Sabtu, 12 Februari 2011

Hydrocele (Hidrosil)



Khamis lepas Fathi selamat buang hidrosilnya. Di Hospital Pakar Puteri Johor. Tu pun disebabkan saya tukar fikiran. Jika tidak sebenarnya jadual pembedahan tu di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Sebenarnya rasa bersalah juga sebab tak beritahu HSA saya sudah berubah fikiran bawa anak ke tempat lain. Bukan apa. Sepatutnya Fathi kena admit wad di HSA pada 8/2 dan jumpa pakar bius sekali. 9/2 baru dijadualkan pembedahan tu. Masalahnya:
1. Saya memang tak boleh teman Fathi jika masuk wad sebab Tiha masih nyusu badan.
2. Saya juga tak boleh tinggalkan Tiha. Pernah juga tinggal-tinggalkan Tiha tapi dia tetap cari susu badan.
3. Jadi, bapak Fathi teman Fathi dalam wad? hmmm... Saya tersangat berat hati nak tinggalkan suami menguruskan Fathi 1 malam di hospital atas beberapa faktor peribadi.
4. Lagipun, di wad kanak-kanak hospital awam begini lebih ramai mak-mak yang jaga anaknya bukan kaum bapa. (Saya fikir, mungkin akan timbul tak selesa kaum ibu bermalam di situ jika ada kaum bapa berdekatan di situ bukan?)

Tapi, oleh kerana petang 7/2 Fathi tak berhenti merengek dan menangis. Hatta saya nak mandi masuk bilik air pun dia ketuk pintu bilik air saya suruh keluar. Nak pergi dapur minum air sekejap pun dia menangis tengok saya pergi membuatkan saya rapuh dan lemah secara mentaliti dan emosi. Tangisannya bunyi agak syahdu yang memberikan saya isyarat, "Mak, jangan tinggalkan Fathi." (Mungkin juga saya ter'over' kot dalam berperasaan tapi serius saya sangat syahdu).

Dengan tak semena-mena saya terus menerima cadangan mak (yang diutarakan pagi tadi) untuk gunakan duit simpanan Tabung Haji yang ada dan buat pembedahan di Puteri. Ya, senang sikit sebab tak perlu masuk wad untuk tempoh 24 jam. Saya pun masih boleh bawa Tiha dalam wad Fathi. Itu yang penting. (Wad kanak-kanak di hospital kerajaan mana boleh bawa masuk budak bawah 12 tahun.)

Selepas check dengan doktor pakar kanak-kanak di Puteri doktor menyarankan supaya pembedahan dibuat segera. 10/2. Doktor tu tak cakap banyak dan tak terangkan apa-apa tentang pembuangan hidrosil ini. (mungkin kerana doktor ni sakit tekak sampai suara pun tak keluar). Oleh kerana, saya dan suami dah buat research tentang hidrosil ni dan dah tengok bagaimana pembedahan hidrosil kanak-kanak dibuat (tengok kat Youtube je), maka saya dengan segera sain je apa-apa kertas yang dihulur.

Tak perlu masuk wad sebelum pembedahan. Doktor bagi sedikit arahan untuk saya ikuti. Tak boleh makan apa-apa selepas jam 12 tengahmalam. 4.30 pagi bagi susu terakhir. 7.30 pagi datang hospital terus ke emergency. (mudah je arahan ni, takyah susah-susah masuk wad suruh misi buat semua ni). hehe..


Khamis, 10/2, saya sampai di Puteri jam 7 pagi (keluar rumah 6.15 pagi lepas sembahyang subuh terus angkat Fathi masuk kereta). Suami cari parking dan saya terus dukung Fathi masuk emergency (tunjuk kad appointment). Sorang misi datang dan terus bawa saya ke tingkat 4 (wad kanak-kanak). Cantik sangat bilik tu! Bayar RM 2000 pun berbaloilah.. Tandas pun dekat je, bersih dan wangi!hehe.. 1 bilik 2 orang masa tu. Dan Fathi pun bermain dengan mainannya (bagi dia leka jangan mintak susu). Sementara tu misi ambil suhu badan, berat badan dan tengok kesihatannya hari tu.

