Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Mendorong anak cilik mengaji 1

Saya banyak mendapat permintaan untuk mengajar ngaji anak-anak yg masih kecil iaitu sekecil umur 2 tahun. Sejujurnya, saya agak kasihan jika anda menghantar anak sekecil ini untuk pergi mengaji di rumah orang lain.

Sebenarnya usia sekecil ini hanya lebih suka bermain. Sebagai ibubapa, kita tak perlu terlampau memaksanya untuk pergi belajar. Kerana mereka punya masa yg lebih panjang lagi untuk menghabiskan usia mereka dengan belajar selepas ini. Ada baiknya, usia awal sebegini dibiarkan sahaja mereka bermain.

Ya, dengan bermainlah mereka belajar!

Perjalanan seorang surirumah

Soalan yg diterima beberapa hari lalu oleh seorang kawan sekolah dahulu. Maaf kerana mengambil masa yg agak lama kali ini.

Soalan 1 : Bila yg kak dah berubah menjadi ibu yg lebih hikmah berbanding kak dah yang 'dulu' ? (merujuk kpd status kak dah yg baru ni)

Soalan ke 2: Bila dan apa yg mendorong perubahan ini? (wah interview tau). Thank u so much..


Jawapan : Soalan ini sebenarnya agak peribadi. Terharu sebenarnya bila ada orang ingin tahu apa yg sudah berlaku dalam hidup peribadi kita. Maka, saya rasakan ada baiknya saya nyatakan di dalam blog peribadi saya sendiri. Tak semua orang suka membaca kisah hidup orang lain.

Saya rangkumkan saja jawapan bagi kedua-dua soalan ini.

Saya hanyalah seorang surirumah. Ketika semua kawan-kawan seangkatan sudah menempatkan diri dalam bidang profesional masing-masing, saya bertanya diri saya berada di mana? Selalu mendengar orang di sekeliling berkata, "Ruginya kau belajar tinggi tapi tak kerja!" Hingga semasa saya mahu buka buk…

Tulisan pertama Fathi.

Lagi 2 bulan Fathi akan masuk 4 tahun. 17 Disember 2012 Fathi dah pandai menulis huruf pertama. Alif Ba Ta! Bukan ABC.. Haha itu saja dulu buat masa ini..

Mula-mula Fathi nak tulis huruf Ya. Tapi Fathi tulis tu satu titik di bawah. Itu Ba! Kemudian, mak suruh Fathi tulis Alif. Fathi cakap tak tahu. Mak beritahu, ala, yang tegak macam pokok tu. Fathi cuba. Betul pun Alif tegak macam pokok!

Lepas dah tulis Alif dan Ba, mak suruh Fathi tulis Ta. Fathi cakap tak tahu. Fathi minta contoh dari flash card tu. Mak tunjuk, inilah Ta! Ta ada 2 mata macam kita. Sekarang Fathi tiru tulisan ni. Fathi cuba perlahan-lahan. Senget pun sengetlah...

Tadaaa! Jadi pun akhirnya Alif Ba Ta... 30 bintang untuk Fathi yeayyy!

Ok, dah belajar menulis, sekarang masa untuk baca buku! Fathi cakap, nak nak nak! [Sebab Fathi nak dapat bintang lagi kannnn...]

Fathi nak baca apa? Fathi ambil sendiri buku apa nak baca.

Tengok-tengok Fathi ambil Kamus Bergambar. Fathi dan Fatihah ikut saja mak membunyikan perkataan y…

Spinal Tumor part 2

Sambungan daripada sebelum ini.

Keesokan paginya (Jumaat) saya banyak mendapat respon daripada sahabat-sahabat suami. Banyak yang mendoakannya dan ada juga yang terus mahu mengumpul duit untuk sedikit sumbangan (cuma saya tak berikan no akaun saya kerana suami hanya senyap ketika saya minta keizinannya, maaf ya).

