رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Isnin, 20 Oktober 2014

Rutin berubah

Oktober 20, 2014 3 Comments

Blog ini sudah bersarang tebal! Fuhhh~~~

Sungguh, sejak kerja-kerja mengusahakan sendiri Kad Imbas Khadijah (self-publishing) dan kemudiannya diikuti dengan penerbitan Poster Belajar Hijaiyyah Suka Mengaji, sejak itu saya tidak lagi dapat menulis di blog ini.

Ya, saya mengaku ianya berlaku dengan pantas. Saya masih terkial-kial dalam pengurusan masa. Tumpuan saya lebih kepada anak-anak hingga saya tidak mampu mewujudkan sedikit masa untuk update sesuatu di sini. Kebanyakan masa saya hanya sempat update status hanya di FB. Dan kemudian recycle semula untuk dijadikan entry di blog ini.

Ampunkan saya wahai pembaca sekalian. Ini memang kelemahan saya.

Lagipula, cuti balik ke Kelantan tempohari digunakan sebaiknya bagi menyiapkan manuskrip Mendorong Anak Suka Membaca al-Quran sebanyak 26 bab. Alhamdulillah sudah siap semuanya. Dan sudahpun menerima maklumbalas daripada Penerbit.

Selepas ini banyak lagi projek yang bakal mengambil tempat. Mudah-mudahan fikiran saya dapat fokus kepada satu-satu perkara dan dipermudahkan urusan bagi menjayakannya. Insha Allah. Antara projek yang sedang berbaris :


1. Komik Geng Suka Mengaji
> Sekarang di peringkat draf dan perbincangan bersama ilustrator Tuan Faisal Nordin (Studio ICe). Insha Allah akan diterbitkan sendiri (self-publishing sekali lagi) dan sedang mencari-cari Investor yang berminat.

Rabu, 15 Oktober 2014

Pertama kali bersama Harian Metro

Oktober 15, 2014 0 Comments











Asalnya, saya mendapat panggilan telefon pada satu petang dalam bulan Ramadhan.

Ketika itu baru selesai menyusukan Fahmi (1 tahun). Nombor KL (03) yang tidak dikenali itu menggusarkan sedikit hati ini. Saya tidak angkat panggilan itu.

Tak lama kemudian, saya menerima SMS daripada satu nombor yang memperkenalkan diri daripada Harian Metro. Katanya mahu interview saya mengenai cara mengajar mengaji anak kecil. Beliau memohon untuk hubunginya semula apabila sudah bersedia.

Saya terus berada seperti di awang-awangan.

Benarkah ini?

Boleh percayakah?

Takkanlah kot senang sangat orang suratkhabar boleh jumpa siapa saya?

#jdtblogger #teambloggerjohor

Follow @khadijah_gani