Dalam pukul 8 pagi fathi pun dipanggil masuk ke Dewan Pembedahan. Suami seperti biasa membuat rondaan di awal pagi ke 'bilik termenung'. hehe.. Saya dukung Fathi masuk ke dalam. Misi tanya samada Fathi ada alahan atau tak, gigi goyang atau tak dan susu terakhirnya. Saya nampak di papan tulis di situ ada nama Fathi. Giliran no.2. Nama pembedahan 'Correction Hydrocele' (req: 2nd case). Umur dia tulis 3. Saya cakap kat misi, salah tu, umur Fathi baru nak masuk 2. Misi cakap, "Oooo takpe.."

8.50 pagi, Fathi dipanggil, saya letakkan Fathi atas katil pembedahan. Dia taknak baring. Jadi, saya dudukkan saja. Anesthetist bagi oksigen je untuk tidurkan dia (tak inject). Fathi pegang saya kuat sambil menangis. Dalam berapa saat je mata Fathi jadi merah sikit dan dia terus longlai. Saya terus disuruh ikut misi untuk tunjuk jalan keluar. Kemudian, saya hanya bertawakal saja meninggalkan Fathi seorang diri di situ.

Pembedahannya simple saja. Mungkin dalam 30 minit tapi yang lamanya mungkin selepas bedah itu dia bagi gas sekali lagi untuk recover semula. Mak dan Tiha sampai kira-kira jam 9.15 pagi. Alem hantar sekejap sebelum dia terus masuk kerja. (Kesian pulak mak kena dukung Tiha yang dah 7.5kg tu). Saya terus nyusukan Tiha sambil menunggu Fathi di luar dewan pembedahan.

Tiha siap susu 2 round. Dalam pukul 10 pagi gitu saya tengah susukan Tiha kali kedua, mak saja jalan-jalan depan pintu Dewan Bedah tu tiba-tiba Fathi dibawa keluar oleh sorang misi. Dengar suara Moksu Lela (staf di Puteri) cakap, "haaa tu nenek!"... Dan mak pun terus ambil Fathi.

Selepas itu, sorang misi terus bawa kami ke wad tadi. Saya nak dukung Fathi tapi dia menangis taknak! Nak nenek jugak. (Kesian lagi sekali kat mak kena dukung Fathi yang dah 11.5kg tu). Sampai di wad taknak baring langsung. Saya ambil pun taknak. Bapak dia nak ambil pun taknak! Menangis je.. Saya jadi sedih pulak anak taknak dengan emak sendiri. Macam dia dah tak percayakan saya sebab saya tinggalkan dia dalam dewan tadi.


Mak pun terpaksa duduk sambil peluk Fathi nak tenangkan dia dulu. Saya suruh mak duduk atas kerusi empuk sikit boleh baring kerusi tu. (memang best la kerusi tuh!) Sambil duduk tenangkan Fathi mak selawat banyak-banyak. Tiba-tiba senyap. Saya toleh kat mak rupanya mak dah...sob...sob...sob....

Bila dah tenang sikit, saya ajak Fathi tengok kereta keluar masuk di tingkap (bilik tu menghadap pintu masuk hospital dan nampak kolam ikan yang ada di tengah-tengah hospital tu). Agak cantik jugak pemandangan dari tingkat 4 tu walaupun nampak jem tapi Fathi suka tengok kereta, lori, nak-nak motor.

Lepas dah dapat tengok segala tu, dah bagi makan trigu sikit, Fathi baru boleh bangun sendiri dan mula berjalan. Mulai dari tu dia dah tak berhenti ligatnya. Jalan sampai ke lif sesuka hati dia. Panjat katil, panjat kerusi. bagi mainan dibalingnya mainan dia sambil ketawa berdekah-dekah. "Aik, Fathi ni tekanan jiwa pulak ke!" hahaha... Buatlah sesuka hatimu wahai anak!