Sejujurnya, apa yang saya kongsikan di FB itu hanyalah untuk memohon doa dari yang jauh mahupun dekat supaya ia menjadi kekuatan kepada saya mahupun suami sendiri. Di samping ahli keluarga sendiri, saya yakin kawan-kawan adalah sumber yang paling mujarab untuk memperoleh doa yang makbul. Saya amat terharu dengan respon yang diberi. Doa, kata-kata semangat, lawatan juga usaha untuk mengumpul sedikit dana itu amat membuatkan saya terharu. Tidak sangka suami mempunyai sahabat-sahabat yang amat baik dan prihatin.

Sebenarnya, satu hari itu kalau boleh saya tak mahu berenggang dengan suami di hospital. Saya mahu berada di sisinya sebelum dia masuk ke dewan bedah selepas solat Juma…

Menjadi Surirumah Mukmin yang Profesional

Nota awal : Tulisan ini sudah lama menjadi draf sebelum kejadian suami saya disahkan Spinal Tumor. Sudah lama blog ini sunyi. Tulisan ini tidak diedit. Harap mesej utama dapat disampaikan dengan baik ke dalam jiwa para pembaca sekalian.


.


Bekerja di rumah 24 jam bersama anak-anak punya cabarannya tersendiri. Hinggakan sedang bersolat pun terpaksa 'menjaga' anak. Teringat saya kepada satu ceramah Ustaz Don yang saya dengar di tv. Tak pasti apa tajuknya. Katanya, "Ketika kita sedang bersolat, dibolehkan untuk kita memberhentikan solat atas dua sebab 1) Ada orang datang beri salam. 2) Cerek kat dapur dah berbunyi.

Ia adalah ketumbuhan tulang belakang (Spinal Tumor)

Sudah sebulan saya tidak dapat menulis apa-apa di sini. Melihatkan entri terakhir saya tulis adalah mengenai suami dan anak-anak. Saya tak pernah bercerita mengenai suami kerana suami saya sendiri tak berapa suka untuk dijadikan bahan cerita. Hatta, jika kerap saya bercerita tentang anak-anak juga suami minta dihadkan. Betapa besarnya kuasa Allah menggerakkan hati saya untuk mencoret sedikit peristiwa yang sudah berlaku itu di sini. Rupa-rupanya adalah sebagai catatan untuk saya renung kembali tanda-tanda terakhir sebelum suami jatuh sakit dan perilaku terakhir anak-anak dapat bermanja-manja dengan abahnya.

SAKIT BELAKANG

Sebenarnya, suami sudah lama mengadu sakit di pinggang dan belakangnya hingga sekitar pahanya menjadi tegang dan sukar untuk berjalan. Pernah sekali apabila datang sakitnya itu dia mengesot (bukan merangkak tapi MENGESOT) pergi ke bilik air selain dari berbaring sahaja. Untuk meredakan sakit, dia akan berbaring dan tidur dalam jangkamasa sehari suntuk. Kebiasaannya,…

Ragam-meragam

Rupa-rupanya menjadi ibu yang 24 jam bersama anak-anak mempunyai risiko-risiko tertentu.

1. Lambat mesra dengan orang yang tak dikenali. Semasa Fathi kecil, apabila balik kampung (Kelantan) paling lama masa diambilnya untuk 'panas enjin' sekitar 24 jam atau paling lama dalam dua hari. Kemudian, Fathi tak kesah pun dengan siapa. Dia tak kesah ikut nenek dia pergi ke rumah jiran sebelah atau ikut Tokcik dia berjalan-jalan tengok lembu atau ikut maksu ida dia ke kedai. Sebaliknya, Fatihah agak lebih lama pula! Sudah satu minggu di kampung pun nenek dan tokciknya tak boleh jamoh pun! Hmmm, hatta dengan sesiapa pun langsung taknak! Asyik melekat pada saya atau abahnya. Nak buat kerja rumah pun ke hulu ke hilir kena pegang dia.

Mungkin sedikit masa lagi Fatihah akan berubah..

Anak

Entri ini sebenarnya mahu ditulis sempena Hari Ibu tapi sudah terlepas tarikhnya pula. Tak kisahlah tu. Setiap masa juga kita harus tetap menyayangi dan menghargai jasa ibu kita. Setuju?

