Jumaat, 25 Mac 2011

Strawberry white chocolate


Ini adalah beberapa tempahan yang telah dibuat. Dah lama terperap dalam handfon ni tak sempat upload. Ini hanya yang biasa-biasa saja. Silalah cuci mata.

Untuk 16 biji begini = RM 22.50



Ini gabungan coklat biasa dan strawberry coklat. Kali ni saya telah mencuba salut dengan white choc pula... Hmmm, rasanya agak best juga! Fathi belasah kesemuanya.. Siap bawak mangkuk yang berisi strawberry ni semua ke depan dan makan sorang-sorang.. Tinggal sebiji je untuk saya rasa.. huhu... Boleh tahanlah!


Maaflah.. Tidak semua tempahan yang saya buat akan dimasukkan ke dalam blog ini. Mana yang sempat saja. Ada juga yang saya dah buat tapi tak sempat nak ambil gambarnya terus saja dihantar ke tuan ordernya. Macam tempahan coklat edible image (untuk majlis perkahwinan di singapore) serta lolichoc yang banyak (peach-putih) haritu. Agak cantik juga warna begitu. Jadi, harap maklum sajalah ye.. Mana yang saya ingat dan sempat sajalah. ngehehe... ;)

Sekarang, saya dalam proses menaik taraf pakaging coklat bar saya. Akan diletakkan di jusco taman universiti tidak lama lagi.. (Di booth kecil dekat dengan KFC tu). Mungkin juga akan diletakkan coklat yang dah siap hias. Tengoklah nanti. Ikut kemampuan dari semasa ke semasa.


Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...