Fatihah mula konsisten memakai tudung sejak umurnya 3 tahun. Sekarang, Fatihah masuk 4 tahun semakin terbiasa dengan tudung. Dan juga lebih suka berbaju kurung atau t_shirt lengan panjang. Hingga di rumah pun tak mahu buka tudung. Ada sekali saya tinggalkan dia dan abangnya di rumah adik ipar untuk bermain dengan sepupunya. Selama 3 jam itulah dia bermain di dalam rumah dengan memakai tudung! Untuk mendorong anak cilik memakai tudung (tidak wajib, optional) : 1. Selalu memuji usahanya mahu memakai tudung. Contoh, "Mak suka tengok anak mak ni pakai tudung. Nampak manis, comel, sopan. Cuba tanya nenek comel tak Tiha?" > Berikan dia keterujaan.
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.