Mengapa pula Hari Ibu saya bercakap tentang anak? 
Kerana anak adalah cermin ibu atau ayahnya. Apa yang keluar pada anak begitulah yang ada pada ibu atau ayahnya.
Kadangkala, bukan kadangkala, selalunya anak-anak kita punya sikap-sikap tertentu yang sangat menjengkelkan pada setiap hari dan setiap masa. Itu sudah pasti. Tapi, jika anak seorang masih boleh dikawal lagi. 
Jika anak-anak kita rapat usianya dan semuanya masih dalam umur 7 tahun ke bawah, para ibu akan mendapati sikap-sikap anak yang ada saja membuatkan kita meninggikan suara, mencubit sana sini (sebagai alternatif dari memukul), mengejar dan lain-lain reaksi spontan lagi hanya dalam beberapa jam setiap hari. 
Pernah sekali suami mengambil alih tugas saya hanya untuk beberapa minit saja dan dia sudah menarik muka masam dengan anak. 

Lollychoc Flower Bouquet

Maaflah, saya agak sibuk kebelakangan ini hingga tak sempat update blog kesayangan saya di sini..

Dalam sebulan yang lalu saya agak sibuk memulakan 2 cawangan perniagaan saya.

BusanaSURI

Telur Pindang Mak Mah

** Sila like ya. Terima kasih..

Jadi, secara santai dan bahan yang agak ringan saya ingin kongsikan buah tangan terbaru saya. Dah lama design benda ni dalam kepala. Nasib baik adik saya 'memaksa' saya untuk buat coklat untuk dihadiahkan kepada kawannya.. Dengan cara itu saja saya kebiasaannya akan terdorong untuk merealisasikan benda yang dah berlapok dalam kepala ini. Kesimpulannya, sesiapa yang nak beri hadiah atau apa saja tujuan yang sesuai dengan lollychoc flower bouquet ini, bolehlah 'on' kan saya bila-bila masa yang dikehendaki ok.




Dari pandangan mata...

Apabila kita berbeza pendapat, ia sebenarnya adalah mengenai bagaimana kita melihat sesuatu dengan cara berbeza.

Saya ambil contoh yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Isu PTPTN.

Abaikan samada PTPTN harus dimansuhkan atau tidak.

Abaikan samada perlu pendidikan percuma atau tidak.

Tumpukan kepada sistem PTPTN itu sendiri.


Ibarat sebatang pokok yang sangat besar dan berdaun lebat yang tumbuh di tepi jalan berdekatan rumah seseorang. Ia sangat rendang dan nyaman apabila orang ramai berhenti di bawahnya seketika agar tidak panas dek sinar mentari. Ia juga memberi pertolongan dengan khasiat dari daunnya dan buahnya yang tumbuh dari pokok itu yang membolehkan orang ramai mengambil kebaikan daripadanya. Ia juga kadangkala menjadi tempat persinggahan sementara kepada orang awam yang melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti maksiat di malam hari atau pertukaran jual beli haram di bawah pokok yang sangat rimbun itu kerana terlindung dan tidak nampak dek orang ramai. Namun, apabila …

Best tak kerja dari rumah?

Gelagat anak-anak saya ketika bermain dan sesudah bermain. -------------------------------------------------------------------
Apabila seorang junior sekolah saya baru-baru ini menanyakan soalan ini (kerana katanya dia sedang memikirkan untuk berhenti kerja memandangkan sudah mengandung anak kedua dan akan lebih banyak kos ke rumah pengasuhan kelak iaitu 2orang = RM 600) saya mengimbau semula 4 tahun kerjaya saya sebagai surirumah dan membuat perniagaan sampingan dari rumah.

Perkembangan terbaharu. BusanaSURI.

Buat masa ini saya tak dapat menulis buah fikiran terbaru di sini. Sebenarnya, saya agak sibuk dengan kerja-kerja menyiapkan kedai baju maya saya yang pertama. Busana suri. Rebranding baru bagi Butik Suri.

