Selasa, 18 November 2014

Anak kecil dan panggilan 'magic'.

 Saya banyak belajar daripada anak-anak kecil.

Bermula dengan anak saudara saya, Dariyyah Husna (3 tahun). Pada satu hari, Fathi (5 tahun) memarahi adiknya Fatihah (4 tahun) ketika bermain bersama.

Fatihah seperti biasa akan tersentap dan mula mahu menangis.

Tiba-tiba, saya terdengar Dariyyah berkata, "Janganlah marah Ikan payung..."

Dan saya terus........ :))))))))))


Boleh merasai perubahan hormon yg ketara di situ. Sedang kita sibuk dengan urusan yg perlu diselesaikan segera, dan terasa sedikit tertekan apabila anak-anak dan anak bergaduh, terus luluh hati dan seluruh jiwa mendengar perkataannya.

Daripada kita terasa mahu 'panas' terus jadi 'sejuk' lagi mendamaikan..!

Sejak itu, saya terus menangkap kata-kata tersebut sebagai moto kami anak beranak.

Jika ada anak yg mula merajuk atau marah, saya katakan,

"Janganlah marah Intan Payunggggg...."

"Janganlah merajuk Intan Payung fatihah.."

Mereka terus tertawa dan tersenyum. Tak jadi teruskan marahnya atau merajuknya.

Di lain hari, jika saya hanya meninggikan suara sedikitpun (baru rasa nak marah) Fatihah pula segera berkata,

"Janganlah marah Intan payung mak yg comelllll..."

Hihihi... Terasa sungguh comel!


Kini, saya dan anak-anak ada panggilan khas yg tersendiri.

Sabtu, 1 November 2014

Cabaran Fokus bagi Surirumah (Anak mengganggu ketika bersolat)


Dari peti soalan :

Assalamualaikum sis, mohon bantu saya boleh? Saya suri rumah sepenuh masa menjaga 3 org anak umur 6, 3.5 & 1.4 tahun... sejak saya berhenti kerja, saya byk mbace di blog sis ttg kehidupan rumah tgga dgn mengurus serta mdidik anak2 kecik dsbg.. saya seronok mengikutinya.. terima kasih.. cume saya ade masalah ttg solat saya.. saya sukar mendpt solat yg tenang dgn keadaan anak2 kecil yg bermain dn adakala merengek2 menarik kain telekung.. berbaring di sejadah.. bergaduh.. bimbang anak kecil memanjat tangga.. kdg2 saya was was dgn solat sy diterima atau tidak? Menunaikan dlm keadaan tergesa2.. adakala terpaksa berhenti lama bila anak mengganggu pergerakan solat.. saya jd risau sia sia saya solat kalau x diterima..dn kdg2 geram n marah dgn anak2.. biasenye solat zohor dn asar sy sering terganggu dn terlewat.. dn azam saya utk menunaikan dhuha pun x tercapai dek mengenangkan perangai dn kerenah anak2.. anak yg umur 6 tahun slalu ikut saya solat.. tp yg si 3.5 pula sering ganggu si kakak solat.. lalu bergaduh waktu sy sedang solat.. si kecik lagi.. aduiii.. kdg2 rase down sgt2 dn berdoa biarla anak2 ni cpt besar.. hihi mohon bg pandangan dn nasihat sis... hmm saya minta persoalan sy ini tak perlulah di sharekan memandgkan adakala saya pula terfikir soalan saye ni yg mcm keanak2an.. hihi thanks sis..

