Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

Bila emak tiada lagi

Post ini dah lama tersimpan dalam draf sebenarnya. Tak tahu kenapa dulu tak terus tekan butang publish. Teringat ada banyak draf post lama yang belum publish lagi dalam blog ni, terjumpa post ini yang ditulis semasa mengandungkan anak ketiga, Fahmi, kalau tak silap, tahun 2013. Bila sekarang, mengandungkan anak kelima, terjumpa dan baca semula, perasaannya jadi jauh berbeza semasa hanya mendengar teguran emak dulu. Suara yang takkan mungkin dapat didengari semula.  Suara yang paling dirindukan. Ia semakin luput dari ingatan. Hanya tulisan inilah saja yang tersimpan kemas dalam memori yang berkekalan. ----------------------------------------------------------------- Kata emak, "Jangan ikut sangat rasa lapor tu. Ajar anak dalam perut sabor sikit. Kalau ikut sangat rasa lapor tu nanti anak dah keluar asyik kena ikut cakap anak. Kalau nak time tu time tu jugak tak reti nak bersabor. Nak jadi mak bapak apa kalau kena ikut cakap anak? Ajar anak sabor dari dalam perut tu lagi." ...