رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Rabu, 25 Disember 2013

Anak manja?

Disember 25, 2013 0 Comments

Soalan :

As Salam Puan Khadijah.

Nak tanya. Saya sekarang bertunang dengan duda anak dua. Tapi yang tunang saya jaga cuma anak dia yang nombor dua. Perempuan.

Awal2 dulu okay. Tak ada masalah. Tapi sekarang bila dia dah terlampau manja dengan papa dia, tak pernah ditegur bila buat salah, tak pernah dipukul bila buat salah, dia jadi makin degil. Sampai apa yang saya cakap pun dia tak nak dengar sebab dia tau papa dia akan back up dia. Saya memang jenis yang kurang sabar bila tengok budak berlari-lari dekat kedai makan ni.

Makan pulak mesti nak ayam goreng atau telur goreng. Kadang-kadang saya belikan ikan goreng, dia tak makan pula. Mee goreng pun tak makan. Pendek kata setiap kali makan mesti nak nasi putih dengan ayam goreng/telur goreng sahaja. Berkuah pun tak nak. Sayur? Lagilah dia tak nak. Pernah tunang saya suruh juga dia cuba rasa carrot. Menangis-nangis tak nak makan.

Jawapan :

Anak perempuan no.2 memang ada perangai tertentu. Nak2 kalau atas dia abang dan dia lain jantina. Cuma, ada beberapa perkara yg perlu disemat dalam hati untuk berhadapan dengan anak kecil ni. Ia bukan isu manja atau tidak. Atau bukan juga isu perlu garang atau tidak.

1. Anak kecil akan sentiasa berasa keseorangan dan sunyi bila dia seorang diri samada terpisah dari adik beradik lain atau belum dapat adik lain. Ini kerana dia semakin membesar, dia perlukan teman bermain. Sama seperti kita juga yg dewasa. Itu lumrah manusia. Bila dia dah bosan, dia akan banyak buat perangai utk dapatkan perhatian. Inilah yg dia mahu ibubapanya tahu tapi dia tak pandai memberitahu.

Selasa, 3 Disember 2013

Sindrom anak kedua

Disember 03, 2013 0 Comments

Kebanyakan ibubapa sangat mempercayai sindrom anak nombor 2. Saya pernah membacanya, memang ada kebenarannya. Namun, saya tidak mahu terlalu mempercayainya. Sehinggalah saya bertemu cara / teknik yg baru ini.

Fathi (4 tahun) jika ditegah lebih senang mengikut.

Fatihah pula (3 tahun) apabila ditegah makin suka buat lagi. Tak boleh cakap 'jangan', itulah yg akan dibuatnya berulangkali dan kemudian menyegih, ketawa dan berlari menyelamatkan diri.

Satu hari, Fatihah mengetuk-ngetuk pintu bilik atoknya dengan sikat. Bising! Atok dan neneknya mahu tidur berehat. Adiknya, Fahmi yg demam pula baru saja terlena setelah lama saya berjalan-jalan dalam rumah menidurkannya. Kalau ikutkan hati, memanglah mahu rampas saja sikat itu dan suruhnya senyap. Atau menengking dan memarahinya jangan bermain dengan sikat atau dengan pintu.

Saya tarik nafas dalam-dalam. Berfikir sejenak.. Jika saya jadi Fatihah...

Anak kuat merajuk.

Disember 03, 2013 0 Comments
Dari peti soalan.

Soalan : salam khadijah..apa kaba?dl mula2 ingt khadijah kakak,upanya sy yg akak.mentaliti ni,kalo org lbh 1 ank,ingt lbh tua dr akak.pngl je k.emy.sbnrnya nk minta tips dr khadijah nk atasi hal ank yg cpt merajuk dn kck ati..bole share?


Jawapan : Sebenarnya, saya pun tak tahu nak tulis bagaimana. Anak-anak saya juga boleh tahan juga merajuknya. Hmm, saya pun baru perasan, dulu memang kuat merajuk. Sekarang, sudah kurang sikit.

Si abang Fathi (4 tahun) kalau merajuk dulu suka masuk bilik. Sikit-sikit masuk bilik. Kalah anak perempuan saya Fatihah (3 tahun). Tiap kali dia masuk bilik saya tepuk dahi sekuat mungkin! Aduhaiii, apa nak jadi anak laki aku ni..Dalam hati.hehe..

Fatihah pula kalau merajuk akan diam sekejap. Diam daripada biasa. Lepas tu, dia akan mengamuk! Habis semua barang dibaling dan dilemparnya ke lantai sambil menjerit. Makin dekat, makin dipujuk makin kuat jeritannya sambil menghentak-hentak kaki..hehe..

Rabu, 27 November 2013

Asah fokus anak kecil

November 27, 2013 1 Comments

Dahulu, saya sering berhadapan situasi anak-anak yg susah duduk diam di dalam kereta. Baca saja artikel dalam blog saya yg ditulis semasa Fathi dan Fatihah masing-masing berumur 3 dan 2 tahun. Semasa itu, mereka sangat lasak apabila di dalam kereta.

Namun, pada satu hari Fathi memberi saya sekeping cd untuk dipasangkan dalam radio. Saya lihat oh, ini cd percuma yg saya dapat bersama pembelian Muqaddam Bergambar sedikit masa dahulu. Di mana Fathi dapat pun saya tak tahu. Dia yg selalu main-main kemudian entah ke mana.

Ianya cd Juzuk 'Amma. Pertama kali memasangnya hati terus terpaut kerana lagu dan lenggok bacaannya sangat merdu sekali ditambah pula surah-surah dalam Juzuk 'Amma pendek-pendek dan sangat 'bermelodi'.

Sejak itu, setiap kali masuk ke dalam kereta Fathi memasang sendiri cd itu. Selalu juga bergaduh apabila saya dan tuan suami mahu mendengar cd ceramah yg diupload. Namun, kebanyakan masa cd Juzuk 'Amma yg dipasang. Hingga sudah boleh menghafal lagu bacaannya.

Fathi kata dia suka dengar orang baca al-Quran. Fatihah pun suka!

Sabtu, 16 November 2013

Tentang sabar

November 16, 2013 0 Comments


Sedang saya menolong emak membuat karipap, Fatihah datang seperti biasa bertanya, "Mak tengah buat apa ni?"

"Tolong nenek buat karipap. Nenek nak jual esok."

"Nak tolong!"

"Boleh. Tiha tolong mak jaga adik kat depan ok. Kalau adik tidur baru boleh mak buat kerja. Kalau adik bangun mak tak boleh siapkan karipap ni."

Fatihah menjengah adiknya di luar. Beberapa minit kemudian dia datang semula. Terus panjat kerusi dan duduk atas meja.

"Mak, lambatnya mak siapkan ni."

