Selepas mengenal Allah dan membiasakan anak-anak dengan kehebatan dan kepentingan Allah Subhanahu Wata'ala sebagai asas 'Aqidah, seterusnya saya mahu membiasakan anak-anak dengan solat pula sebagai kewajipan yang harus disemai sejak kecil. Satu tuntutan yg berterusan mulai sekarang bukan bermula pada ketika mereka sudah besar dan baligh kelak. Teringat pada pencerahan seorang ustaz dalam kuliah tafsir yg pernah saya ikuti dahulu. Menurutnya, anak-anak diwajibkan mendirikan solat hanya ketika umurnya 10 tahun. Ketika ini, dibolehkan memukul anak yg tidak bersolat sebagai peringatan (dengan syarat) ibubapa sudah mengajarnya bersolat sebelumnya. Sebelum mencapai umur anak 10 tahun ini, ibubapa punya masa yg terlalu banyak untuk menyerunya bersolat pada setiap waktu dan bukannya baru mahu menyeru mereka bersolat selepas umurnya menjejak 10 tahun. Bagi mencetus MAHU anak-anak terhadap solat, sebagai permulaan saya menggunapakai perkataan yang lebih mudah dihadami anak-ana...
Kebahagiaan sebenar apabila kita mensyukuri setiap nikmat yang dikurnia.