Jumaat, 8 November 2013

Mendorong Anak Cilik Mengaji 2

Sebelum ini saya sudah berkongsi cara bagaimana saya memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak saya di sini.

Setelah satu tahun berlalu saya nampak perkembangan mereka dengan ketara. Perlu diingat, saya lebih suka tidak menggunapakai kemarahan atau paksaan dalam pembelajaran anak-anak.

Satu perkara yg menjadi isu besar kesan daripada sistem Iqra' yg digunapakai secara meluas sekarang adalah huruf tunggal yg sudah sedia berbaris atas. Di dalam kad imbas yg digunakan juga terdapat huruf yg sudah berbaris atas.

Akibatnya, anak-anak konfius antara huruf tunggal dengan huruf berbaris.

Lalu, saya berijtihad sendiri mahu mengeluarkan kad imbas sendiri yg diberi nama 'Kad Imbas Khadijah'. Sekarang, sedang dalam proses insha Allah. Selain kekangan tertentu, saya sangat mengalu-alukan penyumbang dana lagi bagi penerbitan Kad Imbas Khadijah. Saya tidak dapat menjanjikan sebarang keuntungan di dunia ini. Saya berdoa supaya keuntungannya boleh kita sama-sama nikmati di akhirat kelak, insha Allah..


Khamis, 7 November 2013

Hamil luar nikah

Dalam banyak-banyak emel yg diterima, emel yg satu ini meruntun jiwa saya. Lebih ringan hati saya ingin membantunya walaupun tidak kenal. Surat ini melambangkan keperibadiannya yg luhur lagi cantik. Bahasanya melambangkan pendidikannya yg bukan setakat SPM. 

Contohi penulisan emelnya adik-adik sekalian. Beginilah cara sepatutnya apabila kita mahukan nasihat atau pandangan seseorang yg tidak dikenali melalui emel atau di alam maya ini. 

Sedikit sebanyak menunjukkan walaupun anda tersilap dalam percaturan hidup ini sekurang-kurangnya anda masih ada adab dan bahasa yg baik sebagai aset anda mendapat rakan baru dalam hidup yg baru yg lebih diberkati Allah. Orang sekeliling akan memandang tinggi pada kita kerana bahasa kita.

Apabila kita mendoakan orang lain, beratus-ratus malaikat penduduk langit mendoakan yg sama untuk kita semula.

Sejauh dan sebesar mana dosa kita kepada Allah, IMAN adalah punca utama kita masih bernafas lagi hari ini seterusnya dapat melahirkan seorang bayi yg tak berdosa. Merasa berdosa lebih baik daripada tidak merasa berdosa sedikitpun. 

Allah sangat sayang kepada orang yg bertaubat dan mahu membaiki diri. Inilah hijrah yg terbaik. 



Dari Peti Soalan :

Salam puan. Saya AA, 24tahun, kandungan 5bulan. Saya nak bertanya masih ada tak rumah perlindungan yang boleh menerima saya. Dah banyak yang saya call, ada jawab dah penuh, hanya utk 18tahun & kemasukan hanya dibuka pada jan 2014. Sekarang ni saya dah buntu sama ada saya nak duduk sendiri sambil bekerja / terus cari rumah perlindungan. 

Mak saya pernah suruh gugurkan kandungan sebab dia taknak masa depan saya gelap. Dah banyak tawaran kerja saya tolak, mak taknak saya kerja jauh & hidup sendiri dgn kandungan. 

Tapi tindakan saya nak berjauhan sebab saya taknak dia malu. Pada mak, saya dah cukup membanggakan dia dengan sikap & pelajaran saya sebelum ni. Saya tak sampai hati mak sedih lagi. Kadang-kadang saya rasa bunuh diri penyelesaian terbaik tapi saya takut nak lakukan. Saya berdoa & solat macam biasa tapi terfikir amalan saya diterima lagi ke? Sebab saya rasa macam tuhan dah taknak tolong saya lepas saya buat dosa besar ni.

Maaf ganggu masa puan. Harap boleh luangkan sikit masa balas emel. T,kasih

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...