Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Hati kecil si anak

Masih ingat lagi cerita kawan Fatihah yang mengadu ibu ayahnya nak bercerai tempohari?

Semalam,

"Tadi kat sekolah kawan² tiha satu kumpulan semua marahkan tiha. S menangis."

"Hah, apa tiha dah buat sampai S menangis?"

Fatihah ketawa.

"Bukanlah mak. Tiha tak buat apa² pada S. Cikgu suruh nyanyi ikut kumpulan. S kan duduk sebelah tiha. Masa giliran kumpulan tiha nyanyi, S tiba² menangis. Tiha nyanyi tak keluar suara. Tu yang diorang marah tiha sebab tak dengor suara. S dah menangis takde suara dah."

"Oooo.. Ok baru mak faham. Cikgu suruh nyanyi lagu apa sampai S menangis? Tiha kenapa tak nangis sama?"

"Tiha tak nangis. Hihi.. Biasalah, tiha Kan baru belajar nak kuatkan suara. Pertama kali nyanyi memanglah tak dengor suara tiha. Tapi lepas diorang marah tiha, kali kedua Tu baru tiha nyanyi keluarkan suara. Kuuuat- kuaaaatttt! Baru semua terdiam.. Cikgu suruh nyanyi lagu Dalam buku teks Tu BM Tu. Nanti tiha tunjuk. Entahlah kenapa S menangis. …

Iradah

"Mak, macamana tsunami tu boleh rosakkan semua yang ada tepi laut?" tanya Fatihah.
"Tsunami tu terjadi sebab gempa bumi berlaku Di tengah lautan selepas berlaku Di daratan. Bila satu tanah ternaik, satu tanah lagi jatuh ke bawah ombak yang besar akan terhasil Dari situ. Impak dia ombak besar akan terjadi Dan menuju ke tepi pantai. Sampai jejak je daratan, ombak tu sapu habis apa yang ada kat situ sampai musnahlah semuanya dibawa air." Gigih mak menerangkan sunnatullah fenomena alam.
"Tapi mak, kenapa Allah nak musnahkan semuanya? Kesian rumah kat tepi tu semua roboh. Habis tu, dia nak duduk kat mana?"
Erk. Soalan budak umur 5 tahun ni memang mengikut logik akal semata. Mujur masa tu mak baru habis mengaji masih ada wudhuk lagi. Minta petunjuk Allah nak jawab soalan ni macamana. Tup tup.. Mak dapat ilham
"Sebab Allah nak beri yang baru yang lebih baik! Macam fahmi main lego. Fahmi buat apa untuk buat binaan Lego yang baru? Fahmi terpaksa musnahkan bi…

Sembang KIK di Telaga Biru

Little determined fighter

Semalam, terima mesej daripada seorang ibu yang baru melahirkan bayi pra matang pada 24minggu. Allah..๐Ÿ˜ฅ

Beliau minta untuk dicarikan ibu susuan. Semasa itu, saya tak yakin ibu susuan adalah jalan penyelesaian mudah bagi kes begini.

Saya menerangkan bahawa komposisi susu ibu untuk bayi pra matang berbeza dengan komposisi susu ibu yang melahirkan anak cukup bulan.

Setiap susu ibu sudah dijadikan auto set dengan keperluan tubuh bayinya sendiri. Namun, masalah utamanya adalah dia tidak dibenarkan memegang bayinya sendiri apatah lagi membawa bayi keluar dari inkubator walaupun sekejap. Makanya, skin to skin Dan latching untuk stimulate pengeluaran susu tidak dapat dilakukan sekarang.

Tak lama selepas itu, suaminya menelefon saya untuk bercakap terus. Katanya, dia tak mahu isterinya yang bercakap sebab dia takut isterinya akan menangis lagi. Saya katakan, tindakan suaminya adalah tepat. Saya memahaminya. Saya pun takut jika saya pun emo sama bila bercakap dengan isterinya.

