Saya banyak mendapat permintaan untuk mengajar ngaji anak-anak yg masih kecil iaitu sekecil umur 2 tahun. Sejujurnya, saya agak kasihan jika anda menghantar anak sekecil ini untuk pergi mengaji di rumah orang lain. Sebenarnya usia sekecil ini hanya lebih suka bermain. Sebagai ibubapa, kita tak perlu terlampau memaksanya untuk pergi belajar. Kerana mereka punya masa yg lebih panjang lagi untuk menghabiskan usia mereka dengan belajar selepas ini. Ada baiknya, usia awal sebegini dibiarkan sahaja mereka bermain. Ya, dengan bermainlah mereka belajar!
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.