رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh

وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian

وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa

(Surah ash-shua'ra)

Ahad, 24 April 2011

Coklat Bar Kecil

April 24, 2011 0 Comments




Ini adalah permintaan terbaru untuk Coklat Bar. Mahukan yang lebih murah, lebih kecil dan ringkas. Coklat bar mini ini boleh juga dibuat dalam beberapa perisa ataupun warna (jika mahu).

1. Biasa + crunched wafer = 80 sen/kpg.

2. Dark choc + crunched wafer = 80 sen/kpg.

3. White choc (plain) = 80 sen/kpg.

4. Koko Pops (crispy) = RM 1/kpg.


Untuk tempahan 100 ke atas, less 10 sen.
Untuk tempahan 150 ke atas, less 15 sen.
Untuk tempahan 200 ke atas, less 20 sen!






Nipis. Senang dimakan. Ringkas. Murah. Sedap. Saya rasa boleh juga dibuat doorgift untuk majlis perkahwinan atau apa juga acara. Lebih comel!

Ada orang tak suka coklat yang tebal-tebal. Nak-nak ada warna-warni lagi! Sesetengah orang tak begitu menyukai coklat yang berwarna yang sangat cerah. Takut nak makan katanya.


Sesetengahnya pula suka jika ada warna sedikit. Nampak lebih ceria untuk dihadiahkan kepada orang lain.


Jadi, saya menghasilkan coklat berdasarkan apa yang menjadi kesukaan orang itu.

Dan ini adalah citarasa saya. Hadiah kejutan untuk belated birthday suami yang disayangi lagi dicintai. Kalau tak, saya nak buat kejutan ini pada 15 April haritu tapi saya jatuh sakit secara tiba-tiba pula, tak larat langsung membuatnya. Hari ini baru tercapai hasrat saya.

Suami saya adalah peminat coklat saya no.1! Setiap hari pasti bertanya jika ada coklat lebih. Jika saya terlupa 'simpankan' untuk dia sedikit, nanti panjanglah muncungnya! Sejak saya buat coklat sendiri, suami dah taknak beli coklat di kedai-kedai kerana 'rasanya' sangat jauh berbeza. Dan bukan citarasanya lagi.. ;)))

Nota : Di dalam kotak ini ada 8 biji Strawberry Choc.


Rabu, 20 April 2011

Ibrah sakit.

April 20, 2011 0 Comments

Saya memang kurang membaca sejak menamatkan pengajian dulu. Tapi suami saya seorang 'kaki buku'. Buku terbaru dia habis baca ketika di dalam keretapi untuk ke KL ialah "Maryamah Karpov". Kesinambungan cerita "Laskar Pelangi". Oleh sebab itu, saya akui kekurangan tatabahasa saya yang agak lemah daripada tatabahasa suami.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya : Pagi tadi melawat 'sepupu' bersalin. Masa datang tu dia tengah mengurut. Lepas habis tu, saya berbual panjang dengan makcik urut tu. Banyak jugak kisah sedih dia. Dari kisah dia lumpuh masa mengandungkan anak ke-6 lah sampai dia sihat walafiat balik walaupun anak dia sindrom down. Anak dia tu betul-betul istimewa! Macam-macam yang dia lalui. Dia kata sebab nak dapat ilmu. Kan orang tua-tua percaya, kalau kita nak dapat 'sesuatu' tu ujiannya mesti ada. Apalagi nak dapat ilmu yang tinggi!

Suami : Hmmm...

Saya : Pastu, tiba-tiba mak suruh makcik tu urutkan Fathi ni. Saya pun 'redha' jelah. Dia cakap, nama Fathi ni kena tukor. Nama dia tak kena. Kena tukor masa sakit je.. Dia cadangkan bagi nama nabi ke-2. Idris. Dia cakap, nabi Idris tak mati. Dia doa untuk masuk syurga, Allah angkat dia ke syurga macam nabi Isa. Dia tanya saya betul tak? Saya cakap kurang pasti pulak cerita versi tu. Balik tadi tanya abah, abah cakap itu cerita Israilliyyat jek.. Dia banyak sangat baca buku Israilliyyat kot.

Suami : Hmmm...

Saya : Pastu, dia cakap la jangan bagi Fathi makan benda-benda sejuk. Tu yang buah dia besor sebelah. Jangan sentuh langsung jantung pisang. Banyak jugaklah pantangnya! Pastu, air sejuk pun tak boleh bagi! Padahal, saya tak cerita lagi bab budak-budak ni mandi ais dari kecik.

Suami : Kalau makan nasi yang dah masak lama pastu simpan kat dalam peti sejuk tu memang la tak bagus. Bagi sesiapa pun memang tak bagus dah untuk dimakan. Kalau sebab bagi ais tu penyebabnya, kalau macam tu kawan saya yang anak dia kena jugak hydrocele tu tak bagi sentuh ais langsung, dari kecik mandi air panas, minum susu panas pun boleh kena jugak, macamana tu?

