"Tali otak" bagi anak kecil. Walaupun berulangkali mengingatkan diri untuk memilih perkataan dan tidak menyebut tingkahlaku anak yang kurang positif, adakalanya saya masih terlepas juga dua tiga perkataan. (Bukan mudah untuk berubah. Bukan mudah untuk mendidik anak kecil. Tapi, ini sajalah jalan yang paling mudah.) Pada satu pagi... "Mak, kenapa abang rasa susah nak buat kalau abang rasa tak nak?" Tanya Fathi (6 tahun) semasa sedang melihat saya menggosok pakaian. Kebetulan, ustaz dalam tv baru menyebut satu ayat "80% rasa ketakutan itu adalah anggapan. Belum tentu betul." "Hmmm... Sebab abang fikir susah dulu dan takut nak mencuba. Kalau abang cuba dulu mesti tak rasa susah. Tengok macam ustaz ni cakap. Apa yang abang takut tu 80% cuma anggapan. Selagi abang tak cuba dulu, abang tak tahu betul ke dia susah nak buat atau tidak. Contohnya, cuba abang makan macam-macam sayur dulu. Baru abang tahu ada sayur yang rasanya tak pahit. Tak sem...
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.