Ok xpela puan.. nak share pun x kesah la sbb puan rase soalan ni x la nampak 'pelik' dn mmg biase terjadi pada org lain.. sy ingatkan sy je yg alami masalah mcm ni sbb sy ni 'pelik' sket.. x blh tinggal anak lama sbb sy slalu mmbayangkan bende2 yg buruk blaku.. sy slalu was was.. risau.. mcm tu la.. hehe bile saye ceritakan pada suami sy dia kate sembahyang je.. biarkan anak2 sekejap.. sy buat juga tp hati x tenang.. risau..2 hari lepas saya belikan telekung utk anak saye yg 3.5 tahun.. jadinye tak la dia ganggu kakak dia ikut solat ngan saye sbb dia pun ikut skali solat.. yg si kecik pulak buat hal.. haishh.. pening kpala.. hihi ingatkan jd suri rumah ni senang.. rupenye susah juga ye.. xde mase utk diri sendiri.. waktu bekerja dulu mase makan, buang air, solat x diganggu pun.. bile dah x keje kene pulak berdepan situasi camni..


Isnin, 20 Oktober 2014

Rutin berubah


Blog ini sudah bersarang tebal! Fuhhh~~~

Sungguh, sejak kerja-kerja mengusahakan sendiri Kad Imbas Khadijah (self-publishing) dan kemudiannya diikuti dengan penerbitan Poster Belajar Hijaiyyah Suka Mengaji, sejak itu saya tidak lagi dapat menulis di blog ini.

Ya, saya mengaku ianya berlaku dengan pantas. Saya masih terkial-kial dalam pengurusan masa. Tumpuan saya lebih kepada anak-anak hingga saya tidak mampu mewujudkan sedikit masa untuk update sesuatu di sini. Kebanyakan masa saya hanya sempat update status hanya di FB. Dan kemudian recycle semula untuk dijadikan entry di blog ini.

Ampunkan saya wahai pembaca sekalian. Ini memang kelemahan saya.

Lagipula, cuti balik ke Kelantan tempohari digunakan sebaiknya bagi menyiapkan manuskrip Mendorong Anak Suka Membaca al-Quran sebanyak 26 bab. Alhamdulillah sudah siap semuanya. Dan sudahpun menerima maklumbalas daripada Penerbit.

Selepas ini banyak lagi projek yang bakal mengambil tempat. Mudah-mudahan fikiran saya dapat fokus kepada satu-satu perkara dan dipermudahkan urusan bagi menjayakannya. Insha Allah. Antara projek yang sedang berbaris :


1. Komik Geng Suka Mengaji
> Sekarang di peringkat draf dan perbincangan bersama ilustrator Tuan Faisal Nordin (Studio ICe). Insha Allah akan diterbitkan sendiri (self-publishing sekali lagi) dan sedang mencari-cari Investor yang berminat.

Rabu, 15 Oktober 2014

Pertama kali bersama Harian Metro












Asalnya, saya mendapat panggilan telefon pada satu petang dalam bulan Ramadhan.

Ketika itu baru selesai menyusukan Fahmi (1 tahun). Nombor KL (03) yang tidak dikenali itu menggusarkan sedikit hati ini. Saya tidak angkat panggilan itu.

Tak lama kemudian, saya menerima SMS daripada satu nombor yang memperkenalkan diri daripada Harian Metro. Katanya mahu interview saya mengenai cara mengajar mengaji anak kecil. Beliau memohon untuk hubunginya semula apabila sudah bersedia.

Saya terus berada seperti di awang-awangan.

Benarkah ini?

Boleh percayakah?

Takkanlah kot senang sangat orang suratkhabar boleh jumpa siapa saya?

Jumaat, 19 September 2014

Mengajar mengaji anak kecil


Sebenarnya, inilah perkara utama yg mahu saya kongsikan kepada ibubapa/pengajar al-Quran yg lain. Namun, proses penerbitan buku "Mendorong anak suka membaca Al-Quran" ini memakan masa sejak dekat 1.5 tahun dan bakal mengambil masa agak lama lagi, saya tak pasti.

Pagi ini pula mendapat soalan dari peti emel.

Soalan :
As-salam puan ,

Untuk tahap umur anak saya 6 tahun ..perlukan saya tekan tajwid ketika mengajarnya. Saya dapat lihat anak saya semakin jauh hati untuk membacanya . Di tadika dia dimarahi ..saya kesian sangat...saat ini dia masih membaca qiraati 3 ...guru tadika mengatakan yang anak saya agak ketinggalan dalam qiraati .