Dari pukul 10 hingga ke 3.30 petang terpaksa menunggu doktor datang periksa sebelum boleh keluar. Nenek dengan atok Fathi dah balik dulu. Tiha dah tertidur. Fathi pun baru tertidur (kena bawa pusing-pusing dengan bapaknya). Tu pun lepas cubaan 5 kali letak atas katil dia taknak dan menangis semula (sampai sakit pinggang bapaknya..lama betul kena dukung nak tidurkan dia.) Saya nak take over, Fathi taknak dengan saya lagi..huhu...

3.45 petang, dah selesaikan bil (pakej diskaun hydrocele RM 2060 - ada pakej diskaun ni menunjukkan apa?) baru kami keluar dan balik ke rumah.

Keesokannya, (semalam) Fathi demam tiba-tiba. Tapi, saya dan suami ada cara tersendiri untuk mengawal demam anak. Tak perlu makan ubat demam. Cuma bagi ubat yang hospital bagi, antibiotik dan tahan sakit saja. (bagus juga tak bagi saya ubat yang berjela kerana tak semua saya akan bagi pada anak). Malam tadi Fathi dah reda panasnya. Mugkin sebab lepas operation haritu dia tak duduk diam akibatnya dia tak cukup rehat di samping buahnya masih radang. Doktor cakap macam orang bersalin, isinya dah keluar tapi kantongnya tu masih bengkak kena tunggu dia kecut sendiri. Dalam 2 hari ni dia akan membengkak sangat. (Tu yang kena bagi ubat tahan sakit jugak). Hari ke-3 dia akan kecut macam biasa katanya.

Harini hari ke-3, taknak Fathi penat sangat jadi tak boleh jalan jauh lagi. Renyah tak renyah budak ni masih nak berjalan sesuka hati dia. Cuma basikal dia kena sembunyikan. Pantang naik basikal!hehe..

O, by the way, apa itu hydrocele?

A hydrocele is a collection of watery fluid around the testicle. This is a common problem in newborn males and usually goes away within the first year of life. When the testicle drops into the scrotum (about the eighth month of pregnancy), a sac (the processus vaginalis) from the abdominal cavity travels along with the testicle. Fluid can then flow to the scrotum to surround the testicle. This sac usually closes and the fluid is absorbed. When the sac closes and the fluid remains, this is called a noncommunicating hydrocele. This means that the scrotal sac can be compressed and the fluid will not flow back into the abdomen. This type of hydrocele is often found in newborns and the fluid will usually be absorbed with time. If the scrotal sac is compressed and the fluid slowly goes back up into the abdomen or if the hydrocele changes size, this is called a communicating hydrocele. This type of hydrocele usually appears smaller in the morning when the child wakes up and larger in the evening after activity. A communicating hydrocele shows that the sac or processus vaginalis is still open.



Pic 1: Normal scrotum:
the processus vaginalis and tunica vaginalis are obliterated and contain no fluid.
Pic 2: Noncommunicating hydrocele:
the processus vaginalis is obliterated so no fluid can move between the abdomen and the scrotum, but the tunica vaginalis contains fluid.
Pic 3: Communicating hydrocele:
the processus vaginalis is still open, allowing fluid to move between the abdomen and the tunica vaginalis in the scrotum.

When is surgery recommended for hydroceles?
Surgery is recommended if the hydrocele is still present after 12 - 18 months of age. Hydroceles that continue to get larger are symptomatic and should be fixed. "....info from internet

Nota : Hydrocele ini bukan hernia (angin pasang) ye. Bezanya hernia ialah bila usus termasuk ke dalam lubang itu. Manakala hydrocele mengandungi hanya cecair sahaja tiada usus terkeluar. Gambar-gambar Fathi yg lain ada dalam album di sebelah.

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...