Saya : Awak memang tak percayakan cara tradisional langsung ke?

Suami : Kalau dia ada ilmu tu, kita percaya itu baik untuk dialah. Kita ada ilmu lain kenalah ikut ilmu kita. Bukan taknak ikut cakap orang tua.. Masalahnya orang sekarang ni, dua-dua ilmu pun takde! Ilmu tradisional pun takde, ilmu moden pun takde. Main ikut membuta-tuli aje! Lepas tu sakit, kejap sana, kejap sini.

Saya : Abis, macam ngurut ni? Saya tengok makcik tu urut Fathi ni ada perubahan. Dia tunjuk kat saya urut macamana, kat mana kena tekankan, dia suruh urut tiap hari lepas mandi. Siap dia boleh 'rasa' lagi kat mana Fathi rasa sakit tuh. Sepanjang dia urut Fathi tu saya perati betul-betul.. Sama jek macam saya urut Fathi masa dia kecik-kecik dulu. Tetiba saya insaf. Saya cakap kat diri saya. Macamana orang lain boleh rasa 'kesakitan' anak yang saya lahirkan sendiri? Macamana saya boleh terlepas pandang, saya berhenti urut Fathi lepas dia masuk 1 tahun dulu padahal dia masih lagi kecik. Saya dah fikir dia dah besar! Saya rasa alangkah baiknya, kalau mak sendiri yang dapat urut anak-anak tiap hari. Dengan tangan mak sendiri dapat jugak rasa di mana 'kesakitan' anak tu walaupun hentam keromo je. Saya lebih percaya pada bonding mak-anak yang dilahirkan sendiri daripada orang lain punya 'bonding' yang kita tak tahu dari mana datangnya. Lepas tu saya terus nekad nak urut Fathi tiap-tiap hari lepas mandi macam dulu-dulu lepas dia lahir. Salah saya sebab abaikan dia. Saya tengok sekarang pun ada perubahan. Saya taknaklah percaya disebabkan 'urutan magik' yang makcik tu buat sebabkan Fathi sembuh. Saya tahu itu semua salah satu cara Allah nak ingatkan saya semula tentang apa yang saya dah abaikan lepas macam-macam cara saya dah cuba. Rupa-rupanya, dengan urutan je, berbual dengan Fathi, usap-usap lepas mandi dah cukup beri dia 'kepanasan' untuk buang semua yang sejuk. Yang lebihnya kerja Allah nak sembuhkan anak kita atau tak. Saya rasa ada bagusnya jugak saya jumpa makcik tu.

Suami : Ibrah tu ada kat mana-mana je. Boleh jugak datang daripada sesiapa je. Yang pentingnya, kita jangan ambil kata-kata seseorang tu secara literally.. Tu je.

------------------------------------------------------------------------------------------------
That's the word!

IBRAH.... (Perkataan yang saya tahu, dah lama tahu tapi tak terlintas langsung penggunaannya..)

Ya, saya merasakan yang saya masih lagi seorang yang naif.

Isnin, 11 April 2011

Coklat Bar Baru

April 11, 2011 0 Comments

Aktiviti saya yang terbaru adalah membuat coklat bar ini sebanyak yang mungkin. Sekarang saya telah cuba meletakkan coklat bar saya ini di booth kecil berhadapan dengan Lovely Lace di JUSCO Taman Universiti, Skudai. Boothnya kecil saja yang ada menjual kuih muih tradisional dan bahulu juga.

Asalnya di situ mak meletakkan telur pindang atas permintaan tuan punya kedai. Oleh kerana mak kenal tuannya jadi mak cakap dengan dia tentang coklat ini dan tuannya amat baik hati untuk bersetuju memberikan saya sedikit ruang untuk coklat saya ini.


Ada beberapa jenis coklat bar. Yang di atas ini coklat bar biasa. Ada juga coklat bar 'Dark Choc Only'. Ikut permintaan. Untuk lebih berkhasiat coklat bar ini saya letakkan 'Olive oil inside'.

Saya lebih suka untuk menaburkan sedikit bahan yang sedap yang lain di dalamnya untuk memberikan kelainan daripada coklat lain.

Yelah, buat coklat ni semua orang boleh buat coklat. Tapi saya ada terfikir apa yang akan membuatkan saya berbeza dengan coklat orang lain? Jadi, saya perlu membuat kelainan pada 'rasa' coklat saya ini.

Jadi, jika anda lihat tidak ada sticker kecil di tepinya samada 'Olive oil inside' atau 'Dark Chocolate' atau 'With Choco Pops' itu bermaksud coklat itu coklat yang biasa iaitu dengan pecahan w____ saja. Mungkin selepas ini saya akan buat coklat bar 'With peanuts' pula. Saya akan cuba mencari masa. Harap bersabar ye!