Saya mencadangk…

Selective Mutism Sindrom

Fahmi : ๐ŸŽผ Nyat ensong matekaji semariseng๐ŸŽถ๐ŸŽถ Ben laden๐ŸŽถ๐ŸŽถ
Mak : Fahmi tahu ke lagu ni? Faham tak lirik dia?
Fahmi : Entahlah. Mi pun tak tau. Tapi selalu dengar K nyanyi kat sekolah. K kan mak suka sangat nyanyi lagu ni kat sekolah tak berhenti henti sampai waktu belajar dengan waktu rehat pun dia nyanyi pastu kena marah dengan cikgu. Sampai Mi pulak dah boleh hafal lagu dia nyanyi.
Mak : Oh iya? Habis, kat sekolah Mi ikut tak K menyanyi sama?
Fahmi : Tak. Sebab mana boleh bercakap masa belajar dengan masa makan. Jadi Mi senyap jelah. Tak baik kan kalau kita bercakap masa tengah makan apalagi kalau menyanyi.
Mak : Aaaaa.. Yelah betul jugak Tu. Habis time bila Fahmi berbual atau bercakap dengan kawan kawan?
Fahmi : ๐Ÿ˜…
Selective Mutism sindrom ialah apabila Di sekolah perwatakannya sangat berbeza daripada ketika dia berada Di rumah. Untuk menghadapi anak dengan isu ini pentingnya pendedahan ke sekolah / tadika supaya dia boleh belajar untuk mengatasainya.
Sama ada alasan ataupun ras…

Social experiment

A : Haihhh kecoh orang dok share habis troli2 kat shopping mall tu penuh barang ditinggalkan gitu je tak sempat kira. Teruk betullah orang macam gini. Menyusahkan dah pekedai nak susun balik semua barang tu. Nampak sangat kelabu mata bila dapat barang free.

M : Tengah viral benda tu ke sekarang ni? Saya ni tak tertengok apa yg viral. Selalu tak terjumpa. Alih2 orang dok cakap sana sini. Nampak jugak orang post pagi tadi. Nak harap apa lagi memang dah macam tu namanya manusia.. Kita ni tak boleh mengata sangat. Cuba kalau kita takdirnya ada kat mall tu petang tu. Agak2 kita sama tak macam diorang? Ke kita terus balik rumah je?

A : Iyalah. Kot ya pun.. Ambil barang tu berpadalah. Jangan macam nak simpan Stok sampai 10 tahun. Ada gambor tu sampai dalam troli ada berkotak2 aiskrim. Orang dok komen ni aiskrim ni makan tetiap hari macam makan nasi ke apa. Tak agak2.. Tamak orang kita ni. Lepas tu bila tak sempat kira dok tinggalkan kat tepi. Tak ke membazir tu. Menyusahkan orang jual, oran…

I follow you. You follow siapa?

Satu masa dahulu, saya seorang yang tertutup. Facebook ini hanyalah untuk kenalan dan ahli keluarga. Namun, entah bagaimana tiba tahun 2013 saya mula terbuka dan menerima ramai kenalan baru dan followers hingga ke hari ini.

Bagi orang seperti saya, menerima ramai followers bukan atas dasar bisnes (hanya kerana berkongsi cerita mengenai kelas mengaji saya ketika itu), adalah sesuatu yang menakutkan. Ya, saya tidak berasa gah mana pun.

Takut jika tersalah tulis dan pembaca tersilap memahaminya. Kerana itu saya tidak suka pembaca copy and paste tanpa dikreditkan kepada saya semula yang bertanggungjawab menulisnya. Tujuannya supaya jika ada yang silap memahami apa yang saya tulis, bolehlah terus bertanya semula kepada saya atau sekurang-kurangnya saya tahu di mana gaya bahasa yang perlu saya perbaiki. Penulisan saya masih belum matang dan perlu digilap lagi semasa itu.

Apalagi jika orang share. Saya kecut perut sebenarnya! Saya takut penerimaan orang yang tak pernah mengenali saya boleh …

Depress kerana kerja?

Soalan :

Salam Puan.. 
Sy mohon kata2 motivasi dari puan.

Sy ibu berkerjaya dan berkahwin. Ada suami dan 2 org anak. (6 thn dan 4 thn). 
Sy long distance ulang alik dari rumah Rawang ke KL tempat keje.

Akibat terlalu penat sy slalu jadi tak ikhlas bekerja. Sy rasa 10tahun sy kerja kosong jiwa. Takde apapun buat sy rs puas. Sy slalu mengatakan sy tak ikhlas dlm kerja.
Sy mahu kerja sendiri dan puas dgn hasil usaha sendiri seperti berniaga.

Namun kedua ibu bapa tak setuju sy berhenti kerja kerana sumber pendapatan mereka ialah dari sy yg menyara keperluan mereka.