Anak kecil dan Selawat ke atas Nabi

November 16, 2013 0 Comments

Secara fitrahnya, manusia dilahirkan untuk belajar.

Anak kecil (6 tahun ke bawah) akan belajar untuk mengetahui sesuatu melalui apa saja deria. Namun, kita selalu memandang bahawa mereka belajar hanya melalui mata.

Fatihah (3 tahun) bertanya saya berulangkali.

"Mak, marhaban tu apa?"

Saya hanya mendiamkan diri buat beberapa minit kerana hilang suara akibat sakit tekak yg teruk dialami sejak 3 hari yg lalu. Tiba-tiba Fathi (4 tahun) terus menjawab,

"Marhaban tu solawat pada Allah lah."

Isnin, 11 November 2013

Mengurus cemburu anak

November 11, 2013 5 Comments


Dari peti soalan :

Assalamualaikum puan khadijah..
Sy slh seorang pembaca hasil tulisan puan.. banyak ilmu yg sy dpt drpd pembacaan di profile dan blog puan.. di sini sy ingin meminta pendapat puan tentang cemburu anak..
Sy memiliki 2 org anak.. yg sulung (kakak) baru berusia 2 tahun dan baby 10 hari.. masih terlalu awal utk si kakak menerima hakikat terpaksa berkongsi kasih.. seminggu pertama, kakak x menunjukkan kemarahan.. masuk hari ke 8, pandangan nya pd sy setiap kali dia dimarahi sgt tajam.. pernah terjadi die menarik rambut baby semata2 kerana berada dlm pangkuan sy semasa kakak turut mahu menyusu.. setiap hari kakak akan menangis apabila kemahuan x diikut.. pd awalnya sy dan suami cuba ikut segala kemahuan kakak, tp bimbang dia akan naik lemak dan bertambah manja.. selalu juga kami terlepas laku dgn meninggi suara dan menghukum ( jentik telinga) apabila kakak buat perangai..

Sy sedar dlm usia 2 tahun, kakak masih kecil utk dijerkah.. tp sy gagal menahan perasaan apabila dia muka menjerit dan menangis.. sy berpantang di rumah ibu mertua yg amat memanjakan cucu.. kesannya, bila kakak menangis dan menjerit, dia akan mula memukul sy dan lari pada nenek.. sy buntu dgn situasi ini.. harap puan dpt berikan sedikit pandangan.. terima kasih.. sy hampir menjadi buntu utk menguruskan emosi kakak..

Jawapan :

Terlebih dahulu, tahniah puan atas kehadiran cahayamata kedua. Walaupun ada cabaran tertentu, anak-anak adalah kurniaan Allah untuk kita menambahbaik lagi ilmu dan rutin harian kita selama ini. Segala puji hanya kepada Allah!

Cabaran puan hadapi ini pernah saya alami juga dahulu ketika melahirkan Fatihah, anak kedua saya dahulu. Semasa itu anak sulung saya baru berusia satu setengah tahun. Si abang, Fathi, memang mengalami kecedaraan emosi yg teruk! Hingga tidur malamnya terganggu dan saya menangis dalam pantang. Dulu, saya langsung tidak tahu bagaimana mahu mengurusnya. Namun, saya ikut fatwa hati kecil saya. Hanya semasa anak ketiga saya lahir awal tahun ini barulah saya mendapat rentak 'pengurusan cemburu anak-anak' ini.hehe.. Boleh baca catatan saya 2 tahun yg lalu  --  http://khadijahgani.blogspot.com/2011/05/ragam-anak-berdasarkan-intuisi-si-ibu.html

Puan boleh mencubanya kerana intuisi seorang ibu itu lebih kuat dari segalanya dengan izin Allah. Hakikatnya, cemburu adalah perkara biasa apabila ahli keluarga semakin bertambah. Ia adalah fitrah yg menunjukkan anak kita sudah mengalami perkembangan emosi yg baik. Cuma yg menjadikannya positif atau negatif adalah bagaimana cara kita memandu arahnya untuk mengawal emosi yg terbina itu.

Jumaat, 8 November 2013

Mendorong Anak Cilik Mengaji 2

November 08, 2013 0 Comments
Sebelum ini saya sudah berkongsi cara bagaimana saya memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak saya di sini.

Setelah satu tahun berlalu saya nampak perkembangan mereka dengan ketara. Perlu diingat, saya lebih suka tidak menggunapakai kemarahan atau paksaan dalam pembelajaran anak-anak.

Satu perkara yg menjadi isu besar kesan daripada sistem Iqra' yg digunapakai secara meluas sekarang adalah huruf tunggal yg sudah sedia berbaris atas. Di dalam kad imbas yg digunakan juga terdapat huruf yg sudah berbaris atas.

Akibatnya, anak-anak konfius antara huruf tunggal dengan huruf berbaris.

Lalu, saya berijtihad sendiri mahu mengeluarkan kad imbas sendiri yg diberi nama 'Kad Imbas Khadijah'. Sekarang, sedang dalam proses insha Allah. Selain kekangan tertentu, saya sangat mengalu-alukan penyumbang dana lagi bagi penerbitan Kad Imbas Khadijah. Saya tidak dapat menjanjikan sebarang keuntungan di dunia ini. Saya berdoa supaya keuntungannya boleh kita sama-sama nikmati di akhirat kelak, insha Allah..


Khamis, 7 November 2013

Hamil luar nikah

November 07, 2013 1 Comments
Dalam banyak-banyak emel yg diterima, emel yg satu ini meruntun jiwa saya. Lebih ringan hati saya ingin membantunya walaupun tidak kenal. Surat ini melambangkan keperibadiannya yg luhur lagi cantik. Bahasanya melambangkan pendidikannya yg bukan setakat SPM. 

Contohi penulisan emelnya adik-adik sekalian. Beginilah cara sepatutnya apabila kita mahukan nasihat atau pandangan seseorang yg tidak dikenali melalui emel atau di alam maya ini. 

Sedikit sebanyak menunjukkan walaupun anda tersilap dalam percaturan hidup ini sekurang-kurangnya anda masih ada adab dan bahasa yg baik sebagai aset anda mendapat rakan baru dalam hidup yg baru yg lebih diberkati Allah. Orang sekeliling akan memandang tinggi pada kita kerana bahasa kita.

Apabila kita mendoakan orang lain, beratus-ratus malaikat penduduk langit mendoakan yg sama untuk kita semula.

Sejauh dan sebesar mana dosa kita kepada Allah, IMAN adalah punca utama kita masih bernafas lagi hari ini seterusnya dapat melahirkan seorang bayi yg tak berdosa. Merasa berdosa lebih baik daripada tidak merasa berdosa sedikitpun. 

Allah sangat sayang kepada orang yg bertaubat dan mahu membaiki diri. Inilah hijrah yg terbaik. 



