykilan atau ada ketika saya perlukan 'refreshment' untuk diri saya tiap kali tu jugak bagai ada seru untuk bertindak atau berbuat sesuatu ke arah apa yang saya perlukan.

Jadi, saya tertengok Ar-Rayyan tu pun sudah separuh jalan barangkali. Saya tak pasti. Ayat pertama yang menangkap saya untuk terus khusyuk mendengar baris ayat seterusnya ialah (sila baca ikut intonasi Dr. Fatma bercakap ye) ;

"Kalau ada benda yang kita mahu tapi tak dapat, bermakna kita ada dosa dengan Allah yang kita tak selesaikan lagi. Atau kita ada dosa dengan makbapak kita. Kerana itu Nabi Muhammad s.a.w. ajarkan kita istighfar untuk kita amalkan iaitu dipanggil Penghulu Istighfar.


Kena tahu maksud : 
Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku, dan aku berlindung padaMu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan, aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.
Kalau kita faham maksudnya MasyaAllah, kita akan selalu mengakui dosa-dosa kita dan mintak ampun dari Allah. Kita manusia, mustahil kalau kita tak ada buat dosa. Cuma kita sadar atau tak saja. Kadan-kadan, kita buat dosa dengan mak bapak, kita tak sadar, sebab tu kita susah dapat apa yang kita mahu! 

Kalau ikutkan kita manusia biasa patut baca istighfar biasa (Astaghfirullahal 'Azim) 100 kali tiap hari. Penghulu Istighfar juga patut baca tiap kali lepas solat. Kalau kita tak buat, kita terus buat dosa, macamana Allah nak bagi apa yang kita mahu?! Sebab tu ada benda yang kita mahu sangat tapi kita tak dapat atau Allah 'delay' sikit sampai kita bersihkan diri dari dosa".

Ya, ayat-ayat itulah yang menangkap hati saya untuk terus pegun di depan tv. Walaupun masa tu dua-dua anak sudah menangis tarik tangan ajak pergi dapur nak makan. Tapi, ayat itu sungguh refreshing! Dapat sikit pun jadilah..

Saya juga pernah ber'darah muda', remaja, selalu memberontak senyap-senyap atau terang-terangan, manusia biasa. Masa silam saya ada juga noda dan dosa yang terpalit sana sini. Tiada manusia sempurna. Ianya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan atau jauh sekali untuk diikuti. Samada dengan ibubapa sama jugalah dengan Allah. Bagi saya, membelakangkan ibubapa sama juga maksudnya dengan membelakangkan Allah. Saya sedar itu dan saya selalu berdoa agar Allah tidak memberi saya hukuman yang keras atas kealpaan dan kebodohan saya yang lalu. Agaknya kerana doa emaklah yang membuatkan saya masih berpegang pada prinsip dan terus terjaga dari terus mengikut 'jiwa muda' saya dahulu. Dan akhirnya, bertemu dengan orang yang benar-benar sesuai dengan sifat saya yang banyak kekurangan ini.

Ibubapa saya amat bersikap protective. Boleh dikatakan over-protective (fikiran saya semasa remaja dulu). Namun, bila sudah kahwin, ada anak, baru saya faham bagaimana secara alaminya setiap ibubapa itu bersikap protective.

Dulu, ibubapa saya menetapkan peraturan rumah yang paling asas sekali iaitu tidak boleh keluar malam sesuka hati. Kalau keluar pun perlu beritahu awal dan balik semula ke rumah sebelum maghrib! Pernah saya keluar berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah dulu pulang jam 12 tengahmalam. Saya tak boleh masuk rumah! Gate semua sudah dikunci! Lampu semua sudah dipadam! Itu belum lagi hal-hal lain yang membabitkan tatasusila seorang anak perempuan Islam yang sebetulnya.

Sehinggalah hendak kahwin pun, dah bertunang, emak sekat saya agar tak selalu berjumpa. Tapi nak buat macamana, dah satu tempat kerja, berjumpalah juga. Memang tak keluar berdua pun. Apalagi nak datang rumah si lelaki untuk berjumpa mak ayahnya, lagilah pantang besor tu!

Keluarga saya bukanlah jenis yang mengikut adat sangat. Lebih penekanan agama yang dititik beratkan. Namun, nak melepasi persetujuan mak dan abah memang tak lena tidur dibuatnya! Lagi menggerunkan!