Saya nak anak saya suka mengaji dan tidak bosan ....saya taktau apa yang harus saya lakukan . Kalau suami ajar mengaji anak saya mmg menangis dan membaca dengan terpaksa kerana dirotan ...

Tolong puan ...bantu saya ...saya nak betulkan keadaan sebelum terlambat ...
TQ

Rabu, 10 September 2014

Anak kecil bermasalah?


Sudah lama soalan ini diperap. Maaf kerana ambil masa yg lama sebelum saya beroleh kekuatan dan buah fikiran untuk menjawab.

Ini adalah soalan daripada seorang sahabat saya. Kawan-kawan lama termasuk ahli keluarga saya memanggil saya "Kak dah".

Tanpa edit, moga perkongsian ini bermanfaat sesama kita. Juga diharapkan mereka yg lebih berpengalaman (sebagai ibu tunggal) juga boleh berkongsi tips dengan sahabat saya ini.





Soalan : Assalamualaikum kak dah....nk mintak tlg jasa baik kak dah...nk mintak khidmat nasihat psl ank2 ni.dh baca ayt suci sblm tdo,ya latif.surah toha n mcm2 lg setiap kali sblm tdo dh bisikkn perkara baik2 kt telinga mereka berdua.mcm ni kak dah.kte tw perkara mcm ni kne sabar dan lambat laun Allah makbulkn.cuma skrg ni perkara dh jd makin teruk pulak. Tw la perangai ank no 2 kn...mmg agk lain mcm tantrum n mcm2 lg..slalu menyakitkn ati si kakak ni.kakak umur 7.adek umur 3.dua2 pempuan. Mlm td kte baru pas iron bju, kakak nk try iron bju sdri jd die amek iron yg dh off tu die wt gosok2 kain alas td...mse tu kte kt dapur cuci botol susu lps iron bju.pastu ttibe si adek yg tgh tdo meraung die pgg tgn die ckp darah2 tp mata die x bkk...kte tgk tgn die xde pape pn...kte peluk2 die tnye npe...igt die mengigau ke. Dlm ati takut ada gangguan ke sbb sblm ni pnh ada org cuba nk anta2 bnda x elok n si adek sorg je yg bley nmpk,mungkin sbb die bdk kcik lg...tp pg ni,bila bgn tdo kte tgk tgn die melepuh.rupe2 nye si kakak mlm td iron tgn adek tu.kte tw luka tu disebbkn iron sbb kte pn pnh terkena iron mse skolah dlu.bile kte tnye,npe kakak iron tgn adek?akk x sengaja ke?die geleng...abes tu npe iron tgn adek.die diam je.pastu die ckp die xnk bgtw.adui pening jp.tp kte wt cool je.dlm ati nk tgu smpy die gtw sdri.tp sbnrnye x saba nk tw npe die iron tgn adek die.last2 kte ckp cmni kt kakak,kalau akk xnk gtw xpe.nnt malaikat gtw umi jgk...die trus diam.kte x tw nk wt cmne lg kak dah .x nk bg dorg asyk bertengkar jr..doa x putus utk dorg supaya syg menyayang.tlg kak dah bg kte jalan atau cara utk tlg kte.kte agk stress.dgn kje.ank2 yg asyk bercakar ari2.tmbhn pula,kte ibu tunggal.tlg ea kak dah bg cadangan.kte xnk mrh2 dorg kalau bley.tp kalau smpy tahap melampau tu kte marah n hanger jgk.


Rabu, 30 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Semasa dalam perjalanan ke rumah saudara mara, seperti biasa kami akan mendengar Ikim.fm.

Slot bersama seorang Ustaz (tidak pasti siapa kerana kami terlepas dan sempat mendengarnya setengah hingga ke akhir sahaja) menyatakan indeks ukuran (KPI) untuk kita mengetahui samada Ramadhan yang lepas memberi makna kepada diri kita dan berjaya melaluinya sebagai suatu tarbiyyah atau tidak adalah melalui puasa enam.

