Sabtu, 29 Januari 2011

Penulisan terdahulu

Menulis di blog adalah salah satu terapi untuk saya sebenarnya. Saya suka berfikir dan kadangkala terbit idea yang entah dari mana. Semasa mengandung kedua-dua anak saya mengalami proses berfikir yang agak kritikal kerana adakalanya saya tak dapat tidur kerana terfikir tentang sesuatu yang tiada kaitan dengan saya.

Membaca blog orang (yang tersusun dengan bahasa yang tinggi) menjadikan saya ingin mengasah lagi penulisan saya agar setara dengan sistem pemikiran saya. Suami saya adalah pengkritik no.1 saya. Kerana itu saya sayang sekali nak meninggalkan penulisan di internet.

Saya masih dalam pembelajaran. Saya menulis dan belajar, belajar dan menulis. Inilah salah satu cara saya untuk saya menilai sejauh mana peningkatan saya dalam penulisan ini. Rupanya saya sudah menulis mengenai banyak perkara dalam blog saya sebelum ini. Nak dipindahmasuk semuanya di sini tak terdaya saya dibuatnya. Jika anda berminat bolehlah menilai penulisan lama saya di sini (sila padam www.blogger.com/ jika tekan link di sebelah) --> ija.smach.net

Kembali semula..

Sebenarnya ini adalah catatan semula saya setelah lebih 8-9 bulan saya berhenti menulis. Sebelum ini saya lebih aktif di http://ija.k4ml.com tapi oleh kerana suami menyuruh saya kembali menulis di blogspot sahaja (atas banyak sebab) maka saya harus menghidupkan kembali blogspot lama saya ini. Nah, tengoklah entri lama saya yang terakhir pada tahun 2009 tuuu... Setahun selepas saya mendirikan rumahtangga! Sekarang, dekat 3 tahun saya berumahtangga. Anak pun sudah dua!hehe...

Anak pertama saya Fathi bin Mohd. Kamal, feb ini genap 2 tahun. Sebutannya WAJIB begini -FAT-HI- BUKAN fati ye! (Marah betul saya jika ada org memanggilnya tanpa makna iaitu fati.) Fat-hi bermaksud pembukaanku/kejayaanku. Dia semakin bijak dan pandai mengarah! "Nanti besar Fathi jadi tokey besor ayam ngan sayur jelah ikut macam paklong Kelantan nak?" Fathi jawab, "Hemmm! (sambil kepala dianggukkan)".

Add Image
Anak kedua saya Nurfatihah bt Mohd Kamal. Bermaksud Cahaya Pembukaan. Masuk 8 bulan dah sekarang. Hah, Fatihah ni macam kembarnya Fathi. Cara main, cara tidur semua sama. Tu yang bagi nama macam kembar tapi jarak cuma 1tahun je. Dah boleh duduk dan berjalan dalam walker sangat laju. Ke mana abang dia pergi ke sanalah dia tuju dengan walkernya.


Muka budak berdua ni memang berbeza! Oooppp... Jangan cakap apa-apa dulu ye!.. Fatihah ni saya tengok akan berubah lagi mukanya. Macam Fathi dulu pun gitu juga.. Biasalah budak kecik ni muka belum kekal lagi.

Dan sekarang saya terlalu obses dengan.....C.O.K.L.A.T.


Saya akan menulis dengan lanjut tentang perniagaan coklat saya ini ye.

Dan buah hati terakhir saya (walaupun bukan yang terawal hehehe.. Mudah-mudahan inilah yang terakhir) ialah.........

Suami yang sangat menyokong apa yang saya cuba mahukan dari hidup ini. Mohd Kamal bin Mustafa. Seorang software engineer. Kalau nak iklankan apa-apa mengenai bisnes di internet atau mahu mengajak saya join apa-apa bisnes berdasarkan internet, hahahaharap maaf jelah ye sebab suami tidak mengizinkan. Dia lebih tahu tentang semua itu.

Hidup saya ini tidaklah terlalu mewah dan tidaklah terlalu dhaif. Saya lebih suka besederhana dalam semua perkara. Kerana saya berpegang apa yang datang cepat itu, cepatlah dia pergi. Biarlah semuanya datang dengan semulajadinya. Rezeki dan ujian yang Allah datangkan itu dalam berbagai bentuk. Semua manusia menghadapinya. Tapi bagaimana kita melaluinya itu sajalah berbeza-beza tertakluk kepada ilmu yang kita ada dan pengalaman yang mengajar kita sebelum ini. Almaklumlah, hidup inikan banyak pilihan.

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...