Petang tadi saya tertengok pula satu dokumentari yang sangat menarik lagi berinformasi! Saya mengikut gerak hati untuk melihat channel #731 Astro BioChannel. Tajuknya saya lupa pula. Saya tengok pun sudah separuh jalan. Tapi saya tak sabar untuk berkongsi dengan ibubapa lain di luar sana apa yang saya peroleh. Dalam rancangan tu, mereka menemubual beberapa jenis keluarga dengan masalah anak-anak serta pengurusan rumahtangga masing-masing. Mereka membuat penyelidikan untuk melihat sejauh mana kebahagiaan anak kecil itu dapat dilihat dan dikesan sejak awal. Saya kongsikan apa yang saya dapat. Keluarga ini pada awalnya (semasa anak 2 dan sedang mengandung yang ke-3) sangat bahagia walaupun suaminya seorang disleksia dan kedua-duanya tidak bekerja. Semasa temubual si isteri baru saja mendapat pekerjaan. Selang beberapa bulan setelah bayi ketiga dilahirkan baby Charlotte, berusia 5 bulan, mereka melihat kembali kondisi keluarga ini. Si ibu ini seorang yang suka bekerja di luar. Katany...
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.