Sabtu, 2 April 2011

Indahnya menjadi wanita.





Minggu lepas, kami jalan-jalan ke jemputan kahwin di Muar. Encik suami tak dapat ikut sebab kena siapkan kerja 'hujung minggunya' itu dengan segera. Saya, anak-anak (Fathi 2 tahun dan Fatihah 9 bulan), mak, abah dan adik selaku drebar yang terhormat saja dalam satu kereta hari itu.

Sepanjang perjalanan Fatihah tidur sekejap saja lepas tu dia terbangun dan bermain-main dengan ligatnya. Abangnya, Fathi walaupun tak tidur tapi reti duduk diam tak memanjat-manjat dalam kereta. Kadang-kadang ke depan (duduk dengan atok), kadang-kadang duduk di belakang (tengah di antara neneknya dengan maknya).

Saya pegang Fatihah. Tapi, macam-macam stunt dia buat! Berebut mainan dengan Fathi, panjat perut saya untuk capai pemegang tangan yang kat atas kereta tulah, golek-golek sesuka hati dialah, nak merangkak sambil parking bontot sesuka hatilah (ni kereta la Tiha oii, bukan lantai rumah nenek..) Tak termasuk melentokkan badannya dengan sendiri ke belakang sebagai cara dia 'bergurau'. Bak kata mak mertuaku, "Tutah-tutah rupo ude!"

------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya : Aduyai Tiha, cubalah duduk diam-diam sikit Tiha.. Kalau macamni macamanalah kang balik Kelantan raya ni kang. Awal-awal lagi dah tunjuk ligat ngalahkan abang nih.. Ni baru 2 jam.. Camna la kang 14 jam dalam kereta ni kang... Penatlah mak camni Tiha...

Mak : Biasalah ada budak kecik memang camni. Camna kakak-kakak ipar kamal dulu masa anak-anak kecik balik Kelantan? Sama jugaklah kan.

Saya : Kamal cakap dulu masa budak-budak tu kecik-kecik, masa tu diorang tengah susah. Balik Kelantan pun jarang-jarang. Masa tu anak-anak dah besor sikit.

Abah : Kenalah sabar. Jaga anak ni kan jihad. Allah jadikan perempuan ni yang paling bertuah. Asalkan dia sabar, taat pada suami, jaga anak-anak, hormat orang tua dah boleh dapat masuk syurga pintu mana yang dia suka. Senang je perempuan ni dapat pahala jihad. Orang lelaki kena keluar rumah untuk berjihad. Tapi, perempuan duduk dalam rumah je jaga, sabar dengan anak-anak dah dapat jihad. Kan untung tuh!

Saya : Ermmmm....

--------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang, kita selalu merungut dan sentiasa merungut penat sehingga boleh ke tahap marahkan anak disebabkan kerenah dan perangai mereka yang pelbagai dan meletihkan. Apalagi jika anak-anak yang rapat sebegini. Anak rapat ni (setahun satu) memang meletihkan..

Rupa-rupanya kita terlupa bahawa melalui anak-anak ini Allah sedang mengajar kita. Mendidik kita tentang erti sabar dan ikhlas. Kita dapat menjawab soalan sebegini di atas kertas peperiksaan di suatu ketika dahulu. Tapi, apa yang kita tulis itu tidak pernah kita fahami ertinya yang sebenar. Sehinggalah kita diuji.

Ya, rumahtangga, suami, anak-anak adalah universiti terbesar untuk kita 'melanjutkan' pelajaran untuk naik ke tahap seterusnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Abah : Adoi Tiha, atok pegang Tiha tak sampai 5 minit ni pun atok dah separuh nyawa ni Tiha... Nasiblah mak Tiha....

-------------------------------------------------------------------------------------------------



Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...