Sabtu, 16 April 2016

Kenapa ada orang dapat anak, ada orang tak ada anak?

Soalan KBAT Fathi (6 tahun) pada satu hari.

"Mak mak.. Kenapa orang yg dah kawen ada dapat anak, ada yg tak dapat anak?"

Fathi tiba-tiba bertanya sebelum tidur semasa sessi "golek golek atas katil".
Gulp! Masa nak tidur nilah masa dia nak jadi kritis pula..
.
.

Sebelum tu, soalannya berbunyi, "Kenapa kita boleh jumpa Allah kat syurga je bukan kat dunia?"
.
.

Beberapa minggu sudah soalan kenapanya berbunyi, "Kenapa anak anak kena binkan dengan abah dia bukan mak dia. Kan mak dia yg keluarkan dia dari perut?"
.
.

Tahun lalu pula soalan asasnya berbunyi,
"Macamana anak anak boleh jadi dalam perut mak dia?"

2 dari 3 soalan itu Fathi sudah tahu jawapannya. Hinggalah sekarang bila adiknya pula bertanya dia akan menjawab bagi pihak saya.

"Manusia kan dijadikan daripada tanah dan setitis air. Mak ada bacakan masa baca Quran haritu abang dengar."

Saya agak terkejut sebenarnya. Kerana jawapan itu bukan jawapan saya berikan. Saya cuma membaca terjemahan ayat yg saya baca tiap pagi semasa subuh waktu anak bangun dari tidur. Kebetulan dia mendengar dan nuur kefahaman itu melekat sendiri dalam akalnya.
Allahu akbar.

Jumaat, 15 April 2016

Permohonan tauliah guru al-Quran negeri Johor

Kerana makcik itu.......

(Al fatihah).




Stage 1.

Alkisah, satu masa dahulu selepas sessi rehearsal dengan seorang ketua kumpulan yasin di Taman Universiti ini untuk majlis khatam al Quran sehari sebelum majlis pernikahan pada 16 Mei 2008, makcik ini menyuruh saya segera mendapatkan tauliah untuk mengajar ngaji.

Ketika itu pada usia 26 tahun, saya hanya tertawa kecil dan berfikir yang tauliah mengajar ngaji tidak termasuk langsung dalam senarai kerjaya idaman saya. Maklumlah, graduate UIAM. (Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya).

Lagipula, saya membayangkan tauliah sebegitu hanya untuk makcik makcik veteran sahaja. Saya tidak nampak keperluan saya berbuat seperti yg disarankan beliau. Lalu, saya diamkan saja.

Allah Maha Berkuasa.

Selasa, 12 April 2016

Bebelan & akaun emosi




Jika kita biasa mendengar kata-kata daripada Prof. Muhaya, beliau sentiasa mengungkapkan perkataan ini.

“Sebelum menegur anak, pastikan akaun emosi anak penuh....”

Saya juga pernah mendengar seorang Pakar Emosi Kanak-kanak pernah berkata,

“Kita harus pastikan tangki emosi anak berada di tahap yang cukup setiap hari bagi membentuk tingkahlaku yang positif ke atas diri anak-anak.”

Lalu, apabila membaca secebis keratan akhbar bertajuk “Ibu kuat berleter, anak lebih berjaya” saya tidak terus memahami kenyataan ini secara satu hala.


******************************

Dahulu, semasa saya kecil saya masih ingat emak saya seorang yang kuat membebel. Namun, pada satu hari semasa saya meningkat remaja, secara tiba-tiba emak menjadi sangat kurang bercakap tetapi hanya tindakannya saja membuatkan saya dan adik-beradik lain “panas” dan takut walaupun emak tidak marah-marah.

Contohnya, semasa anak dara dahulu, saya gemar bangun pagi lambat apabila hari cuti. Biasanya, emak akan membebel dengan mengetuk-ngetuk pintu bilik. Namun, pada satu hari tiba-tiba rumah sunyi sepi tanpa bebelan emak. Saya sudah terjaga tapi penuh kehairanan. Tiba-tiba terdengar bunyi periuk berlaga di dapur.

“Klentang klentung klentang klentung.....”
Bising sekali!

Zalora

April 2015



Mendapat "Invitation to collaborate with Zalora Malaysia" membuatkan saya tergamam kerana nama besar ini sudi membaca blog http://khadijahgani.blogspot.com/
Namun begitu, kolaborasi tidak menepati tema blog ini.

Kepada semua penggiat/penggemar fesyen bertudung atau menulis blog mengenai fesyen, suka saya mencadangkan untuk berkolaborasi dengan pihak mereka. Ia satu kesempatan yang cerah memandangkan persaingan jualan tudung hari ini sangat meluas.

Dalam masa yang sama, saya juga suka untuk berkolaborasi dengan mana-mana penggiat atau blogger mengenai keibubapaan, pendidikan awal kanak-kanak / surirumah / WAHP / homeschooler. Ia juga satu bidang yang luas lagi menarik untuk dikongsikan bersama.

Salam perkenalan!

Isnin, 11 April 2016

Harta, anak & kesenangan yg menipu


Kebetulan, petang tadi tazkirah beberapa orang Pak Ustaz benar-benar menyentuh jiwa saya yang sentiasa inginkan peringatan.

Antara bait kata-katanya yang masih segar dalam memori saya lebih kurang begini katanya,

"Kebanyakan manusia sangat suka mengira-ngira berapa banyak hartanya dan berapa banyak anaknya. Lalu dibandingkan dengan orang lain. Mereka belum sadar bahwa segala apa yang dikecapinya di dunia ini hanyalah kesenangan yang menipu. Anak dan harta bukanlah untuk dibanggakan. Ya, kita boleh merasa suka, gembira dan senang dengan segala yang membahagiakan yang kita perolehi tetapi sadarkah kita bahwa ianya hanyalah penipuan yang sementara jika dibandingkan dengan kesenangan akhirat.