Samada kita mampu atau tidak berpuasa 6 hari di bulan Syawal begitu juga samada semua amalan dan aktiviti harian kita selepas ini (seperti solat malam dan membaca al-Quran) dapat dilakukan secara automatik atau tidak.

Bagaimana amalan yang dikatakan automatik? Bukan semi-automatik atau manual?

Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat membaca al-Quran dalam 1 hari.

Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat bangun malam untuk bersolat.

Inilah hasil tarbiyyah Ramadhan tanda puasa dan amalan kita diterima ataupun tidak.

Wallahu 'Alam.


Moga kita mendapat Lailatul Qadr yang lepas.

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa saya dan dan kita semua.

Moga Allah membebaskan saya dan kita semua dari azab api neraka.

Moga kita semua beroleh Taufiq dan Hidayah Allah sehingga akhir nafas kita di dunia ini.


Minal 'Aa-i-diin Wal Faa-i-ziin.
Moga kita tergolong di dalam orang yang pulang (kepada hidup berTuhan) dan menjadi orang yang berjaya.

Taqabbalallahu minni wa minkum.
Moga Allah menerima amalan saya dan kalian semua.


Khamis, 12 Jun 2014

Pembentukan emosi anak-anak.


https://www.facebook.com/photo.php?v=10152241032922745&l=4000282164337073015

Beginilah keadaannya tiap kali kami sekeluarga di dalam kereta. Kebiasaanya kami mendengar ceramah agama Ustaz Nouman Ali Khan atau apa jua jenis kelas agama yg di download Tuan Suami. Kebanyakan masa pula apabila masuk saja kereta Fathi dan Fatihah dengan sendirinya akan pasangkan sendiri cd orang mengaji.

Hingga ada sekali abahnya mahu layan sekejap lagu Jamal Abdillah pun dibantutkan oleh Fathi. Katanya mahu dengar orang mengaji.

Sudah lebih setahun juga kami bersama amalan ini. Sebelum ini kami banyak mendengar Ikim.fm. Sekarang, ikim pun tak sempat kami dengar. Apalagi saluran radio lain sudah lama ditinggalkan.

Saya mendapati sesuatu dalam sahsiah diri anak anak saya.

Mereka sangat mudah berkompromi dan dibawa berbincang. Jiwanya menjadi besar.

Mengapa saya katakan jiwanya besar?

Isnin, 28 April 2014

Mendorong anak cilik suka bertudung.





Fatihah mula konsisten memakai tudung sejak umurnya 3 tahun. Sekarang, Fatihah masuk 4 tahun semakin terbiasa dengan tudung. Dan juga lebih suka berbaju kurung atau t_shirt lengan panjang. Hingga di rumah pun tak mahu buka tudung.

Ada sekali saya tinggalkan dia dan abangnya di rumah adik ipar untuk bermain dengan sepupunya. Selama 3 jam itulah dia bermain di dalam rumah dengan memakai tudung!

Untuk mendorong anak cilik memakai tudung (tidak wajib, optional) :

1. Selalu memuji usahanya mahu memakai tudung. Contoh, "Mak suka tengok anak mak ni pakai tudung. Nampak manis, comel, sopan. Cuba tanya nenek comel tak Tiha?" > Berikan dia keterujaan.

Khamis, 10 April 2014

Hak anak luar nikah.

