Selasa, 25 Ogos 2009

Eh eh...


Rupa-rupanya saya ada blog lain di sini?? Saya dah betul-betul telupa akan kewujudan blog saya yang ini. Serius tak ingat.. Ini kerana saya hanya aktif di sini. Lagi satu blog saya tentang apa yang saya jual di sini. Itu saja yang saya ingat.

Selepas mengaktifkan semula akaun gmail saya dan memberi komen dalam blog kawan saya, tengok nama saya ditulis 'biru' bermakna akaun saya hidup! Hanya klik nak tengok apa yang ada di sebalik tulisan biru itu dan saya terkejut! Ya... Tulisan yang terakhir semasa saya masih mengandung kira-kira 5-6 bulan.. Patutlah saya dah lupa apa yang saya dah buat. hehe.. Orang pun tak ramai yang singgah.. Takpelah.. Sekurang-kurangnya saya masih boleh nak menulis sesuka hati saya.. Tapi, nak menulis tentang apa pula ye di sini? hmm... Mungkin pasal anak saya yang seorang inilah.. Fathi..

Tengok saja artikel sebelum ini. Semasa tu saya masih lagi mengandung. Perasaan masa tu .. hmmm, camna la anak aku lahir ni karang? Maklumlah anak pertama.. Bila baca balik apa yang saya tulis, saya tersenyum sendiri..

Huhu.. Fathi memang tak malas bangun pagi.. Selalunya bapak dia pergi kerja sebelum pukul 8 pagi dia mesti dah bangun. Sekarang tengah bulan puasa ni bapak dia kena keluar rumah sebelum pukul 7 pagi dia dah tidur semula! Sebabnya masa orang bangun sahur dia pun bangun jugak tu. 5.15 dah terjegil matanya. Suruh tidur balik tak nak.. Tahan la dia dok baring diam-diam sambil bermain dengan kakinya golek-golek sesuka hatinya..

Pagi tadi dia pegang kaki sambil tengok lama ke arah gambar kawin saya dan suami sambil mengomel seorang diri.. Saya cakap dengan suami,
" Eh eh tengok budak tu tengok gambo sambil bercakap.. Agaknya apalah yang dia cakapkan tu?"

Tak semena-mena otak 'nakal' saya terkeluarlah ayat yang berkemungkinan anak saya fikirkan masa tu..
" Gambor ni ada mak dgn abah.. tapi apasal muka saya takde dalam gambor nih.."hehe..

Sejak menjak menjadi emak ni memang saya suka membuat dialog-dialog budak-budak kecil ikut 'insticnt' saya je.. Bagaimanalah agaknya kalau orang dewasa boleh faham apa yang budak kecil cakapkan ek?

Percepatkan pernikahan anak.

Saya tak pasti ini bulan apa.. Dalam masa 24 jam saja saya menerima 3 emel dan 1 private message yg berkaitan mengandung luar nikah.. Alla...