Sy terlafaz ayat tak ikhlas.

Mcmana puan? Adakah sy di tahap depression tinggi?

Banyak kali berubah. Jaga solat. Semakin sy jaga solat semakin berat ujian Allah nk uji kesabaran sy..Sehingga sy tak mampu menepis.

Mohon pinjamkn kata2 semangat puan๐Ÿ˜ฐ

T.kasih sudi membaca luahan sy. Semoga Allah merahmati Puan sekeluarga.

.

Wsalam puan.. Maaf, ambil masa lebih 2 minggu untuk menjawab. Soalan ini sepertinya tak layak saya menjawabnya kerana s…

Gelap itu menakutkan ~ Sebuah ibrah dari gerhana

Selepas melihat lihat perkongsian gambar bulan gerhana sampai ke kemuncaknya,

"Abang, Fatihah, jom kita solat sunat gerhana nak?"

"Nak! Nak!"

"Ok jom! Mak ajarkan dulu macamana nak solat sunat gerhana."

*Satu tips untuk ajar anak beribadat tanpa paksaan adalah sentiasa mulakan dengan ayat tawaran.

Setelah habis solat, mak mulakan 'khutbah ringkas' versi rumahku sekolah pertamaku. Hihi..

"Abang dan Fatihah tahu tak ada apa hikmah di sebalik fenomena alam macam gerhana ni?"

"Tak tahu."

"Bila gerhana terjadi, dunia akan gelap buat seketika. Apa yg abang dan tiha rasa bila dunia kita gelap tanpa cahaya?"

"Tiha rasa takut sangat macam nak menangis." Fatihah menjawab.

"Tapi mak.. Kan kita ada teknologi sekarang. Manusia dah cipta lampu. Dengan adanya lampu manusia tak perlu rasa takut dengan gelap lagi." Fathi menjawab dengan skil kbat nya.

"Betul tu. Tapi cuba bayangkan kalau lampu tak ada langsun…

Motivasi tertinggi untuk membaca al Quran

Sebelum ini, saya banyak terima soalan daripada ibu yang duduk di rumah bagaimana untuk konsisten membaca al Quran kerana masa sudah dihabiskan dengan mengurus anak-anak. Persoalan ini bukan dari seorang. Tapi ramai. Katanya, berbeza sewaktu dia bekerja dahulu, masih punya waktu kosong walaupun sebentar di ofis di kala waktu rehat atau sesudah sampainya di ofis. Tetapi, apabila sudah berhenti kerja dan duduk di rumah, semuanya sudah "ke laut".

Inilah realitinya menjadi "stay-at-home-mom". Kita takkan dapat merasainya selagi kita tak benar-benar "duduk di rumah" mengurus anak-anak seorang diri.

Namun, saya juga memahami ibu bekerjaya di ofis juga tak selalunya ada waktu senggang. Adakala juga lebih terkejar-kejar semua perkara berbanding ibu yang duduk di rumah. Masing-masing ada "plus minus" nya tersendiri. Tidak perlulah bergaduh dan membanding-bandingkan siapa yang lebih penat atau siapa yang lebih banyak kerjanya.

Jauh lebih penting lagi, si…

Bagaimana nak daftar pertubuhan alumni di ROS?

Semuanya bermula daripada satu idea.

Semasa kami mendapat perkhabaran yang sekolah lama kami menghadapi sedikit kekangan untuk membaikpulih fasiliti, ada beberapa suara yang berbunyi "Sekolah dah tak ada duit ke?" - "Duit kerajaan pergi mana sampai semua dana dipotong?"

Ini fenomena biasa. Semua orang berhak bertanya begitu dan begini. Itu hak mereka.

Namun, saya tidak mahu memberi banyak alasan dengan hanya bertanya ke sana ke sini mengenai sesuatu yang kita sendiri tidak pasti malah tiada jawapan mengenainya. Jauh sekali mahu berspekulasi serta membawa sisi pandang ke arah 'mencari kesalahan orang lain'. Ia tidak membawa apa-apapun manfaat. Tiada hasil.

Lalu, saya mendapat mesej daripada salah seorang kawan lama yang menyatakan hasrat jika boleh diwujudkan satu akaun khas bagi alumni menyalurkan semua sumbangan dana berbanding mengumpul melalui akaun persendirian, itu adalah lebih baik. Kelak, mana tahu sumbangan itu boleh dimanfaatkan membantu ke sekola…