Asalnya baju-baju ini adalah perniagaan ibu saudara saya, Puan Suria Kassim. Kini, beliau ingin menjual butiknya dengan harga RM 50k. Jika ada sesiapa berminat bolehlah beritahu saya ya. Dan saya membuka kedai baju maya ini adalah sebahagian usaha saya untuk merancakkan lagi 'title' saya sebagai usahawan. Lagipun, baju-bajunya cantik-cantik belaka! Saya tolong promosikan jelah..

Sebagai tanda sokongan anda yang mengenali saya melalui penulisan di [khadijahgani.blogspot.com] ini silalah 'like' fan page busanasuri dan 'share' kedai baju maya saya yang baru dilancarkan ini ya!

http://busanasuri.blogspot.com

Juga fan page di facebook taip [busanasuri].. Semuanya masih dalam proses pembikinan dan penambahbaikan lagi. Akan ada upgrading dari masa ke masa. Mungkin a…

Nilai menjadi ibu ayah.

Menjadi ibubapa yang baik seterusnya dapat membentuk satu keluarga yang penuh dengan kasih sayang dan mempunyai ketenangan merupakan impian semua ibubapa di dunia. Agak-agak ada tak orangtua yang berfikir, biarlah apapun nak jadi dengan anak aku ni. Asalkan dia cukup makan pakai dah memadai.

Persoalan utama. Bagaimana keluarga yang harmoni ini dapat dibentuk jika tunggak utamanya tidak terbentuk terlebih dahulu? Adakah ia boleh terbentuk dengan sendirinya tanpa berbuat apa-apa mahupun tanpa sebarang usaha? Ataukah harus berfikiran begini. 'Aku dulu pun bukan baik sangat nak didik anak jadi baik pulak hipokritnya aku!'. Hanya kerana masa silam kita yang tidak baik maka hari muka kita juga tetap akan menjadi seperti diri kita yang tak mampu berubah menjadi baik walaupun status sudah bertukar menjadi seorang ibu?

Benarlah apa yang Islam gariskan. Jika mahukan penyambung zuriat kita yang baik maka pilihlah ibunya yang baik terlebih dahulu.

Persoalan utama, adakah semestinya hanya…

Fathi 3 tahun hari ini.

Alhamdulillah. Sudah 3 tahun Fathi dipinjamkan oleh Allah s.w.t. untuk saya dan suami. Tak tahu berapa lama lagi Allah memberi pinjaman ini kepada saya. Bila-bila masa saya atau dia atau sesiapa sahaja boleh diambil semula oleh Allah yang menciptakan kita. Tidak dicepatkan tidak pula dilambatkan.

Mengingati hari kelahirannya adalah suatu detik yang sangat indah walaupun sakit. Betapa semua kesakitan itu sebenarnya sangat indah untuk dikenang.

Mula-mula ingat nak tulis pasal Fathi dan betapa cerewetnya dia tentang makanan dan revolusi pemakanannya sepanjang 3 tahun ini. Tapi bila selak balik album lama kat facebook tu fikir nak tukar cerita la pulak. Takyah tulis panjang-panjang. Mengenang kembali revolusi tumbesaran dan perkembangan Fathi. Bab makanan tu nanti saya akan kongsikan di lain waktu ya.

Jadi, silakan tersenyum! :)
















Coklat ada sepanjang masa.

Untuk makluman semua, walaupun saya tak banyak update entri tentang coklat tak bermakna saya tak buat coklat lagi. 
Coklat saya ada dijual di Jusco Taman Universiti setiap hari sepanjang masa tanpa cuti. Anda boleh masuk melalui pintu Jusco yang belakang sekali berdekatan KFC, PizzaHut dan tempat mainan kanak-kanak yang bertoken itu. Kemudian ke hadapan sedikit menuju ke tangga bergerak. Betul-betul sebelum tangga bergerak anda akan nampak booth ini. 
Namanya di atas tertulis TAQWA CEMERLANG. Menjual banyak kuih-muih tradisional, kerepek, dan bahulu sedap fresh masak di situ. Di hadapannya adalah kedai Lovely Lace dan Poh Kong. 
Tempat lelaki berbaju oren itu berdiri adalah tempat coklat saya dipamerkan. Nampakkan bekas yang kecil-kecil itu? Tinggal satu saja lagi coklat dalam bekas kecil ini yang mengandungi 30 biji coklat campuran. Dan yang ada setiap hari adalah lollychoc dan chocbar yang dipamerkan di bahagian tepi.