Dari Peti Soalan :

Salam puan. Saya AA, 24tahun, kandungan 5bulan. Saya nak bertanya masih ada tak rumah perlindungan yang boleh menerima saya. Dah banyak yang saya call, ada jawab dah penuh, hanya utk 18tahun & kemasukan hanya dibuka pada jan 2014. Sekarang ni saya dah buntu sama ada saya nak duduk sendiri sambil bekerja / terus cari rumah perlindungan. 

Mak saya pernah suruh gugurkan kandungan sebab dia taknak masa depan saya gelap. Dah banyak tawaran kerja saya tolak, mak taknak saya kerja jauh & hidup sendiri dgn kandungan. 

Tapi tindakan saya nak berjauhan sebab saya taknak dia malu. Pada mak, saya dah cukup membanggakan dia dengan sikap & pelajaran saya sebelum ni. Saya tak sampai hati mak sedih lagi. Kadang-kadang saya rasa bunuh diri penyelesaian terbaik tapi saya takut nak lakukan. Saya berdoa & solat macam biasa tapi terfikir amalan saya diterima lagi ke? Sebab saya rasa macam tuhan dah taknak tolong saya lepas saya buat dosa besar ni.

Maaf ganggu masa puan. Harap boleh luangkan sikit masa balas emel. T,kasih

Rabu, 30 Oktober 2013

Pendaftaran anak luar nikah

Oktober 30, 2013 28 Comments

Dari peti soalan. Nota khas untuk Atty yg sudi bertanya. Sudah dihantar emel namun "Mail Delivery Failed". 

Salam kak khadijah. Saya nak Tanya.. anak luar nikah yg dah hampir setahun tapi tak ada sebarang dokumen. Apa pekara terbaik yg boleh saya buat sebagai mak sedara Anak ni. Ibu kandung dia masih menjaga anak ni. Tapi dia xberani nk gi buat Surat beranak. Dia lahirkan baby ni kat Hospital private lepas tu lari. Semua doc termasuk ic ibu ditahan kat hospital tu. Sebagai makcik bdk ni. Saya mmg kesian. Apa boleh saya buat utk tlg. Sbb ibu kandung dia mcm xkisah. Akak tlg reply kat email saya attysqz@gmail.com.

27 Oktober 2013 3:24 PTG


Assalamualaikum Atty. Didoakan moga tetap berada dalam keadaan yg sihat dan tenang. Maaf lambat relpy disebabkan keadaan akak kurang sihat.

Berkenaan soalan atty mengenai anak saudara yg luar nikah. Sebenarnya, akak ada dapatkan pandangan dari seorang yg berpengalaman dan dah banyak tolong wanita mengandung luar nikah. Panggilnya Mak Liza. Boleh search di facebook. Beliau ada tubuhkan satu rumah perlindungan dan jaga semua kebajikan pelatih (orang yg masuk ke rumah perlindungan) yg bernama Baitus Solehah di JB.

Rabu, 2 Oktober 2013

Anak makan berjalan?

Oktober 02, 2013 0 Comments

Soalan : Mohon nasihat dan pandangan macam mane nak ajar anak duduk makan tidak berjalan2 terutamanya di hentian r&r.anak2 sya berumur 1 dan 3 tahun..

Jawapan : Anak-anak saya pun makan berjalan juga puan...hehe.. Cuma, kalau di tempat orang ramai saja dia boleh makan senyap dan tidak bergerak. Selalunya, bila sudah habis makan, saya yg galakkan mereka berlari dan main kejar-kejar dalam kawasan yg berhampiran. Mereka main kejap kemudian lari semula ke arah saya.. Saya suruh lari jauh-jauh sikit, mereka tak mahu pula..hihi..

Bagi saya, adalah normal anak-anak berjalan-jalan / berlari-larian ke sana sini seluas alam yg terbentang ini puan. Itu tandanya mereka kanak-kanak normal kerana adanya keinginan meneroka tempat baru melalui pergerakan. Kanak-kanak penuh dengan imaginasi dan eksperimentasi. Mereka akan gunakan keseluruhan deria yg ada.

Apa yg perlu hanyalah pantauan dan sedikit kawalan daripada kita supaya mereka tidak berlari / berjalan ke tengah jalanraya yg sesak atau boleh mengganggu meja makan atau terlanggar kerusi orang lain. Itu saja.

Puan hanya perlu menunjukkan pada mereka bagaimana untuk duduk yg baik di meja makan. Bukan melalui arahan tapi perbuatan. Ini kerana anak kecil tidak faham bagaimana yg dimaksudkan dengan duduk diam atau duduk yg baik di meja makan walhal yg dia nampak adalah kerusi dan meja yg boleh dibuat bermain atau dipanjat.

Semasa saya mula memperkenalkan mereka dengan meja makan, saya katakan begini, "Abang, Tiha tengok mak dan abah duduk macamana. Tengok eh tengok eh.. Duduk kat sini, kaki kat bawah, tangan letak kat sini. Ni namanya duduk baik-baik. Semua orang makan duduk baik-baik supaya nanti makanan tak tumpah, air tak tumpah, rumah pun bersih."

Mereka memang senang dibawa keluar kerana mereka mampu duduk dengan baik dan makan sendiri hingga kini. Cuma, di rumah mereka juga sama seperti orang lain. Berjalan dan bermain semasa makan.

Adalah lumrah anak kecil tidak boleh duduk diam. Itu semulajadi dan semua kanak-kanak memang begitu. Walaupun marah berulangkali ia tidak membantu sedikitpun. Mereka akan terus buat lagi. Tak kira di luar atau di dalam rumah. Dengan memarahinya atau mencubitnya hanya akan menambah stres kepada kita. Mereka akan tetap melakukannya berulangkali. Dan akhirnya, kasihan mereka badan berbirat.

Mereka akan lebih terseksa jika duduk diam. Tapi, ada beberapa perkara yg boleh mengembalikan fokus ke atas meja makan atau apa jua situasi yg kita mahukan jika mereka tidak mahu duduk diam.

Secara asasnya, walau apa jua situasinya, untuk mengembalikan fokus sesuatu kepada anak-anak adalah dengan bercerita. Berbual apa saja. Seperti yg saya ceritakan bagaimana saya 'duduk bersama anak dalam kereta' dengan tujuan mahu mereka duduk diam dalam kereta, kita tidak boleh hanya dengan memberikannya arahan dan marah-marah. Memang tak jalan.

Sama juga situasinya jika puan mahu anak-anak duduk diam makan di meja, puan juga harus 'duduk bersama anak di meja'. Maksudnya, puan boleh bercerita apa saja atau bermain apa saja diatas meja bersama anak-anak supaya apa yg puan main itu lebih menarik daripada daya tarikan tanah di sekelilingnya..

Apa sahaja mengikut kreativiti dan kesukaan anak-anak puan.

Jika tidak mampu juga, suapkan saja anak-anak makan sambil mereka bermain yg ringan-ringan. Yang penting, mereka mahu makan, itu sudah cukup bagus.

Saya teringat kata-kata emak saya.  "Dah nama pun budak-budak. Memanglah kena bergerak aktif. Kalau dapat  anak tak boleh bergerak, lain dah jadinya.. Kan kesian tengok anak-anak kecil yg tak boleh bergerak tu. Tak dapat rasa nikmatnya berjalan/berlari.. "

Dan apabila saya bertanya kepada anak saya, "Fatihah, masa makan kita kena duduk diam ke lari-lari?"

Dia beri jawapan menyakat, "Lari!"

"Kenapa kena lari? Kan tak bagus makan lari-lari kan? Nanti muntah, wek...!"

"Sebab..... Tiha nak main!"

Benar puan. Bagi anak-anak kecil, masa adalah emas. Pada waktu bila saja mereka tidak bermain, hingga makan pun mereka terpaksa bermain.. hehe...



Khamis, 5 September 2013

Anak bergaduh

September 05, 2013 2 Comments



Dari peti soalan :

Assalamaualaikum.. puan , bila baca kisah puan n anak-anak.. rasanya saya perlu bertanya dari pengalaman dan ilmu puan yg ada anak sampai 4 orang.... dulu saya suka menulis blog tentang kami anak beranak.. time tu dugaan menjadi ibu tak seteruk sekarang... saya ada sepasang anak... bila anak kedua lahir ( mulanya ok)... tapi bila yang kedua semakin membersar ( mereka kerap bergaduh ... kadang-kadang bila ada sedara datang pun mereka bergaduh teruk ( si adik  kacau abang)... kemuadian si abang naik marah n sebaliknya( sejak tu saya cepat naik marah... dulu tak seteruk sekarang rasanya.....ada saja benda yang mereka nak gaduhkan dan sama seperti puan saya tak suka nak marah ( sebb tau salah ).... saya tertekan sendiri.... macamana agaknya saya nak redakan pergaduhan mereka dgn cara yang betul? harap puan dapat memberi sedikit tunjuk ajar dari pgalaman puan.


Jawapan :

Waalaikumussalam puan yg dirahmati Allah.

Anak-anak memang begitu. Jika berdua memang mereka akan bergaduh berdua. Jika merempat atau berenam, mereka akan bergaduh dengan semua sekali adik beradiknya..hehe.. Namun, saya tak nafikan cubaannya memang lebih banyak dan mencabar lagi-lagi pada anak nombor dua. Kebanyakannya memang begitulah lumrahnya.

Saya bukanlah arif dalam bidang ini. Pengalaman pun baru 3 orang anak. Dan anak saya yg dua orang itu pun kerap bergaduh juga. Yang kecil ni pun hanya menunggu 'masa' mahu join sama hehe..

Apa yg saya buat ketika anak saya bergaduh?

1. Biarkan mereka bergaduh. Perhatikan dari jauh bagaimana mereka menyelesaikan sendiri masalah mereka.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Cabaran bekerja di luar atau menjadi surirumah?

Ogos 02, 2013 3 Comments

Dari peti soalan :

Assalamualaikum puan

saya N,umur 25 tahun.  saya baru mendirikan rumah tangga selama empat bulan.

saya ada satu masalah dan harapnya puan dapat memberikan pandangan kepada masalah saya.

selepas berkahwin, saya terus mengikut suami berpindah ke Kuantan,Pahang dan tinggal bersama mertua,sehingga sekarang.Alhamdulillah belum ada masalah besar atau perselisihan faham yang besar antara saya dan mertua.hanya kecil hati yang dianggap biasa,tidak disimpan dalam hati.

3 minggu pertama selepas berkahwin, saya menjadi suri rumah sepenuh masa.  cukup sebulan berkahwin, saya mendapat tawaran kerja dan masih bekerja hingga hari ni.

masalah di tempat kerja ialah apabila saya seorang sahaja perempuan muslim dan di department saya, hanya saya seorang beragama Islam.  yang lainnya ialah bangsa Cina.  sejak hari pertama saya masuk kerja, tiada kerjasama yang diberikan kepada saya.  semuanya task kerja dibuat dengan usaha sendiri. jika diminta tunjuk ajar, mereka hanya suruh saya cari penyelesaian sendiri ataupun jika diajar, tiada senyuman langsung.  disebabkan saya tidak diberi tunjuk ajar, saya suarakan kepada pengurus dan pengurus juga berbangsa cina.  dia juga suruh saya belajar sendiri.  saya biasa bekerja, tetapi setiap company lain sistem yang digunakan, jadi saya perlukan tunjuk ajar.  disebabkan tiada tunjuk ajar, saya cuba buat sendiri.  bila saya proses pada pengurus, dia terus memaki hamun sambil mengatakan melayu bodoh, ada degree tapi lembab, melayu memang menyusahkan,shit,stupid.  saya hanya diamkan diri.  tetapi satu perkara yang membuatkan saya mahu berhenti kerja ialah, jika saya mahu solat,pengurus akan memarahi saya,dia kata saya jangan buang masa,kerja lagi penting.dan bila saya selesai bersolat,dia memaki hamun saya mengatakan saya buang masa,saya sengaja tak mahu buat kerja.sedangkan saya hanya mengambil 10-12minit waktu untuk bersolat.

saya suarakan kepada suami, dan suami minta saya berhenti kerja jika saya tidak tahan.suami bekerja sendiri dan gaji tidaklah besar mana.  saya bekerja juga atas keizinan suami untuk saya membantunya.dan bila perkara ini terjadi,suami rela jika saya mahu berhenti kerja.

masalahnya ialah,ibu mertua tidak setuju saya mahu berhenti kerja.ibu mertua bekerja dari sebelum berkahwin hingga sekarang,jadi bila saya suarakan hasrat mahu berhenti dan bagi peluang untuk diri merasa menjadi suri rumah,beliau membantah.kerana katanya saya perlu kerja kerana perempuan sekarang kalau tak bekerja akan susah.jika perkara yang tidak diingini berlaku pada rumahtangga,saya akan susah kerana tiada sumber pendapatan.dan berkeras mengatakan ikut sahaja kehendak pengurus saya.buatlah kerja dulu,ada masa lapang baru solat.sedangkan saya sendiri tidak mahu melengahkan solat hanya kerana kekangan kerja.

saya buntu.saya takut untuk membuat keputusan untuk berhenti kerana takut dimarahi ibu mertua.walaupun suami saya rela.ibu mertua pula segala apa yang dikatakan,harus diikut dan suami juga mula buntu kerana takut dimarahi ibunya.

tolonglah saya puan,apa yang harus saya lakukan?

saya harap puan dapat balas email saya.

saya sudahi dengan Assalamualaikum.




Jawapan :

Waalaikumussalam puan yg dirahmati Allah.

Maaf, saya lambat membalas emel puan. Saya hanya boleh menulis semasa anak2 tidur sahaja.hehe..

Pertama-tamanya apa yg boleh saya katakan ialah apa yg dicakapkan oleh ibu mertua puan memang betul. Kalau perempuan tak bekerja akan susah. Menjadi surirumah bermaksud puan tiada pendapatan tetap. Tiada pendapatan tetap bermaksud tiada duit. Apabila kita tiada duit di tangan (tak pegang duit sendiri) kita memang susah. Perasaan 'tiada berduit' ini akan berterusan boleh menjadi isu pergaduhan yg besar dalam rumahtangga.

Sabtu, 20 Julai 2013

Bahagia

Julai 20, 2013 4 Comments
Dari peti soalan :
  • Assalamualikum kak khadijah. Sy mengenali akak melalui blog akak dr hasil carian google "anak lahir rapat". Sy sering menggali ilmu dalam mendidik dn menjaga anak2.sy sedar mengasuh anak amat sukar dari melahirkan anak. Sy sedar sy yg btanggungjawab utk mencorak dan membentuk peribadi anak2. Namun sy jg sedar akan kelemahan diri. Sy seorang yg cepat marah, panas baran, rendah diri, cpt kecewa dan mudah trsinggung. Ini adalah hasil dari cara sy dibesarkan. Ini hasil dari persekitaran dan zaman kanak2 sy yg kurang perhatian mandangkan sy kematian ayah ketika dlm kandungan 8 bulan.stlh itu ibu kwin lain dgn ayah yg menpunyai keluarga yg besar namun tiada masa utk ank2 sendiri apatahlagi dgn anak tiri iaitu sy. Tmbahan ibu pula sibuk dgn khidupan sosialnya yg sring meletakkan sy di bawah jagaan penjaga. Ditmbah lg dgn adik bradik tiri yg mencemuh dn memulaukan sy krn hadir dlm keluarga mrk dn mnumpah ayah mereka juga mengejek2 sy tiada ayah solah2 ia mjadi kesalahan pula. Tmbah lagi dgn ibu tiri yang garang.tiada lngsung kata2 lembut.hanya herdikkan dan tengkingan yg sy trima shingga sj jd takut. Dlm pada itu ibu sndiri tidak plak mjadi penenang dan meredakkan kekecewaan dn kesedihan sy.maka hiduplah sy dlm keadaan sendiri.bermain sendiri.dlm kekecewaan sndiri mbuatkan sy sring mengurung diri.apabila smkin dewasa sy mcari ketengan diluar rmh.mcari kasih syg diluar rmh.sdikit demi sdikit sy tidak lg tinggal dgn keluarga.sy duduk sndiri dn bkrja sndiri.tiada lg kasih syg pd keluarga.malah sy jd takut nak balik krn khadiran sy ke rumah disambut oleh kunci dn mangga.bermakna sy akan dikurung tnpa rela.. 

    Stlh bkahwin dn mlahirkn anak sy sedar sy mjadi guru dn membentuk anak2.namu disebabkan peribadi yg trbentuk bgitu sy msih blm mmpu mbentuk anak2.sdgkn sy tkut anak2 sy mjd spt sy. Hati sy sering memberontak.sring rasa rendah diri dan kecewa. Ini sgt mnggngu pjalanan bahtera rmh tangga sy. Sering brlaku perang dgn suami. Ekoran masalah komunikasi. Sy akui byk perang berlaku dr diri sy. Sy sedar ini blaku ekoran jiwa sy yg kacau serta peribadi sy yg buruk. Sy ingin berubah dn berusaha berubah. Namun disebabkan tiada dorongan dan galakkan dr pasangan hidup sy sring gagal dn rmhtangga sering bergolak.sy sedar sy perlukan bntuan. Sy perlukan dorongan, semngat membuatkan sy rasa dihargai dan diperlukan.
  • Namun itu sy tidak dpt dr pasangan hidup.mungkn pdnya itu soal sy.dia tidak trlibat langsung.lantak ko la nk mrajuk ke nk trasa ke.sdgkn sy prlukn pujian sokongan, sesorng yg sudi mdgr rintihan dn keluhan sy.sy sring rasa kesunyian dan tidak dihargai. Kurngnya belaian dr suami kurng jg perhatian dn dorongan. Tmbhan pula hati sy kecewa dgn janji2 suami yg tk dikotakan. Sikap tegas dn pentingnya kepatuhan sy pd arahnnya yg tidak jelas sebabnya.

    Ini semua myumbang pd proses pembentukn dan asuhan anak2.sy krcewa dgn diri krn gagal mjadi ibu yg baik.sering sy lepaskn kemarahn dan penat kepada anak. Sy dapati ank tlh mjd kasar dan tidak mudah trima arahan. Brbagai cara tlh sy lakukan dgn cra yg tegas, kasar, lembut, takut2kan, peluk, bersembang smasa hampir tidur. Masih lg belum bjaya dn sering membuatkn sy hilang sabar
  • Tekanan brtambh apabila sy mgndung.perubahan hormon emosi dn kurng phatian dr suami. Bersalin dn berpantang sendiri mngendalikn si abg yg sukar mematuhi arahan.dlm keadaan yg lemah kurng rehat.kurang sihat.sakit dan kurng bermaya.nk bg tumpuan pd adik. Dlm pd ini sy srring turun naik.kdg2 sy bjaya sabar dn lembut dgn anak2.kdg2 sy tewas.marah2 dn pukul2.

    Ank yg sulung ada kalanya sukar ptuh dn mood tk ok.kdg2 senang dn ok.kdg2 intonasi suara sy lembut namun sering jd singa betina.sy berperang db emosi sendiri
  • Sy sering cri ilmu didik anak.gagal dn bjaya turun naik.hr ni sy bjaya esok sy jd singa lapar.sy sering menangis dn ckp sendiri krn kecewa dgn diri sndiri.sring sy luahkn pd teman hidup namun feedback tidak memeberangsangkan kdg2 ia brtambah teruk.
    Kurangnya sokongan dan semangat dn kurangnya kesudian mendengar dan berkongsi rasa oleh suami membuatkan sy trkapai2 sendiri. Sy cuba raih dr kawan2 dan dr internet dn sy paksa diri sy utk bertenang.cari dimana2.

    Sy nk rmhtangga bhgia.sy nk bhgiakn suami tp nmpknya msh blm bjaya.
  • Sy sdr sy prlukn bntuan.sy hrpkn suami mbntu sy tp pdnya dia tlh tunaikn tggungjwb dgn mkn pakai dn kperluan nmun dlman sy kering kontang.itu yg mncorak diri sy dn mcorak asuhan ank2 dn pribadi sbg istri.sy tkut msa dpn ank2 sy mjd bgini.

    Suami tk peduli ktka sy mgeluh.jrng skli nk sms sy.jika sy sms mgadu ttg keletihan dan gelodak emosi.tension dia diam je alasan sibuk.tp bila bgaduh blh plak hntr sms pnjng2 btalu2.ktka sy mrayu2 minta sokongan dn semangat buat tk tahu je.mroyan sy sorg2.tk de masa dgn istri.sibuk dgn game dgn krja dgn internet tonton tv.kdg2 dgn ank2 pn x de masa.tp sminggu 2x ada masa prg main badminton berjam2.prg minum ng kawan2 brjam2.sy tk bkira jika dia ada masa utk dgr luahan istri ada masa utk bersama2.
  • Sy luahkan scra nangis sorg2.doa2 kt allah.kdg2 lega kdg2 tmbh buruk.emosi sy trdera.sy tk dibenarkn utk facebook lg sdgkn itu slh stu tmpt utk sy cri kekutan dgn kawn2 atau group2. Suami tk suka sy post apa2 mgenai rmh makan apatahlagi emosi. Dgn jiran2 tk blh.dgn keluarga lg tk blh.dgn teman hidup tk sudi pula. Bisnes adalah satu2 kpuasan diri sy.sy rasa dihargai dn diperlukan apabila custemr btalu2 dn melayan custmer.rasa pnat lelah berbaloi bila pulangan wang lumayan.tp skrg dh tk blh suami tk izinkan katanya sy mgkayakan diri.tguris hati sy sdgkn stp bulan sma2 sy byr bill wlw sy tk krja.brg2 dapur sy byr juga.caruman bank ank2 stp bulan sy bayr.anggran 1k jg stp bln.kini dia ckp tkut sy tension.punca sbnr sy tension tidak pula diambil pduli.rumahtangga org lain blh bjya knap kmi tk?sring sy dibanding2kn dr segi masakkan pakaian penambilan dll.kemampuan org lain tk sama.andai nak tegur tk prlu bnding2kn sudahlah tidak memuji.tmbh sakit hati.buruk je nmpk pd sy.slalu lebel sy degil keras kpla tp sgla usaha sy baiki diri tk pduli.jika sy mngis spt 1 kesalahan pula.benci dia tgk sy nangis tmbh marah pula.byk kli bincng tp akhirnya jd lbh parah.

    Andai akak ada masa dn sudi membantu sy ucapkan trima kasih.andai tidak tidk mgapa sy faham.pribadi sbnr sy ni blh mbuatkan org jengkel.trima kasih kak.maaf menggangu dn cerita pnjang.ini sy bkn nk burukkn suami tp sy prlu crita yg sebnr sbb sy prlukn bantuan..msih mcri2 ilmu dan bantuan.
  • Sy prlukan kekuatan.sy hrp dr suami.bru2 ni sy katakan hasrat nk merncng kehamilan sy tkut mgndung lg sbb nk didik ank tk mudah serta sukarnya sy kndalikn sorg2 tnpa bantuan.bantuan dr sgi emosi dn sokongan sbnrnya.spt sy ckp.nk beranak snang.nk didik tu sgt sukar.sy btnggungjawab bntuk anak2.tkut salah bentuk.sy ada misi dn hala tuju utk anak2 bjaya dunia dn akhirat mjd pribadi yg mulia.





Puan yang dirahmati Allah, moga Allah terus memberi kekuatan dan segenap ketabahan buat diri puan, suami dan anak-anak.

Membaca cerita puan mengingatkan saya yang pernah satu masa dahulu mempunyai perasaan yang sama dengan puan. Inilah tujuan saya ingin berkongsi di sini supaya dapat memahamkan masyarakat bahawa tugas seorang surirumah itu sama saja seperti kerjaya lain. Ada cabaran, ada kekangan, ada emosi. Bukan hanya boleh duduk seronok golek-golek dengan anak dan goyang kaki di rumah. Ini hanya boleh dirasai apabila seseorang masuk tahun ke 2 atau tahun ke 3 secara sepenuh masa sebagai surirumah. Ia adalah kerjaya yang harus dipandang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kerjaya profesional yang lain.

Jumaat, 17 Mei 2013

16 Mei

Mei 17, 2013 0 Comments
Hari ini genap 5 tahun usia perkahwinan saya bersama suami tersayang, Mohd. Kamal bin Mustafa. Segala puji hanya kepada Allah! Alhamdulillah...

Dikurniakan 3 orang anak yang baik dan rajin menolong saya mengemas rumah, membasuh baju, menyidai baju, menyapu sampah termasuk melipat baju dan meletak baju masing-masing di dalam laci baju sendiri. Inilah harta yang saya ada - Fathi 4 tahun, Fatihah masuk 3 tahun bulan depan dan Fahmi 3 bulan. Fahmi pula tidak banyak kerenah. Sangat mudah menjaganya. Malam hari hanya sekali saja dia bangun dan menyusu kemudian terus saya terbangun untuk bersolat subuh. (Sebenarnya, emaknya yang tidur tak sedar-sedar haha)..

Apabila Fahmi sudah 3 bulan ini barulah saya boleh meneruskan aktiviti saya memasak kek atau pencuci mulut seperti biasa untuk dihantar ke kedai. Inilah sumber pencarian kecil-kecilan saya. Masih merangkak-rangkak kerana ada anak kecil yang perlu diberi perhatian. Selalunya, terpaksa juga 'berperang' dengan anak-anak untuk menyiapkan juga sumber pendapatan saya ini. Saya tidak mengambil upah daripada Kelas Mengaji. Biarlah ia menjadi saham saya di akhirat kelak. Jika diizinkan Allah.

Oleh kerana durian belum musimnya lagi, maka sebagai alternatif saya akan meletakkan Puding Strawberi-Coklat Karamel saya di restoran adik ipar di mana saya meletakkan Durian Crepe sebelum saya bersalin tempohari.

Ahad, 28 April 2013

Mendorong anak rajin belajar

April 28, 2013 0 Comments


Dari peti soalan :

Bagaimanakah cara untuk mendorong anak berfikir sendiri semasa mereka sedang menyiapkan tugasan sekolah (homework) ? Semoga Puan boleh share tips2 yang boleh saya aplikasikan kepada anak saya... Terima kasih....

Jawapan : Hmm, soalan ni agak susah sebenarnya hehe... Sebab anak sulung saya baru nak masuk 4 tahun. Anak kedua pula masih 2 tahun setengah. Tapi kami ada juga main 'buat kerja sekolah'. Siapa yg siapkan 'kerja sekolah' a.k.a contengan sesuka hatinya penuh 1 mukasurat, saya akan beri dia cop warna-warni 30 markah beserta bintang2 yg bertaburan di dalam bukunya..hehe..

Hasilnya, setiap hari tanpa disuruh pun dia yg cakap mahu 'buat kerja sekolah'.. Pagi ini dia sudah menulis Alif Ba Ta dengan sendiri untuk pertama kalinya hingga buatkan saya terharu!huhu...

Mendorong orang suka pada kita

April 28, 2013 1 Comments
Ini adalah catatan sepertimana yg pernah saya kongsikan daripada wall FB saya sedikit masa dahulu. Dari peti soalan lama.



Beberapa hari yg lalu, saya mendapat soalan daripada seorang kenalan fb. Menurut beliau, mahu berkongsi dan dijadikan bacaan sisipan dalam bukunya bertajuk 'Islamic Parenting' yg sedang diusahakannya bersama Telaga Biru sedikit masa lagi.

Soalan : Bagaimana caranya khadijah motivate anak2 ini hingga suka dan mahu solat?

Jawapan : Terima kasih puan kerana bertanyakan soalan yg saya tak pernah terfikir pun sebelum ini. Kerana itu saya suka apa jua jenis soalan.hehe.. Soalan ini amat baik untuk perkongsian ramai. Saya suka berkongsi.

1. Buat orang suka pada kita. Ia bukan mudah seperti membacanya dan bukan pula sesuatu yg perlu dibuat-buat. Dalam apa jua keadaan samada ingin mendorong anak-anak atau pelajar atau sesiapa saja [konsep berdakwah itu sendiri] pertama sekali kita harus selesakan diri antara mereka [mad'u] dan diri kita sendiri untuk merasa tenang dan 'boleh klik' secara semulajadi tanpa perlu dipaksa-paksa.

Selasa, 23 April 2013

Mengurus emosi bayi

April 23, 2013 2 Comments
Soalan yg saya terima minggu lepas.

Salam puan,

Saya terbaca blog puan mengenai menjadi surirumah...dengan 3 anak kecil...
saya tabik dgn puan sebab saya baru anak seorang berusia 5 bulan..pun dah stress
sebab x pandai menguruskan bayi seorang diri jika ayahnya bekerja pada hari sabtu.

Saya ibu yang bekerja jadi hanya fully mengasuh anak hari sabtu dan ahad saja..
tapi cuma satu yang membuatkan saya tidak yakin untuk menguruskan bayi saya
seorang diri sementara ayahnya balik ialah :-

1) jika bayi x selesa saya x tahu nak selesakan dia
2) jika dia merengek2.. saya risau saya x dapat tenangkan bayi saya seorang diri
3) yang paling saya fobia jika dia menangis kuat2...saya akan jd cepat stress

Bagaimana nak menguruskan masalah saya ini?


Jawapan :

Maaf puan kerana saya mengambil masa yg agak lama membalas emel puan. Sebenarnya, saya bukanlah orang yg terlalu arif dalam bidang ini. Saya juga masih belajar daripada anak-anak. Tiada jawapan yg tepat untuk soalan puan. Namun, di sini saya hanya ingin berkongsi pengalaman yg ada dan sedikit pendapat.

1. Selesakan diri puan terlebih dahulu, nanti bayi puan akan selesa dengan puan.

Khamis, 11 April 2013

Blog baru saya - Suka Mengaji

April 11, 2013 0 Comments

Buat masa sekarang, saya sedang dalam proses penulisan dan editing untuk Ebook bersama Puan Ainon Mohd. di bawah kendalian Tuan Ariffudin dari Bukupandai Publication. Banyak yg perlu saya buat termasuklah mengisi beberapa borang dan menulis biodata.

Bercakap tentang biodata, saya agak terkedu untuk menulisnya bagaimana. Banyak hari saya memikirkan bagaimana dan apa yg mahu ditulis dalam biodata ini. Apa yg orang mahu tahu tentang saya? Saya tidak punya lagi pencapaian yg boleh dibanggakan. Hanyalah seorang surirumah. 

Arghhh, adakah self-esteem saya pula tiba-tiba jatuh?

Untuk tujuan promosi Ebook itu kelak saya dicadangkan untuk membuka blog khas mengenainya. Mahu tak mahu, saya harus membuka blog baru yg hanya bercerita tentang kelas mengaji saya bersama anak-anak cilik yg sentiasa mewarnai kehidupan saya seadanya.

Jemput singgah dan jangan lupa untuk menjadi pengikut di blog ini ya!

Terima kasih atas sokongan anda.



Jumaat, 15 Mac 2013

Ceritera si anak : Fathi, Fatihah, Fahmi

Mac 15, 2013 5 Comments
Sebelum saya menjadi pelupa, saya mahu abadikan kisah ini dan pengalaman di sepanjang kehamilan dan kelahiran insan-insan kesayangan saya ini.


Dahulu, semasa anak pertama masa mengandung dirasakan sangat indah. Semasa itu, diri sendiri membawa 1 kandungan sahaja. Tiada anak lain untuk diuruskan atau dilayan. Tambahan pula hanya duduk di rumah goyang kaki. Ketika itu, kami masih di KL. Kebanyakan masa adalah untuk diri sendiri dan anak dalam kandungan. Memasak pun tidak. Dapur tak berasap langsung kerana saya tak boleh bau langsung bawang yg bertemu dengan minyak panas. Menumis saja, walaupun terbau jiran sebelah memasak, saya akan muntah. Dari awal hingga akhir kehamilan.

Hasilnya, Fathi sangat sensitif dengan bau-bauan. Dia cepat mengenalpasti bau yg busuk atau wangi. Hinggakan isi ikan atau sayur kecil yg dihancurkan dan dicampurkan dengan nasi pun dia akan tahu yg nasi itu ada ikan atau sayur. Akibatnya, putus selera! Aduhaii..

Menjelang kelahiran Fathi dahulu,  air ketuban saya pecah sendiri ketika sedang makan tengahari di hari Jumaat yg indah. Ketika itu, tuan suami masih di KL bekerja dan saya sudah lama di JB di bawah pengawasan emak dan abah. Air ketuban pecah jam 3 petang. Terus ke hospital. Jam 6 petang baru saya dapat katil masuk wad. Hanya jam 8 malam baru saya rasa contraction bermula. Tuan suami ketika itu di dalam keretapi menuju ke JB selepas waktu pejabat. Emak yg temankan ke hospital sehingga saya beranak. Tapi di luar saja bersama abah. Tak boleh masuk.

Saya keseorangan dalam labor room melahirkan Fathi tepat jam 12.05 tengahmalam pada 21 Februari 2009 di Hospital Sultan Ismail Johor. Keluar saja LR, saya menitiskan airmata melihat emak dan abah masih menunggu di luar menyambut saya dan Fathi walaupun sudah jam 2-3 pagi. Suasana pagi itu sangat syahdu tanpa kehadiran tuan suami di sisi. Abah yg mengazankan Fathi selepas tiba di katil.. Sebak mendengar alunan azan seorang atok kepada cucu pertamanya..

Isnin, 4 Februari 2013

Modul Homeschooling 2 : Solat bagi anak kecil

Februari 04, 2013 0 Comments

Selepas mengenal Allah dan membiasakan anak-anak dengan kehebatan dan kepentingan Allah Subhanahu Wata'ala sebagai asas 'Aqidah, seterusnya saya mahu membiasakan anak-anak dengan solat pula sebagai kewajipan yang harus disemai sejak kecil. Satu tuntutan yg berterusan mulai sekarang bukan bermula pada ketika mereka sudah besar dan baligh kelak.

Teringat pada pencerahan seorang ustaz dalam kuliah tafsir yg pernah saya ikuti dahulu. Menurutnya, anak-anak diwajibkan mendirikan solat hanya ketika umurnya 10 tahun. Ketika ini, dibolehkan memukul anak yg tidak bersolat sebagai peringatan (dengan syarat) ibubapa sudah mengajarnya bersolat sebelumnya. Sebelum mencapai umur anak 10 tahun ini, ibubapa punya masa yg terlalu banyak untuk menyerunya bersolat pada setiap waktu dan bukannya baru mahu menyeru mereka bersolat selepas umurnya menjejak 10 tahun.

Bagi mencetus MAHU anak-anak terhadap solat, sebagai permulaan saya menggunapakai perkataan yang lebih mudah dihadami anak-anak seawal 2 tahun (Fatihah) dan 3 tahun (Fathi).

Semuanya bermula dengan saya membiasakan mereka dengan mengambil air sembahyang dahulu setiap kali selepas mandi. Ini sudah diajarkan kepada mereka sejak mereka sudah pandai berjalan dan mandi masuk sendiri ke dalam tandas (sekitar umur dekat 2 tahun)..  'Mengambil air sembahyang' ini hanyalah yg asas iaitu basuh muka, tangan, sedikit rambut dan kaki saja. Mereka sudah pandai mengambil air sembahyang sendiri (belum sempurna) setiap kali selepas mandi walaupun saya atau siapa yg memandikannya terlupa.

Kemudian, rutin saya setiap kali mahu mengajak anak-anak bersolat, saya menggunakan perkataan 'bercakap-cakap dengan Allah'. Maksudnya, selepas bersolat mereka akan berdoa. Itulah maknanya bercakap-cakap dengan Allah.

Ahad, 3 Februari 2013

Ketika berhadapan tantrum anak

Februari 03, 2013 0 Comments
Dari peti soalan :

Soalan : As Salam, K Dah, Anak saya yang no 2-tahun depan masuk 4 tahun...suka sgt marah2 kalu ada yang tidak kene.kalu org kelantan kato 'nyetok'..nanti k dah tanya cik abang K Dah.. sehari dua ni dah pandai cakap..benci..kalu kita lambat cket buat /bg apa yang dia Nak..Di awal pagi,dia kerap jugak terjaga,menangis2 mintak susu..susah plak tu nak pujuk..macam mengigau... K Dah...tlg2 la bg tips..suka baca apa yang K Dah tulis..x berubah dr dulu...boleh jadi sumber rujukan..mmeng dr azali dah nampak bibit2 seorang pemimpin..

Jawapan : Biasanya apabila mendapat soalan, saya akan diuji dengan keadaan yg sama terlebih dahulu. Cepat atau lambat. Bukannya tak pernah diuji dengan keadaan yg sama sebelum ni, cuma apabila situasi begitu dah lama tak terjadi, ia buatkan saya terlupa apa yg saya dah lakukan secara spontan.

Hakikatnya, bukan semua perkara saya tahu. Malah, sebenarnya saya tak tahu nak jawab soalan kali ini bagaimana. Mohon sahabat lain juga dapat berkongsi serba sedikit tips yg diamalkan.

Rabu, 16 Januari 2013

Penaakulan Mantik : Modul Homeschooling untuk anak-anak mengenal Allah

Januari 16, 2013 2 Comments

Setahun yg lepas, saya ada berkongsi dialog antara saya dan Fathi dgn penaakulan mantiknya ketika dia berumur 2 tahun tentang konsep ketuhanan [Allah sebagai Maha Pencipta]. Tapi, saya agak terleka dan terlambat utk menggunakan modul yg sama ke atas Fatihah yg sudah mencecah 2 setengah tahun sekarang.
Namun, beberapa hari lalu saya agak terkesima. Mereka berdua mengucapkan sesuatu yg saya tak pernah ajarkan sebelum ini. Saya tak tahu bagaimana mereka boleh berfikiran begitu. 
Situasi 1 : Adegan drama tv menyiarkan seorang anak yg menengking ibunya. Lalu saya katakan, "Tak baik kan kita cakap tinggi suara dgn mak kita. Kita kena cakap baik-baik dgn mak kita, betul tak?" Fatihah tiba-tiba menyambung [pelat], "Hah tak baik cakap macamtu [sambil meniru adegan tadi] nanti Allah marah!" 
Rentetan dialog adiknya seperti di atas barulah saya sedar yg saya belum 'upload' program yg sama dgn abangnya dulu. Setelah mengulangi dialog yg sama dgn abangnya dulu, saya sengaja mahu 'check' semula programming si abang yg akan masuk 4 tahun bulan depan. 
Situasi 2 : [Dimulakan dgn soalan yg sama seperti dulu. Jawapan masih sama. Alhamdulillah. Saya mahu upgrade sikit.] 
Saya bertanya, "Abang tahu tak Allah kat mana?" Dia menjawab, "Allah kat langit!" 
Saya sangka dia akan jawab tak tahu [kalau dia memang tak tahu] dan saya mahu menjawab Allah ada di mana-mana. Tak sangka pula jawapan itu yg keluar. Saya terkedu agak lama. 
"Macamana abang tahu Allah kat langit?"
-Senyap-
"Oh, abang tahu sebab Allah yg cipta bulan dgn bintang yg cantik kat atas langit eh?"
-Angguk- 
Lalu, saya menyampaikan report pada suami. 1-3 year old program : Download complete. [Hehe...] 
Modul homeschooling seterusnya [4-6 tahun] : Konsep kenabian dan hadith. Insha Allah...

Berikutan perkongsian di status FB saya beberapa hari yg lalu seperti di atas, saya mendapat maklumbalas seorang rakan untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana dialog setahun yg lalu diucapkan.

Saya pun menyelak semula status lama saya di FB kerana pada masa itu saya hanya kongsikan di wall FB saya saja. Ia berlaku secara spontan sebenarnya ketika saya sedang memandikan Fathi dalam bilik air. Ya, saya ajarkan konsep keTuhanan ini hingga ke bilik air!

Label

#jdtblogger #teambloggerjohor