Soalan :
Tanpa Nama berkata...
Salam, sy ingin meminta pandangan sedikit. Sy juga telah terlanjur, dan mempunyai seorang anak lelaki yg kini berumur hampir 2 tahun. Sy adalah ibu tunggal dan belum bernikah dan menjaga anak lelaki sy dengan pertolongan ibu bapa dan keluarga sy. Alhamdulillah semua ahli keluarga dpt memaafkan kesilapan yg telah sy lalukan dan dapat menerima sy dan anak sy. Masalah sy sekarang ialah apakah jalan yg terbaik utk sy melindungi anak sy daripada dosa yg telah sy lakukan? sy betul2 kesal dengan perbuatan sy dan rasa bersalah pada anak sy. Sy tidak mahu anak sy di pandang hina akibat perbuatan sy. masalah yg sy fikirkan adalah masa depan anak terutama apabila tiba masa utk bersekolah register anak ke sekolah dan urusan pendaftaran yg lain, kerana pada surat beranak bahagian bapa di tulis "tiada maklumat". Sy tahu bila tiba masanya dan masa yg sesuai utk anak sy memahami sy perlu memberi tahu perkara yg sebenar. Tetapi sekarang untuk melindungi namanya dan melindunginya daripada di ejek atau di pandang hina. Patutkah sy minta adik atau kakak yg sudah berkahwin mengambilnya sebagai anak angkat? Ini adalah semata mata utk pengurusan pendaftaran sekolah dan lain2 pada masa akan datang. Dan pada masa yg sama dpt menutup aib terutama bg anak sy. Tetapi jika sy bercadang untuk melalukan ini sy yg tetap membesarkan anak sy dan dia masih dalam jagaan sy. Pemberian anak angkat adalah semata mata pada kertas sahaja. sy perlukan pandangan tentang perkara ni. Harap dpt beri pandangan. Terima Kasih.
10 April 2014 12:37 PG

Jawapan :


Alhamdulillah, syukur puan sudah dapat melalui fasa awal dengan baik serta sudahpun bertaubat. Puan sudah dapat membuktikan bahawa berterus terang dengan ibubapa adalah langkah terbaik untuk masa depan anak. Namun, terdapat beberapa perkara teknikal apabila anak ini dewasa kelak yg kita harus fikirkan sejak kecil ini supaya anak ini dapat hidup bahagia seperti rakannya yg lain. Saya juga pernah memikirkan perkara yg serupa dan mempunyai kebimbangan yg sama.

Jumaat, 7 Februari 2014

Ajar anak sabar dan tidak membazir.


Setiap kali anak-anak meminta sesuatu dan mereka bersetuju untuk bersabar saya akan menegaskan kembali pelajaran yg mereka perolehi.

"Mak tak tipu kan? Bila kita sabar, kita boleh dapat banyak-banyak lagi. Asalkan kita sabar dulu. Sedap tak aiskrim ni?"

"Kita kena makan sampai habis. Tak baik membazir. Allah tak suka orang yg membazir."

"Kalau kita nak apa-apa, kita kena cakap-cakap (doa) pada Allah. Allah akan bagi apa yg kita minta kalau kita bersabar."

Mereka faham dan angguk. Ini antara dialog yg selalu gunakan malah kerap saya ulang-ulang beribu kali setiap kali ada 'isu' di antara anak-anak apabila mereka mula menangis atau membuat 'perangai'.

Anak rambang mata.


Fatihah (3 tahun) sangat 'rambang mata' seperti saya..hehe..

Setiap kali ke kedai, dia akan minta air kotak atau aiskrim. Setiap kali lalu tepi taman, dia mahu main di taman tak kira waktu. Setiap kali lalu depan Jusco, dia merengek mahu pergi Jusco. Berhenti di stesen minyak, mahu air kotak. Semuanya dia nak.

Kalau ikutkan anak, memang tak ke manalah kami anak beranak.

Apa erti keluarga jika selepas berkahwin dan punya anak, anak-anak dilihat sebagai suatu 'yg memalukan dan bebanan' hanya kerana mereka sentiasa bising mahu itu dan ini?

Semalam, semasa abahnya berhenti di kedai membeli barang dapur dia menangis dalam kereta mahu ikut beli air kotak. Dan seperti biasa saya diamkan saja dahulu. Oleh kerana ini sudah entah ke berapa juta kali dia merengek sebegitu saya sudah jadi lali.

