Selasa, 3 Disember 2013

Sindrom anak kedua


Kebanyakan ibubapa sangat mempercayai sindrom anak nombor 2. Saya pernah membacanya, memang ada kebenarannya. Namun, saya tidak mahu terlalu mempercayainya. Sehinggalah saya bertemu cara / teknik yg baru ini.

Fathi (4 tahun) jika ditegah lebih senang mengikut.

Fatihah pula (3 tahun) apabila ditegah makin suka buat lagi. Tak boleh cakap 'jangan', itulah yg akan dibuatnya berulangkali dan kemudian menyegih, ketawa dan berlari menyelamatkan diri.

Satu hari, Fatihah mengetuk-ngetuk pintu bilik atoknya dengan sikat. Bising! Atok dan neneknya mahu tidur berehat. Adiknya, Fahmi yg demam pula baru saja terlena setelah lama saya berjalan-jalan dalam rumah menidurkannya. Kalau ikutkan hati, memanglah mahu rampas saja sikat itu dan suruhnya senyap. Atau menengking dan memarahinya jangan bermain dengan sikat atau dengan pintu.

Saya tarik nafas dalam-dalam. Berfikir sejenak.. Jika saya jadi Fatihah...

Anak kuat merajuk.

Dari peti soalan.

Soalan : salam khadijah..apa kaba?dl mula2 ingt khadijah kakak,upanya sy yg akak.mentaliti ni,kalo org lbh 1 ank,ingt lbh tua dr akak.pngl je k.emy.sbnrnya nk minta tips dr khadijah nk atasi hal ank yg cpt merajuk dn kck ati..bole share?


Jawapan : Sebenarnya, saya pun tak tahu nak tulis bagaimana. Anak-anak saya juga boleh tahan juga merajuknya. Hmm, saya pun baru perasan, dulu memang kuat merajuk. Sekarang, sudah kurang sikit.

Si abang Fathi (4 tahun) kalau merajuk dulu suka masuk bilik. Sikit-sikit masuk bilik. Kalah anak perempuan saya Fatihah (3 tahun). Tiap kali dia masuk bilik saya tepuk dahi sekuat mungkin! Aduhaiii, apa nak jadi anak laki aku ni..Dalam hati.hehe..

Fatihah pula kalau merajuk akan diam sekejap. Diam daripada biasa. Lepas tu, dia akan mengamuk! Habis semua barang dibaling dan dilemparnya ke lantai sambil menjerit. Makin dekat, makin dipujuk makin kuat jeritannya sambil menghentak-hentak kaki..hehe..

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...