Saya ingat lagi pertama kali beritahu emak yang saya sedang 'berkawan' dengan orang Kelantan membuatkan mak trauma. Ya, pengalaman lalu selalu saja ada yang 'tak kena' dengan orang Kelantan. Semuanya yang negatif. Saya hampir berputus asa dan trauma saya kembali semula. Namun, pada satu hari abang saya, Alem berkata sesuatu yang ringkas tapi bermakna.

"Kalau ko rasa yang ni yang betul-betul, yakinkan pada mak abah. Macamana mak abah nak yakin kalau ko sendiri tak yakin!.."

Maklum saja saya diasak dengan macam-macam soalan masa depan, masa lalu si dia yang saya sendiri tak boleh jawab. Saya berterus terang ke'konfius'an hati dan minda saya pada si dia. Kami banyak berkomunikasi (walaupun dia sebenarnya bukan jenis yg berbual sangat), berbincang pun setara dengan pemikiran saya, saya selesa. Kami sangat ngam bab-bab berdebat atau berhujah mengenai sesuatu premis manusia. Dialah yang mendorong saya untuk kuatkan minda saya dengan berfikir yang positif dan bersabar dengan kemahuan dan permintaan mak yang sangat 'mengujikan' itu sekaligus menerangkan bahawa bukan isu orang Kelantan atau tak, orang Johor pun sendiri boleh jadi 'tak kena' kalau silap gaya. Semuanya mengenai didikan ibubapa kepada anak-anak, keharmonian keluarga, adik-beradik ipar-duai dan pegangan agama seseorang yang seterusnya membentuk kena tak kenanya seseorang itu bila dah besar.

Proses seterusnya ialah datang ke rumah memperkenalkan diri (sebelum ini ramai lagi yang pernah saya berkawan dan minta datang rumah. Semuanya terpaksa di reject! Tapi, kenalah selesaikan dengan baik dan berhikmah bukan buat orang macam barang kitar semula kann. Berdamai).

Mula-mula datang, si dia bersama abangnya dan seorang 'ahli masjid' di qaryahnya menetap. Ok.. Strategi yang bagus sebab bawa testimoni yang setara dengan abah (saya rasa lebih baik jika dapat datang dengan orang tua memberi persepsi yg orang itu bersungguh-sungguh). Dan kebetulan abah kenal orangnya sebab orang kuat masjid kan. Dari situ terus merisik. Beri cincin belah rotan lagi. Tapi, itu pun abah jawab, "Nantilah kami akan beri jawapan kendian."

Dan malam tu, si dia sangat frust dan agak malu kerana kelihatan seperti bakal di'reject' dan hampir berputus harap juga. Selepas itu, mak beritahu nak jumpa keluarganya. Berkenal-kenalan. Bukan senang nak mengumpulkan adik-beradik yang ramai sekaligus. Saya beritahu si dia dan si dia aturkan perjumpaan keluarga besarnya itu dengan sendiri. Si dia beritahu saya bila emak ayahnya akan turun Johor dan datang rumah. Kami sekeluarga masa tu tak tahu nak masak apa sebab orang Kelantan lain juadah makanannya dengan orang Johor kan.

Bila hari emak ayahnya datang ke rumah, si dia juga memang datang sekali, begitu juga adik beradik yang lain (yang tiada cuma abang sulungnya kerana sangat sibuk dengan perniagaannya yang terkenal di Taman Universiti ini). Ipar duai, anak saudaranya juga turut datang memeriahkan acara. Jadi penuhlah rumah kami dan riuh rendah macam kenduri kawin jadinya. Maklumlah, adik beradik je dah 7 orang. Ipar duainya lagi dengan anak-anak masing-masing semuanya 17 orang. Tapi, masa tu tak semua yang ada. Mana yang ada saja. Yang takde, disebut-sebut juga agar kenal susun galurnya.. Tiada perbincangan lanjut. Cuma datang berkenalan dan makan-makan dan cerita-cerita asal usul keluarga masing-masing.

Selepas itu, persepsi mak dah berubah terhadap orang Kelantan. Mak sangat lega dan senang hati melihat keluarga si dia yang boleh diajak berbual walaupun kadang-kadang mak tak faham apa yang mak si dia bercerita.. (Oooo emak mertua saya kuat bercerita loghat Kelantan pekat tapi bapak mertuaku itu seorang yang agak senyap, cuma tersenyum aje, samalah macam si dia tapi tak berapa suka senyum)..

Dekat dua bulan juga barulah jawapan diberikan. Mak benarkan saya memakai cincin belah rotan itu dan abah menelefon wakilnya tempohari untuk perkara selanjutnya (dalam tempoh itu sebenarnya saya tengok mak dan abah selalu sembahyang hajat dan istikharah tiap malam). Kemudian, barulah abangnya datang semula dengan si dia sendiri berbincang untuk pertunangan.