Biasanya kalau kedua-duanya merengek sebegitu saya akan cari fokus lain di luar kereta (jauh dari kedai) dengan bertanya macam-macam tentang permainan kesukaan mereka atau 'dunia ciptaan mereka' untuk dia lupa sebentar. Saya akan bertanya tentang restoran dia tadi siapa yg datang, berapa ramai, anak dah bagi makan belum, anak dah mandi belum (anak merujuk kepada anak patung Tiha yg suka dibawa sana sini), kawan datang makan tadi berapa ramai, masak apa dan sebagainya. Atau saya ajak mereka mencari burung atau kapal terbang di atas awan, tengok awan bentuk apa, cari pokok yg ada bunga merah atau apa saja.

Kali ini saya mahu 'test' pengaruh rakan sebaya pula hehe..

Saya lihat si abang Fathi (4 tahun) hanya diam (tidak bersekongkol pula kali ni).

"Abang, kalau kita nak apa-apa kita kena sabar kan? Kenapa kita kena sabar bang?"

"Aih Tiha ni. Sabarlah sikit. Nanti balik rumah mak buat air pink yg sedap tu. Takyah beli-beli. Kat rumah ada air banyak! Nanti air kat rumah tu takde orang minum, tak habis membazir. Macam susu haritu. Kalau membazir kan tak baik. Allah marah! Dah dah.. Jangan nangis lagi. Sabar sikit. Bila kita sabar barulah boleh dapat banyak-banyak!"

Erk! Saya tersentap!

Saya tak menyangka sama sekali 'pengaruh rakan sebaya' kali ini ayatnya agak panjang begitu..

Akibat 'ceramah' abangnya itu, Fatihah terus tersenyap....

Ark... Ark... Ark...(bunyi burung gagak)...

Nota : Anak-anak boleh berfikir rasional hanya apabila kita memberitahu kerasional satu-satu perkara secara BERULANGKALI DAN SABAR. Ia tak boleh menjadi hanya sekali dua atau hanya beberapa puluh kali saja. Sampai ketikanya dia akan mengulangi semula kerasionalan itu pada saat dia benar-benar faham dan boleh mengawal diri dengan meletakkan rasional lebih daripada emosinya sendiri. Yang paling penting, gunakan pengaruh ibu semaksimum yg boleh melalui KOMUNIKASI YG BAIK. Bak kata Ahmad Nisfu, "Cakap.. Cakap.. Cakap!"


Selasa, 28 Januari 2014

Memperkenalkan Halal kepada anak kecil.


Tiap kali ke pasaraya, Fathi (4 tahun) dan Fatihah (3 tahun) akan mengambil satu makanan dan bertanya, "Mak, ni boleh makan tak? Ada halal tak?"

(Berbeza dengan tahun lepas, tiba-tiba saja ada makanan yg 'tak dikenalpasti' wujud dalam troli. hehe..)

Dan saya akan mengambilnya sambil membelek-belek kiri kanan depan belakang. Biasanya, jika tiada Halal saya akan berkata, "Oh, takde la Tiha. Ambil makanan lain. Tengok ada Halal ke tak?"

Atau jika ianya makanan merapu yg tidak berkhasiat walaupun ada Halal, saya akan berkata, "Yg ni ada halal tapi tak bagus. Wek! Kalau makan sakit perut."

Kemudian, Fatihah akan merungut nak jugak sambil menghentak-hentak kakinya dan mula membuat muka. Lalu, si abang Fathi akan memulakan 'bicara'nya sambil saya terkebil-kebil mata di tepi troli.

Ahad, 26 Januari 2014

Isu hamil luar nikah.

Saya menerima satu perkongsian daripada seorang sahabat. Berikutan saya agak kerap berkongsi soalan-soalan yg singgah dalam blog saya mengenai kes anak luar nikah, beliau terpanggil untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu ini.

