Saya banyak belajar daripada anak-anak kecil. Bermula dengan anak saudara saya, Dariyyah Husna (3 tahun). Pada satu hari, Fathi (5 tahun) memarahi adiknya Fatihah (4 tahun) ketika bermain bersama. Fatihah seperti biasa akan tersentap dan mula mahu menangis. Tiba-tiba, saya terdengar Dariyyah berkata, "Janganlah marah Ikan payung..." Dan saya terus........ :)))))))))) Boleh merasai perubahan hormon yg ketara di situ. Sedang kita sibuk dengan urusan yg perlu diselesaikan segera, dan terasa sedikit tertekan apabila anak-anak dan anak bergaduh, terus luluh hati dan seluruh jiwa mendengar perkataannya. Daripada kita terasa mahu 'panas' terus jadi 'sejuk' lagi mendamaikan..! Sejak itu, saya terus menangkap kata-kata tersebut sebagai moto kami anak beranak. Jika ada anak yg mula merajuk atau marah, saya katakan, "Janganlah marah Intan Payunggggg...." "Janganlah merajuk Intan Payung fatihah.." Mereka terus tertawa dan terse...
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.