Manakala, yang di bawah ini pula coklat bar choco pops. Bolehlah dipanggil juga coklat bar Crispy. Yang ini sudah tentu lain disebabkan choco pops ini saya letakkan banyak di dalam coklatnya. Yang ini banyak permintaannya di YPJ. Sedap dan rangup! (Oh ya, selain JUSCO boleh juga didapati di Koperasi YPJ di Ungku Mohsin tu a.k.a tempat kerja adik saya, Wahidah Gani.)


Setelah beberapa minggu berurusan, inilah hasil pertama pakaging coklat saya! :)

Saya lebih suka yang simple dan menarik.

Jika anda berjalan-jalan di JUSCo Taman U dan ternampak sampul sebegini di booth kecil itu, silalah membelinya. Cuba rasa orang kata! Saya janji, apa yang anda rasa memang tak dapat 'rasa' yang sama pada coklat-coklat lain yang ada di pasaran.. Konfem! Double confirm!! ;)





Sabtu, 2 April 2011

Indahnya menjadi wanita.

April 02, 2011 0 Comments




Minggu lepas, kami jalan-jalan ke jemputan kahwin di Muar. Encik suami tak dapat ikut sebab kena siapkan kerja 'hujung minggunya' itu dengan segera. Saya, anak-anak (Fathi 2 tahun dan Fatihah 9 bulan), mak, abah dan adik selaku drebar yang terhormat saja dalam satu kereta hari itu.

Sepanjang perjalanan Fatihah tidur sekejap saja lepas tu dia terbangun dan bermain-main dengan ligatnya. Abangnya, Fathi walaupun tak tidur tapi reti duduk diam tak memanjat-manjat dalam kereta. Kadang-kadang ke depan (duduk dengan atok), kadang-kadang duduk di belakang (tengah di antara neneknya dengan maknya).

Saya pegang Fatihah. Tapi, macam-macam stunt dia buat! Berebut mainan dengan Fathi, panjat perut saya untuk capai pemegang tangan yang kat atas kereta tulah, golek-golek sesuka hati dialah, nak merangkak sambil parking bontot sesuka hatilah (ni kereta la Tiha oii, bukan lantai rumah nenek..) Tak termasuk melentokkan badannya dengan sendiri ke belakang sebagai cara dia 'bergurau'. Bak kata mak mertuaku, "Tutah-tutah rupo ude!"

------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya : Aduyai Tiha, cubalah duduk diam-diam sikit Tiha.. Kalau macamni macamanalah kang balik Kelantan raya ni kang. Awal-awal lagi dah tunjuk ligat ngalahkan abang nih.. Ni baru 2 jam.. Camna la kang 14 jam dalam kereta ni kang... Penatlah mak camni Tiha...

Mak : Biasalah ada budak kecik memang camni. Camna kakak-kakak ipar kamal dulu masa anak-anak kecik balik Kelantan? Sama jugaklah kan.

Saya : Kamal cakap dulu masa budak-budak tu kecik-kecik, masa tu diorang tengah susah. Balik Kelantan pun jarang-jarang. Masa tu anak-anak dah besor sikit.

Abah : Kenalah sabar. Jaga anak ni kan jihad. Allah jadikan perempuan ni yang paling bertuah. Asalkan dia sabar, taat pada suami, jaga anak-anak, hormat orang tua dah boleh dapat masuk syurga pintu mana yang dia suka. Senang je perempuan ni dapat pahala jihad. Orang lelaki kena keluar rumah untuk berjihad. Tapi, perempuan duduk dalam rumah je jaga, sabar dengan anak-anak dah dapat jihad. Kan untung tuh!

Saya : Ermmmm....

--------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang, kita selalu merungut dan sentiasa merungut penat sehingga boleh ke tahap marahkan anak disebabkan kerenah dan perangai mereka yang pelbagai dan meletihkan. Apalagi jika anak-anak yang rapat sebegini. Anak rapat ni (setahun satu) memang meletihkan..

Rupa-rupanya kita terlupa bahawa melalui anak-anak ini Allah sedang mengajar kita. Mendidik kita tentang erti sabar dan ikhlas. Kita dapat menjawab soalan sebegini di atas kertas peperiksaan di suatu ketika dahulu. Tapi, apa yang kita tulis itu tidak pernah kita fahami ertinya yang sebenar. Sehinggalah kita diuji.

Ya, rumahtangga, suami, anak-anak adalah universiti terbesar untuk kita 'melanjutkan' pelajaran untuk naik ke tahap seterusnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Abah : Adoi Tiha, atok pegang Tiha tak sampai 5 minit ni pun atok dah separuh nyawa ni Tiha... Nasiblah mak Tiha....

-------------------------------------------------------------------------------------------------



Label

#jdtblogger #teambloggerjohor