Dari peti soalan :

Sekadar berkongsi
Salam... Mohon pencerahan:
TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JaNGan TERUSAN DLM KEJAHILAN.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah", cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... . Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

SOALAN 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
JAWAPAN 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Selasa, 21 Januari 2014

Cara memohon ISBN bagi Penerbit Baru


Sejak mengeluarkan dan menerbitkan sendiri produk saya sendiri iaitu Kad Imbas Khadijah, saya mempunyai kekangan masa untuk mengemaskini blog ini serta menjawab semua persoalan yang singgah melalui blog ini.

Maafkan saya kerana tidak dapat menjawab persoalan anda. Dari jauh, saya mendoakan anda terus diberi jawapan dan bimbingan daripada Allah Ta'ala Yang Maha Bijaksana. Kadangkala, jawapan yang Allah berikan ke atas hati-hati manusia adalah dalam cara yang unik dan misteri. Tabarakallah..

Hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan di atas pengalaman yg sangat berharga ini. Memohon ISBN untuk produk ciptaan sendiri. Tak kira anda ingin mengeluarkan atau menerbitkan karya hasil ciptaan anda sendiri, ada baiknya ia dimasukkan ke dalam Data Pengkatalogan - Dalam - Penerbitan yg hanya dikeluarkan daripada Perpustakaan Negara Malaysia.

Pada asalnya, saya merujuk kepada laman web seorang Penulis yg prolifik di tanahair iaitu Puan Nisah Haron di sini. Tulisannya mengenai apa itu ISBN lebih cerah dan dapat difahami dari sini.

Rabu, 15 Januari 2014

Anak kecil dan Kad Imbas







Dari Peti Soalan : Bagaimana mula mengajar bayi menggunakan kad imbas?

Untuk bayi, saya baru mahu membuat eksperimen ke atas anak saya yg ketiga ini (10 bulan) apabila kad imbas khadijah sudah siap. Ini kerana bayi lebih tertarik dengan gambar yg berwarna-warni berbanding tulisan semata. Lihat saja kad imbas ABC banyak dibuat berserta gambar yg mewakili pangkal huruf. Memperkenalkan ABC kepada anak kecil juga dibuat dalam huruf tunggal bukan dengan sukukata.

Saya tak nafikan, mula-mula saya gunakan kad imbas Iqra' pada 2 orang anak saya pada usianya 2 tahun dan 3 tahun itu sudah agak terlambat. Namun, apabila diajar kad imbas (tanpa gambar) dengan gabungan latihan tulisan serentak bersama penceritaan atas imaginasi terhadap huruf-huruf tertentu (cara saya sendiri), ia menjadi menarik dan lebih mudah mereka ingat. Saya lihat prestasinya sangat cepat. Kini, anak sulong saya 4 tahun sudah lancar membaca Iqra' 1 tanpa kesalahan langsung.

Pada saya yg penting sekali, anak-anak kecil lebih mudah mengingat melalui gambar yg unik dan berwarna warni. Walaupun sudah terlambat mengajarnya tapi ingatannya cepat menangkap menyebabkan prestasinya meningkat dengan memberangsangkan!

Selasa, 7 Januari 2014

Anak tidak boleh duduk diam?

Dari peti soalan :

Mohon nasihat dan pandangan macam mane nak ajar anak duduk makan tidak berjalan2 terutamanya di hentian r&r. anak2 sya berumur 1 dan 3 tahun..

Jawapan :

Anak-anak saya pun makan berjalan juga puan...hehe.. Cuma, kalau di tempat orang ramai saja dia boleh makan senyap dan tidak bergerak. Selalunya, bila sudah habis makan, saya yg galakkan mereka berlari dan main kejar-kejar dalam kawasan yg berhampiran. Mereka main kejap kemudian lari semula ke arah saya.. Saya suruh lari jauh-jauh sikit, mereka tak mahu pula..hihi..

Bagi saya, adalah normal anak-anak berjalan-jalan / berlari-larian ke sana sini seluas alam yg terbentang ini puan. Itu tandanya mereka kanak-kanak normal kerana adanya keinginan meneroka tempat baru melalui pergerakan. Kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan eksperimentasi. Mereka akan gunakan keseluruhan deria yg ada.

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...