Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Antara usaha dan tawakkal

Saya dan suami adalah Work-At-Home-Parents. Dah 10 tahun suami saya kerja remote dari rumah. Meeting semua pakai VC ke serata alam buana. Dari bilik kecil dia tahu semua isu terkini di Rusia, Jepun, Philippine & memana lagilah lokasi rakan sekerjanya. Haruslah ada meja khas untuk dia sorang. Bagi mak pula, meja kerja mak ialah meja dapur, atas katil ataupun iron board. Kat memana pun mak boleh buat kerja. Ini realitinya bila dah 10 tahun "Rumahku Ofisku" jua. Duduk di rumah ni memang dah jadi "makanan" kami sejak 1 dekad dulu. Apalagi sejak mula tahu almarhumah nenek kena kanser bulan September tahun lepas, terus kuatkuasakan perintah kawalan pergerakan ke atas diri sendiri & anak2. Pernah mak marah Fatihah & Fathi kerana lambat keluar balik sekolah. Katanya cikgu tahan sebab kena tolong susun kerusi meja untuk peperiksaan. Mak jadi emosional sangat sambil berkata, "Lain kali cakap kat cikgu saya kena balik cepat cikgu. Nanti mak saya...

اتقوا الله ، خوف & رجع : COVID-19

Satu hari, Farihin (4.5 tahun) bertanya, "Mak, Allah kan jaga nenek sekarang. Tapi, kenapa kita kena doakan untuk nenek pulak?" Erk. Mak terkedu sekejap. Allah jaga nenek mestilah lebih baik dari mak jaga nenek dulu. Berada di sisi Allah mestilah keadaannya baik baik saja. Takkanlah Allah nak biarkan nenek seorang diri terumbang ambing kat sana kan? Inilah corak pemikiran anak kecil yang masih belum memahami keperluan beragama dengan betul. Belum matang. Lalu, hari ini ramailah anak anak muda termasuk yang tak berapa muda singgah di kotak komen mufti kita dan tanpa segan silu menulis, "Ustaz, apa hukumnya orang yang takutkan virus lebih daripada takutkan Allah?" Ini pula corak pemikiran orang besar yang tersepit lalu terperangkap di dalam pemikiran anak kecil. Tak matang. Saya bertanya kepada anak anak kecil saya, "Fathi & Fatihah, kita kena takutkan Allah atau kita kena takutkan penyakit/virus?" "Ermmm... Kita takutkan Alla...

Instagram baru Khadijah Gani

Dimaklumkan, Saya sudah tidak aktif lagi di Facebook. Bagi yang sudi memberi sokongan kepada saya lagi dan mahu membaca coretan saya sehingga habis bukan separuh-separuh, boleh follow saya hanya di instagram @nurkhadijah.ab.gani Terima kasih atas setiap satu doa dan tanda sokongan yang anda berikan kepada saya selama ini. Saya amat menghargainya.