رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Sabtu, 12 Mac 2016

Besarkan jiwamu.

Mac 12, 2016 0 Comments
"Abang tak beli apa apa hari ni?"
Tegur saya sejurus melihatnya masuk ke dalam kereta.

Sementara menunggu  tadi saya perhatikan hampir semua murid sekolah rendah yg meluru keluar dari kelas singgah membeli sesuatu. Ada yg penuh tangan hingga tak boleh membuka pintu kereta sendiri. Pengaruh rakan sebaya sangat kuat.
"Tak. Hari ni abang tahan nafsu."
"Oh, bagusnya! Tahniah abang sebab berjaya dapat tahan nafsu dari membeli makanan yg tak berkhasiat hari ni. Mak suka sangat abang berjaya kawal nafsu. Itu yg mak ajarkan abang dari kecik kan? Jadi, seringgit yg abah bagi pagi tadi abang nak buat apa?"
"Nak simpan. Betullah mak cakap. Abang nampak dah. Orang kantin tu buat aiskrim pakai air paip. Pinggan mangkuk periuk dia semua dia basuh sekali dengan yg kotor. Betul mak cakap.. Sebab tu abang dah taknak beli aiskrim dari kantin. Abang makan bekal je."
"Bagus abang. Makan bekal mak buat je ok. Jangan membazir dan teruskan kawal nafsu. Allah suka kalau kita tak membazir, makan apa yg ada dan kawal nafsu. Nafsu untuk dikawal bukan diikut.. Kan..."
Fathi mengangguk laju.
"Mak mak.. boleh tak nanti masa cuti sekolah panjang mak jumpa kawan abang beritahu dia yg ultraman, ceria all stars tu tak elok kita tengok? Ultraman tu tipu aje. Ceria all stars tu tak elok tengok orang terkinja kinja. Puas abang cakap kat kawan abang tu jangan tengok ultraman lagi. Tapi dia tak percaya!"
Erk! Ke situ pulak dia..

Isu remaja terlanjur. Pelangi hidup.

Mac 12, 2016 0 Comments
Rasa bersalah saya kerana belum sempat melunaskan janji untuk menjawab soalan yg satu ini sejak tahun lepas. Maafkan saya.
Ini adalah yg terakhir saya menjawab mengenai status anak luar nikah dan seangkatan dengannya. Saya bukanlah yg arif. Hanya dikurniakan sedikit pengalaman pernah membantu seseorang yg menghadapi isu ini beberapa zaman dahulu.

Mohon maaf dari lubuk hati kerana saya tidak dapat membalas soalan soalan yg singgah di blog, emel, whats app, telegram dan inbox fb ini. Saya tidak terdaya.

Sangat terkesan dan mohon maaf saya buat seorang anak muda lelaki yg emel kepada saya semasa sedang menghadapi SPM tempohari. Tidak dapat saya membantunya dan pasangannya yg baru mengandung tatkala sama menghadapi SPM juga.
Akak doakan adik berdua bertemu jawapan yg lebih baik hasil daripada kepulangan adik yg tulus kehadratNYA. Teruskan berdoa, solat taubat dan bertahajjudlah memohon petunjukNYA. Akak tiada jawapan untuk masa hadapan adik berdua. Allah cintakan hambaNya yg bertaubat. Moga rahmat Allah sentiasa bersamamu.
.

Lebih baik menyalakan lilin daripada menyumpah kegelapan.

Mac 12, 2016 0 Comments

"Mak, kat sekolah kan ada kawan panggil abang lembap sebab abang lari paling akhir sekali. Lepas tu kawan abang panggil abang busuk."

"Oh iya.. Abis apa yg abang rasa kena panggil macamtu?"

"Abang tak rasa apa apa. Abang buat tak layan je. Saja je diorang nak kenakan abang. Orang dah mandi pun dia panggil busuk. Abang buat buat tak dengar. Lepas tu pegi tempat lain."
*Ok. Mak yg rasa sedih. Terkenang semasa dulu.*

"Hmm.. Tak baik kan kita ejek ejek orang. Allah tak suka kalau kita sakitkan hati kawan kita. Abang ada ejek kawan abang yg lain tak?"

"Tak ada. Lepas diorang panggil abang lembap dengan busuk diorang cakap abang cinta."

"Hah, cinta dengan siapa?"

Apabila anak jaundis.

Mac 12, 2016 0 Comments






Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini. 

Bermula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi.

Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini.

"Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!"

"Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu."

"Awak ni ada susu ke tak? Kuning makin tinggi ni?! Awak nak tengok anak awak mati?"

Jika sehari dua kata kata sebegini diulangcakap, saya masih lagi boleh tahan. Tapi, bila masuk hari ke 4, nampak saja muka suami keesokan paginya airmata sudah tak tertahan lagi!

Saya menangis bagai anak kecil di hujung kerusi. Mahu balik bawa dengan anak kecil saya tak kira apa yg jadi. Nekad!

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor