Jumaat, 21 Disember 2012

Perjalanan seorang surirumah

Soalan yg diterima beberapa hari lalu oleh seorang kawan sekolah dahulu. Maaf kerana mengambil masa yg agak lama kali ini.

Soalan 1 : Bila yg kak dah berubah menjadi ibu yg lebih hikmah berbanding kak dah yang 'dulu' ? (merujuk kpd status kak dah yg baru ni)

Soalan ke 2: Bila dan apa yg mendorong perubahan ini? (wah interview tau). Thank u so much..


Jawapan : Soalan ini sebenarnya agak peribadi. Terharu sebenarnya bila ada orang ingin tahu apa yg sudah berlaku dalam hidup peribadi kita. Maka, saya rasakan ada baiknya saya nyatakan di dalam blog peribadi saya sendiri. Tak semua orang suka membaca kisah hidup orang lain.

Saya rangkumkan saja jawapan bagi kedua-dua soalan ini.

Saya hanyalah seorang surirumah. Ketika semua kawan-kawan seangkatan sudah menempatkan diri dalam bidang profesional masing-masing, saya bertanya diri saya berada di mana? Selalu mendengar orang di sekeliling berkata, "Ruginya kau belajar tinggi tapi tak kerja!" Hingga semasa saya mahu buka buku merah [check up anak ketiga ini] misi di Klinik Kesihatan yg interview saya itu berkata, "Ada kelulusan ijazah apasal awak jadi surirumah je? Sekarang orang semua nak kerja bagus kalau ada ijazah ni."

Walaupun saya tak ambil pusing sangat kata-kata orang yg tidak kenal siapa saya, namun sedikit sebanyak ayat-ayat sebegini kerap dilontarkan kepada orang seperti saya. Saya maafkan tapi ianya cukup terkesan.

Selasa, 18 Disember 2012

Tulisan pertama Fathi.

Lagi 2 bulan Fathi akan masuk 4 tahun. 17 Disember 2012 Fathi dah pandai menulis huruf pertama. Alif Ba Ta! Bukan ABC.. Haha itu saja dulu buat masa ini..

Mula-mula Fathi nak tulis huruf Ya. Tapi Fathi tulis tu satu titik di bawah. Itu Ba! Kemudian, mak suruh Fathi tulis Alif. Fathi cakap tak tahu. Mak beritahu, ala, yang tegak macam pokok tu. Fathi cuba. Betul pun Alif tegak macam pokok!

Lepas dah tulis Alif dan Ba, mak suruh Fathi tulis Ta. Fathi cakap tak tahu. Fathi minta contoh dari flash card tu. Mak tunjuk, inilah Ta! Ta ada 2 mata macam kita. Sekarang Fathi tiru tulisan ni. Fathi cuba perlahan-lahan. Senget pun sengetlah...

Tadaaa! Jadi pun akhirnya Alif Ba Ta... 30 bintang untuk Fathi yeayyy!

Ok, dah belajar menulis, sekarang masa untuk baca buku! Fathi cakap, nak nak nak! [Sebab Fathi nak dapat bintang lagi kannnn...]

Fathi nak baca apa? Fathi ambil sendiri buku apa nak baca.

Tengok-tengok Fathi ambil Kamus Bergambar. Fathi dan Fatihah ikut saja mak membunyikan perkataan yang ada dalam kamus tu sambil berlumba-lumba mencari gambarnya.. [Shhhh, jangan beritahu orang, kita baca buku sambil baring atas katil main senggol-senggol kaki hehe..]

Akhir sekali, Fathi mahu mencuba aktiviti mencari benda yang bukan kumpulannya. Mak beri Fathi mencuba. Mak terangkan. Ini klip kertas, ini stepler, ini laptop, ini gelongsor. Mana 1 yg tak boleh letak atas meja? Fathi tunjuk gelongsor! Sama juga dengan semua. Bunga-bungaan, sayur-sayuran, buah-buahan, haiwan berkaki empat dan barang yg ada dalam rumah, semuanya Fathi dapat jawab dengan betul!

Wah, 30 bintang lagi untuk Fathi!

Fatihah juga dapat 30 bintang sebab ikut baca kamus bergambar dengan abang! Sebutan Fatihah pun terang! Dan Fatihah sama-sama tunjuk apa yang abang tunjuk.

:))) Terharunya mak hari ini! Mak suka dan tambah lagi sayang pada Fathi dan Fatihah sebab rajin menulis dan membaca. Bila kita rajin belajar, kita akan jadi orang yang berilmu, semua orang akan sayang pada kita! ;)

 

 


 

 

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...