Kesenangan itu (mata') boleh jadi dalam 2 perkara :
1. Untuk tujuan hidup di akhirat melalui amalan di dunia
2. Untuk beribadah bagi akhirat untuk tujuan hidup di dunia.

Adalah lebih baik bagi kamu merasakan biasa-biasa saja dan bersyukur atas apa saja kesenangan yang diterima. Namun, harus diikuti dengan tujuan kamu yang sebenarnya samada untuk hidup di dunia atau hidup di akhirat.

Sungguh, kenikmatan terbesar harus diperolehi manusia adalah kenikmatan di akhirat yang lebih kekal abadi. Umpama seseorang yang pergi mencedok air laut dengan jarinya. Air yang dicedok dari jarinya umpama nikmat dunia (harta & anak) jika dibandingkan dengan luasnya air laut (nikmat akhirat)."
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي اْلأَمْوَالِ وَاْلأَوْلاَدِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيْجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُوْنُ حُطَامًا وَفِي اْلآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيْدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan- Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al- Hadid: 20)


Nota :

Inilah jawapan saya kepada banyak pertanyaan di emel/inbox yang tidak berbalas selama ini meminta saya untuk merekomen anak angkat dari kalangan pembaca blog saya yang hamil luar nikah. Mohon maaf, kerana tak mampu menjawab termasuk saya delete semua komen berbentuk meminta anak angkat yang gayanya seperti menjual barang yang disertakan nombor tel / whatsapp. Saya tidak boleh menjadikan anda seorang ibu. Jagalah 'Aqidah. Hadamilah peringatan di atas.
Bawalah hati dari kesempitan hidup di dunia kepada keluasan hidup di akhirat.

Ahad, 10 April 2016

Psikologi anak kecil mengaji


(Seperti yg telah saya kongsikan sebelum ini di dalam Closed Group Usrah Suka Mengaji tapi ini dengan penambah info buku mngaji terbaru khusus juga bagi menjawab soalan dari seorang ibu mengenai buku mengaji yg berwarna warni dan berilustrasi).

Akan tiba satu masa anak kita tidak mahu mengaji. Hanya tiba tiba.

Ajarlah apapun, tiba masanya dia hanya tidak mahu meneruskan rutin biasanya.

Ibu ayah.... Tingkatkan kesabaran yg ada.

Tarik nafassssss.
Seperti permainan. Anak kecil tidak akan betah dengan hanya bermain satu jenis permainan sahaja. Juga amat mustahil menonton hanya satu jenis kartun sahaja.

Begitu juga anak kecil tidak mampu menggunapakai hanya satu jenis pembelajaran / bahan bantu mengajar sahaja.

Di sini, saya suka mengesyorkan beberapa buku mengaji yg menjadi alternatif buat saya dan anak anak selain buku mengaji Iqra.





1. Iqra at Taisir a.k.a buku ustaz don (anak saya yg panggil sedemikian kerana ada muka beliau di cover walhal bukan ustaz don yg tulis hehe..)

Ia penuh warna warni di dalamnya. Anak anak kecil memang suka sesuatu yg colourful dan ada lukisan comel seperti dirinya.

Tahsin al quran & Parenting


Dalam kelas wajib setiap minggu yg saya hadiri ini semalam, tuan guru mengingatkan bahawa ada 3 rukun membaca al Quran.

1. Tajweed (sanad)
2. Bahasa arab
3. Qiraat

Tanpa cukup mempelajari 3 perkara ini makanya selama itu tidaklah cukup rukun membaca al Quran.
Jika sudah tahu, ketika  membacanya juga akan memberi nilai yg berlainan dari seorang individu ke seorang yg lain.

Kerana itu bacaan al Quran wajib didengari.

Asas bermula dengan 28 huruf hijaiyyah. Selepas itu, pergi ke "ibunya" iaitu tempat keluar huruf (ada 5).

Kemudian, kita wajib tahu sifat & perangai masing masing. Ada yg sifatnya nyaring, sembunyi, kuat, sederhana, lembut, meninggi, merendah, mendempik, membuka, melepas &  tertegah, berdesir, gementar, lunak, melencong, berulang ulang, berhamburan & berpanjangan.
Sifat sifat ini pula terbahagi kepada 2 iaitu kuat dan lemah.

Sama seperti seorang anak kecil apabila lahir dari seorang ibu, semakin dia membesar semakin nampak perangai sebenar masing masing. Kita harus tahu perangai anak kita yg mana satu. Mana satukah yg kemudiannya dilihat menjadi dominan atau sebaliknya.
Hanya ada satu sifat yg dikenali sebagai sifat pertengahan.
.
.
.

Sungguh cantik perumpamaan tuan guru saya. Ilmu keibubapaan yg dikaitkan dengan ilmu al Quran. Lebih mudah memahami antara kedua duanya.

Oleh kerana itu katanya tidak cukup bagi seseorang hanya TAHU membaca, bahkan orang yg sudah tahu itu wajib MEMPERELOKKAN bacaannya dari hari ke hari dengan sedaya upaya meng'arabkan bacaannya (samada betul atau tidak sebutan condong & tepatnya).

Apakah sebutan yg tidak disebut tepat dan bagaimana yg dikatakan perlu condong 30% itu?

Perelokkanlah bacaan.
Perelokkanlah bacaan.
Perelokkanlah bacaan.

*Proses ini bukanlah boleh dipelajari melalui gajet.*

Selepas itu, barulah datang ketartilannya.

ورتل القرءان ترتيلا
#kelastauliahjohor


Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...