Mengandung anak luar nikah?

Nota : Pengalaman saya berjumpa dan menolong seorang remaja terlanjur adalah pengalaman yang harus saya kongsikan bersama agar ia menjadi iktibar buat semua. Apa yang tidak boleh saya lupakan di mana setelah dia melahirkan, anak luar nikah tersebut terpaksa ditinggalkan di wad NICU berikutan masalah jantung yang mengembang. Sepanjang bayi yang tidak dapat disusukan seperti biasa, remaja ini mengalami bengkak susu yang sangat teruk tapi tidak diketahui olehnya juga ibunya. Betapa bengkak susu itu sangat menyeksakan bagi ibu selepas melahirkan, percayalah, menjadi seorang ibu harus punya banyak informasi. Akhirnya, genap 14 hari anak luar nikah ini meninggal dunia. Boleh baca kisahnya di sini. 

Berikutan pengalaman berharga ini saya terinspirasi untuk membuka pusat perlindungan remaja terlanjur dan anak terbuang satu hari nanti. Doakan saya.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian di sini bermanfaat untuk mereka yang sedang tercari-cari jalan yang benar apabila sudah terlanjur.

Apa yang p…

Terhenti di persimpangan.

Sejak akhir-akhir ini saya ditemukan dengan suatu peristiwa yang agak sukar untuk saya hadam. Sepanjang hidup saya yang baru menginjak 30 tahun ini, saya terpilih untuk melalui peristiwa sebegini untuk saya belajar dan menghadam sesuatu di sebaliknya. Sesuatu yang sangat berat untuk saya fahami. Kerana itu saya terhenti agak lama untuk memahaminya dan gagal menulis apapun di sini seperti biasa. Ianya sangat besar dalam hidup saya. Saya nukilkan di sini agar menjadi pedoman dan peringatan kepada kita semua khususnya kepada remaja perempuan yang bakal melangkah ke alam wanita sebenar agar peliharalah darjatmu~

KETERBUKAAN DALAM TERTUTUP, TERTUTUP DALAM KETERBUKAAN

Saya suka menonton rancangan 'Born in every minutes' di Biochannel astro @ 731.. Saya suka melihat gelagat ibu-ibu melahirkan di sebuah hospital dan melihat betapa sibuknya misi dan doktor melayan gelagat ibu mengandung serta menyambut kelahiran bayi di setiap jam dan minit. Kebiasaannya sudah pasti pasangan yang suda…

Hydrocele & Fathi episod akhir.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Sebenarnya saya agak tak sangka dengan perubahan Fathi. Selepas pembedahan pertama awal tahun lepas, Februari 2010, Fathi ok saja sehinggalah selepas sebulan pembedahan yang sebelah lagi membengkak pula. Oleh kerana saya sudah dimaklumkan awal yang 70% hidrosil akan jadi semula untuk di sebelahnya maka saya tak terkejut. Namun, saya nekad untuk tak mahu membedah lagi untuk kali keduanya.

Pada mulanya saya terpaksa akur apabila yang sebelah kiri itu semakin besar macam dulu di sebelah kanannya. Saya sudah mengumpul duit untuk buat pembedahan kali kedua (jika terpaksa). Tapi, keajaiban terjadi. Saya hanya berdoa dan berusaha mengikut ilmu yang saya ada ini secara lebih konsisten (istiqamah setiap hari) dan lebih relaks (sangat berharap tapi tak tunggu, tak soal-menyoal dan tak ternanti-nanti bila nak sembuh). Maka, saya lebih berserah dan berbaik sangka atas rahmat Allah (usaha/produk hanyalah sebagai alat/asbab untuk membuktikan saya manusi…