Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Keluarga sebelah suami di Pasir Mas, Kelantan. Tahun ini dapat berkumpul 5 daripada 7 beradik. Alhamdulillah. 

Keluarga saya di JB.  Dapat berkumpul 4 beradik selepas 2 Syawal. Sebab itu baju raya dah tak ada. Semuanya sedang dibasuh. Hehe..



Tahun 2019 ini "tahun adjustment".
Sepatutnya tahun ini giliran beraya di Johor 1 Syawal berikutan tahun lepas 1 Syawal di Kelantan. Tapi, selepas perbincangan dengan semua 4F dan abahnya kami sepakat tahun ni 1 Syawal di Kelantan sebab nak adjust giliran supaya dapat beraya 1 Syawal tahun depan dengan mak long pula selepas bertahun lamanya tak dapat beraya 1 Syawal dengan mak long 4F lebih lebih lagi Muhammad Zaid (anak susuan saya). 
Kebetulan juga tahun ini cuti hari raya panjang bersambung dengan cuti sekolah sebab itulah kami balik awal ke Kelantan dan beraya 1 Syawal di sana. Tahun depan konfem tak dapat lagi cuti sekolah serentak dengan cuti hari raya lagi kan?
Sistem giliran beraya bagi saya adalah sesuatu yang fleksibel dan boleh s…

Ramadhan 2019

Salaam Ramadhan 1440H.

Sudah lama tak sempat update blog kesayangan di sini. Lama juga tidak menjenguk komen-komen yang singgah di setiap entri. Mohon maaf zahir batin. Saya tak sempat menjawab semua komen di sini.

Mohon follow saya di Facebook atau di Instagram dan boleh PM/DM saya terus jika ada soalan. Saya lebih aktif melalui Facebook & Instagram sahaja. Juga Telegram memandangkan saya membuka kelas tahsin online khusus Ramadhan ini.

Semoga semua amalan kita yang nampak Dan tidak nampak akan beroleh keberkatan Dan pengampunan Yang Maha Esa.

Sedikit perkongsian semula daripada Buku Bukan Sekadar Homeschooling buat mak-mak yang sedang melatih anak berpuasa. Selamat berpuasa semua!

#diariramadhan2019

Komik Zine Geng Suka Mengaji Kat Rumah Cik Jah

Entah macamana baru teringat saya pernah hasilkan e-comic dengan hasil keuntungan jual KIK satu masa dulu. Beranikan diri mencuba sesuatu yang baru lalu saya gigih mencari Illustrator yang sudi bekerjasama hingga bertemu pelukis komik Faisal Nordin Dan pelukis cover Emira Jimin. ๐Ÿ˜Š
Dulu, tak terfikir nak jadikan booklet. Dan tak tahu kewujudan zine. Tetiba dapat idea nak jadikan dalam bentuk zine Dan inilah hasilnya. Taraaa...
Sekarang, Fathi & Fatihah dah boleh baca jadi mereka jadi pembaca pertama edisi printed. Dia kata kenapa muka diorang tak ada Dalam komik ni? Haha.. Dan komik mak ni tak sama macam komik lain yang pernah diorang baca. Lain Dari yang lain. ๐Ÿ˜
Apa boleh buat. Bila mak nak buat sesuatu, mak tak suka sama macam orang lain. Kena Ada lain sikit supaya orang ingat jejak mak.
Ya, komik ni sangat amatur (budak baru nak belajar) tetapi penuh intipati nasihat. Pengalaman mengajar mengaji & usrah bersama anak-anak mengaji yang direkodkan jadi kenangan terindah bers…

Gendong anak dengan betul

Memory FB harini ingatkan kembali buah hati yang sudah tiada lagi.. Rindunya pada ring sling ladybird purple ni. ๐Ÿ˜ญ Ring sling lah carrier paling simple Dan paling mudah nak dibawa ke mana mana.

Seronok menggendong zaman ada baby kecik gini Dan sebelum mak jadi "terlebih bahagia" macam harini ๐Ÿ™ˆ..hehe..



Masa anak pertama & kedua dulu tak pernah tahu kewujudan babywearing. Masa anak ketiga & ke empatlah baru jumpa #babywearingstuff ni.

Gambar 1 - masa check up jaundice Farihin, anak ke 4 - tahun 2015.

Gambar 2 - masa selalu masuk Badan Cemerlang Bookstore kat Angsana hantar Stok Kad Imbas Khadijah gendong Fahmi, anak ke 3, yang susah nak dibawa berjalan ke tempat awam sebab takut orang ramai tahun 2014 tak silap. Sangat mencabar masa ni.

Sebab tu babywearing amat membantu kita buat kerja dengan anak berderet. Hehe..

Cuma, kenalah pilih carrier yang betul bukan main gendong je ikut sesuka hati tanpa ilmu. Ada caranya setiap kali nak gendong anak ya supaya posture badan anak …

Tips beli barang sekolah anak dengan berhemah

First round shopping. Beli yang paling penting je dulu. Lain lain masih boleh gunakan lagi walaupun dah 2-3tahun. Bajet cukup cukup RM 200 untuk 3 orang anak. Next bajet cuma untuk yuran & buku sekolah, alatulis & kasut saja.
Mujur tempat fav yang murah ni depan rumah je. Semua baju jenis falcon & canggih termasuk beg sekolah ada diskaun 10% kat kedai Ah Seng. Kasut putih diskaun 40%. Kasut hitam diskaun 10% juga.
Ikut pengalaman lepas, sedikit tips Di sini saya nak kongsikan.
1. Jangan beli kasut murah RM 10 tu. Setengah tahun je dah rabak. Pilih yang tapak tebal. Mahal sikit pun tak apa. Pastikan boleh masuk 2 jari kat belakang bila anak cuba pakai kasut tu. Beli 1pasang pun dah cukup.
2. Jangan beli beg jenis pvc. Bertambah berat bila masuk buku. Lebih baik pakai beg jenis kain & padding tali beg tu tebal. Lebih tahan lasak & tak sakitkan tulang belakang anak. Beg troli - sesekali tidak๐Ÿ™…Anak takkan guna roda troli. Naik tangga ke kelas dia akan pikul beg juga.…