Sebenarnya, masa tu berborak je. Tarikh, jumlah hantaran, dulang hantaran, semuanya saya dan si dia berbincang sendiri-sendiri melalui telefon. Waktu kerja, kerja ye.. Kalau nak keluar beli barang hantaran pun bertemankan isteri kepada abang dia yang datang wakil haritu. Dan lain-lain setel sendirilah.. Sejak itu, semuanya mula berjalan lancar dan cepat saja saya rasakan.

Kami bertunang pada Krismas 25 Disember 2007. Berkahwin pada Hari Guru 16 Mei 2008. Mak yang pilih tarikh tu. Mak kata nanti senang nak ingat.. Tup tap tup tap saja saya sudah bernikah dengan si dia. Februari 2009 dapat anak lelaki pertama. Dan Jun 2010 dapat anak perempuan pula. Alhamdulillah.. Harus beringat juga mungkin ini boleh jadi Istidraj. Bersyukur segalanya menjadi semakin mudah. Biasalah, ada benda yang kita dapat, ada juga yang kita tak dapat. Tak semuanya kita boleh dapat untuk dapatkan hidup yang sempurna kan.



Saya mengakui perjalanan hidup saya semasa remaja hinggalah dalam tempoh mencari pasangan yang betul-betul sejiwa dengan saya itu amatlah sukar, adakalanya meletihkan. Terlalu banyak yang menyakitkan! Sebenar-benarnya saya juga pernah trauma dalam percintaan. Namun, setiap kali 'rejection' dan kegagalan dalam bercinta itu saya akan cuba belajar perkara yang tersirat untuk saya. Selesaikan dengan baik dan teruskan hidup. Masa tu cuma menangis dan sunyi saja yang saya rasakan dalam hidup ini.

Kita takkan mampu melihat apa yang tersirat di balik kelukaan itu semasa kita sedang bertarung untuk merawat hati yang sedih dan luka. Ambillah masa, bersihkan hati dan beristghfarlah selalu agar hati kita kembali jernih untuk kita baca dan faham apa yang tersirat buat kita. Jangan sesekali lihat pada apa yang tersurat kerana ianya selalu mengelirukan.

Saat ini, barulah saya dapat melihat dan berfikir seperti emak abah pernah fikirkan semasa mendidik dan menjaga kami sejak kecil, meniti usia remaja hinggalah saat mereka perlu melepaskan tangan yang mereka pimpin sejak sekian lamanya.


Kenapa mereka punya peraturan dan proses-proses yang ketat serta prinsip-prinsip tertentu untuk diikuti oleh anak-anak BUKAN orangtua yang kena ikut cakap anak-anak. Kita takkan tahu dan faham tentang kehidupan yang sebenar hinggalah kita melahirkan satu kehidupan baru yang lain. 

Menjadi seorang mak rupanya harus berjiwa kental dalam memastikan pembentukan anak secara menyeluruh (mula-mula dulu saya rasakan emaklah orang yang paling strict dan semua kena dengar cakap dia. Tapi, bila dah berjaya yakinkan mak dan mak sendiri lega dapat berbual, berkenalan dengan adik-beradik, keluarga si dia, cukuplah itu saja yang dia mahu. Seterusnya, dia sangat supportive).

Setebal mana dosa kita, sejauh mana kealpaan kita sebagai manusia yang serba kekurangan asalkan kita sedar dan menyesalinya, mengakui dan bertaubat kembali ke landasan asal ibubapa kita ajarkan, bukan terikut-ikut kawan-kawan, bukan juga terlalu ikutkan darah muda yang menggelegak, maka, selepas itu pasti segala urusan dipercepatkan dan segala keperluan dan kemahuan kita pasti dipermudahkanNya.. Hanya dengan IzinNya. Hanya melalui keredhaan ibu ayah yang lebih dahulu menyayangi kita.





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ye kak..seronok saya baca pengalaman akak..Memang kena banyak bersabar kan utk dapatkan hidup yg diberkati..tp itulah yang dpt bagi kita kepuasan yg teramat sgt..Terima kasih sebab sudi berkongsi cerita..Assalamualaikum..

mamamia berkata...

tertingal..satu terjemah, "aku mengakui nikmat yg Engkau berikan kepadaku" sebelum "aku mengakui dosaku" :)

Tanpa Nama berkata...

tertinggal sikit terjemahan..sebelum "aku mengakui dosaku" -> "aku mengakui nikmat yg Engkau berikan kepada ku "

.:)

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor